Pergi ke kandungan

Mukim Belimbing Kanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mukim Belimbing Kanan
Transkripsi lain
 • Jawiمقيم بليمبيڠ كانن
 • Cina勿林明加南
Mukim Belimbing Kanan yang terletak di Kedah
Mukim Belimbing Kanan
Lokasi di Kedah, Malaysia
Koordinat: 6°15′23″N 100°36′38″E / 6.256294°N 100.610483°E / 6.256294; 100.610483Koordinat: 6°15′23″N 100°36′38″E / 6.256294°N 100.610483°E / 6.256294; 100.610483
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriKuala Nerang
Perwartaan1956
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Padang Terap
 • Ahli ParlimenMohammad Yusoff @ Munir Zakaria
 • Ahli Dewan Undangan NegeriNurul Amin Hamid
 • Penghulu mukim[1]Iskandar Hasdi bin Haji Ismail
Penduduk
 (2010)[2]
 • Jumlah11,372
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
063xx

Mukim Belimbing Kanan (Jawi: مقيم بليمبيڠ كانن; Cina: 勿林明加南) ialah sebuah mukim (daerah kecil) dalam kawasan pentadbiran Daerah Padang Terap, di negeri Kedah, Malaysia.[3][4] Mukim ini mempunyai penduduk seramai 11,372 orang pada tahun 2010.[2]

Mukim Belimbing Kanan dalam Daerah Padang Terap

Persempadanan Mukim Belimbing Kanan bersama-sama mukim lain dalam Daerah Padang Terap telah diwartakan pada tahun 1956.[3] Mukim Belimbing Kanan Temak terletak barat Daerah Padang Terap. Ia bersempadan dengan mukim lain iaitu Mukim Belimbing Kiri di bahagian utara, Mukim Padang Terap Kiri dan Mukim Padang Terap Kanan di bahagian timur laut, Mukim Pedu di bahagian timur, Mukim Tekai di bahagian selatan, Mukim Gajah Mati (dalam Daerah Pokok Sena) di bahagian barat dan Mukim Padang Temak di bahagian barat laut.[5][6]

Dari segi politik, Mukim Belimbing Kanan terletak dalam kawasan parlimen Padang Terap, manakala dalam kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah, Mukim Belimbing Kanan terletak dalam kawasan Kuala Nerang.[7]

Sungai Padang Terap merupakan sungai utama di Mukim Belimbing Kanan, yang membentuk sempadan antara Mukim Belimbing Kanan dengan Mukim Belimbing Kiri. Terdapat empat sungai yang termasuk dalam sub-lembangan Sungai Padang Terap, merangkumi Charok Baroh Rambai, Charok Kuala Nangka, Charok Petra dan Sungai Pedu. Sungai Pedu yang terbentuk dari hasil camtuman Sungai Bong dan Sungai Mong Gajah yang berpunca di Tasik Pedu, di Kampung Kuala, Mukim Pedu turut melalui di sepanjang kawasan petempatan dalam Mukim Belembing Kanan seperti Kampung Pengkalan Besar, Kampung Jelutong, Kampung Acheh dan sebagainya. Charok Jelutong yang berpunca dari Bukit Kechil juga merupakan salah-satu saliran dalam Mukim Belimbing Kanan yang bermuara di Sungai Pedu, di tenggara Kuala Nerang.[8][9][10]

Terdapat juga beberapa bukit-bukau di kawasan Mukim Belimbing Kanan seperti Bukit Tok Mat Sih, Bukit Korah (atau Bukit Karoh), Bukit Gedung, Bukit Kechil, Bukit Tok Din, Bukit Pinang, dan Bukit Naga Pipit.[8][9] Bukit Tok Mat Sih berfungsi sebagai persempadan mukim antara Mukim Belimbing Kanan dengan Mukim Padang Temak. Bukit Korah yang terletak di bahagian timur mukim membentuk sempadan antara Mukim Belimbing Kanan dan Mukim Padang Terap Kanan Sebuah banjaran bukit tanpa nama dekat Hutan Simpan Kekal Bukit Genting Tampol berfungsi sebagai persempadan antara mukim ini dengan Mukim Gajah Mati, iaitu mukim dalam Daerah Pokok Sena.[10]

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Mukim Padang Temak dipimpin oleh seorang penghulu mukim; pemegang jawatan semasa ialah Encik Iskandar Hasdi bin Haji Ismail. Pejabat penghulunya terletak di Kuala Nerang.[1] Mukim ini diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Majlis Daerah Padang Terap (MDPD).

Kampung-kampung

[sunting | sunting sumber]

Ada 37 buah kawasan perkampungan yang direkodkan di Mukim Belimbing Kanan.

Bil. Nama[10] Koordinat[11][12] Poskod
Bahasa Melayu (Rasmi) Bahasa Melayu Kedah
1 Kampung Acheh Kampung Acheh 6°15′02″N 100°38′01″E / 6.25053°N 100.63373°E / 6.25053; 100.63373 06300 Kuala Nerang
2 Kampung Barokhas Kampung Barokhas 6°14′17″N 100°37′47″E / 6.23818°N 100.62959°E / 6.23818; 100.62959 06300 Kuala Nerang
3 Kampung Baru Kampung Baghu 6°15′15″N 100°36′03″E / 6.25404°N 100.60089°E / 6.25404; 100.60089 06300 Kuala Nerang
4 Kampung Baru Padang Lalang Kampung Baghu Padang Lalang 6°14′09″N 100°34′51″E / 6.23592°N 100.58088°E / 6.23592; 100.58088 06300 Kuala Nerang
5 Kampung Baharu Kampung Bahaghu 6°12′56″N 100°37′06″E / 6.21543°N 100.6182°E / 6.21543; 100.6182 06300 Kuala Nerang
6 Kampung Bendang Kampung Bendang 6°14′48″N 100°36′11″E / 6.24664°N 100.60314°E / 6.24664; 100.60314 06300 Kuala Nerang
7 Kampung Belimbing Kanan Kampung Belimbing Kanan 6°16′14″N 100°37′30″E / 6.27047°N 100.6251°E / 6.27047; 100.6251 06300 Kuala Nerang
8 Kampung Bukit Kechil Kampung Bukit Kechik 6°13′10″N 100°37′50″E / 6.21945°N 100.63043°E / 6.21945; 100.63043 06300 Kuala Nerang
9 Kampung Bukit Nambua Kampung Bukit Nambua 6°13′33″N 100°36′23″E / 6.2258°N 100.60631°E / 6.2258; 100.60631 06300 Kuala Nerang
10 Kampung Charok Bangor Kampung Charok Bangor 6°14′21″N 100°36′53″E / 6.2393°N 100.61486°E / 6.2393; 100.61486 06300 Kuala Nerang
11 Kampung Charok Kudong Kampung Charok Kudong 6°13′13″N 100°36′15″E / 6.22016°N 100.6043°E / 6.22016; 100.6043 06300 Kuala Nerang
12 Kampung Genting Palas Kampung Genting Palaih 6°12′43″N 100°35′41″E / 6.21204°N 100.59477°E / 6.21204; 100.59477 06300 Kuala Nerang
13 Kampung Hijrah Kampung Hijrah 6°14′02″N 100°35′27″E / 6.23386°N 100.59092°E / 6.23386; 100.59092 06300 Kuala Nerang
14 Kampung Hilir Kampung Hiliaq 6°13′57″N 100°36′15″E / 6.23252°N 100.60429°E / 6.23252; 100.60429 06300 Kuala Nerang
15 Kampung Jelutong Kampung Jelutong 6°15′03″N 100°37′27″E / 6.25074°N 100.62426°E / 6.25074; 100.62426 06300 Kuala Nerang
16 Kampung Kubang Belut Kampung Kubang Belut 6°15′24″N 100°35′42″E / 6.25671°N 100.59506°E / 6.25671; 100.59506 06300 Kuala Nerang
17 Kampung Lama Kampung Lama 6°15′23″N 100°38′05″E / 6.2565°N 100.63464°E / 6.2565; 100.63464 06300 Kuala Nerang
18 Kampung Lubok Tok Wi Kampung Lubok Tok Wi 6°14′24″N 100°36′11″E / 6.24°N 100.60312°E / 6.24; 100.60312 06300 Kuala Nerang
19 Kampung Makgak Kampung Makgak 6°16′21″N 100°35′26″E / 6.27261°N 100.59068°E / 6.27261; 100.59068 06300 Kuala Nerang
20 Kampung Mani Kampung Mani 6°15′27″N 100°37′34″E / 6.2574°N 100.62599°E / 6.2574; 100.62599 06300 Kuala Nerang
21 Kampung Merogol Kampung Merogol 6°13′02″N 100°35′52″E / 6.21729°N 100.59786°E / 6.21729; 100.59786 06300 Kuala Nerang
22 Kampung Mogo Kampung Mogo 6°13′26″N 100°35′38″E / 6.2239°N 100.59378°E / 6.2239; 100.59378 06300 Kuala Nerang
23 Kampung Nambuah Kampung Nambuah 6°13′00″N 100°37′00″E / 6.21667°N 100.61667°E / 6.21667; 100.61667 06300 Kuala Nerang
24 Kampung Nako Kampung Nako 6°13′22″N 100°37′14″E / 6.2228°N 100.62043°E / 6.2228; 100.62043 06300 Kuala Nerang
25 Kampung Padang Lanjut Kampung Padang Lanjut 6°15′45″N 100°36′30″E / 6.26261°N 100.60841°E / 6.26261; 100.60841 06300 Kuala Nerang
26 Kampung Pengkalan Besar Kampung Pengkalan Besar 6°14′45″N 100°38′11″E / 6.24576°N 100.63626°E / 6.24576; 100.63626 06300 Kuala Nerang
27 Kampung Pulau Belanga Kampung Pulau Belanga 6°14′01″N 100°35′41″E / 6.23373°N 100.59461°E / 6.23373; 100.59461 06300 Kuala Nerang
28 Kampung Pulau Kijang Kampung Pulau Kijang 6°14′32″N 100°35′23″E / 6.2422°N 100.58984°E / 6.2422; 100.58984 06300 Kuala Nerang
29 Kampung Pulau Palas Kampung Pulau Palaih 6°13′20″N 100°36′52″E / 6.22211°N 100.61447°E / 6.22211; 100.61447 06300 Kuala Nerang
30 Kampung Pulau Rotan Kampung Pulau Ghotan 6°13′00″N 100°36′46″E / 6.21667°N 100.61273°E / 6.21667; 100.61273 06300 Kuala Nerang
31 Kampung Seberang Kuala Nerang Kampung Sebeghang Kuala Nrang 6°15′30″N 100°36′50″E / 6.2582°N 100.6140°E / 6.2582; 100.6140 06300 Kuala Nerang
32 Kampung Semeliang Kampung Sameliang 6°16′13″N 100°36′00″E / 6.2703°N 100.59987°E / 6.2703; 100.59987 06300 Kuala Nerang
33 Kampung Sungai Kechil Kampung Sungai Kechik 6°15′47″N 100°37′04″E / 6.26292°N 100.6179°E / 6.26292; 100.6179 06300 Kuala Nerang
34 Kampung Tandor Kampung Tandor 6°13′53″N 100°37′11″E / 6.23137°N 100.6196°E / 6.23137; 100.6196 06300 Kuala Nerang
35 Kampung Tanjung Seberang Kampung Tanjong Seberang 6°15′36″N 100°36′56″E / 6.25989°N 100.61556°E / 6.25989; 100.61556 06300 Kuala Nerang
36 Kampung Tong Kemu Kampung Tong Kemu 6°13′08″N 100°34′52″E / 6.21889°N 100.58118°E / 6.21889; 100.58118 06300 Kuala Nerang
37 Kampung Ujong Pong Kampung Ujong Pong 6°15′09″N 100°35′27″E / 6.25253°N 100.59079°E / 6.25253; 100.59079 06300 Kuala Nerang

Kampung-kampung

[sunting | sunting sumber]

Ada 24 buah taman perumahan yang direkodkan di Mukim Belimbing Kanan.

Bil. Nama[10] Koordinat[11] Poskod
Bahasa Melayu (Rasmi) Bahasa Melayu Kedah
1 Perumahan Awam Kampung Baru Perumahan Awam Kampung Baghu 06300 Kuala Nerang
2 Taman Akasia Taman Akasia 06300 Kuala Nerang
3 Taman Angsana Taman Angsana 06300 Kuala Nerang
4 Taman Belimbing Indah Taman Belimbing Indah 06300 Kuala Nerang
5 Taman Bersatu Taman Bersatu 06300 Kuala Nerang
6 Taman Berlian Taman Berlian 06300 Kuala Nerang
7 Taman Cemara Taman Cemara 06300 Kuala Nerang
8 Taman Cendana Taman Cendana 06300 Kuala Nerang
9 Taman Cengal Taman Cengal 06300 Kuala Nerang
10 Taman Desa Kenangan Taman Desa Kenangan 06300 Kuala Nerang
11 Taman Desa Sapura Taman Desa Sapura 06300 Kuala Nerang
12 Taman Desa Seri Emas Taman Desa Seri Emaih 06300 Kuala Nerang
13 Taman Jati Fasa 1 Taman Jati Fasa 1 06300 Kuala Nerang
14 Taman Jati Fasa 2 Taman Jati Fasa 2 06300 Kuala Nerang
15 Taman Jelutung Taman Jelutung 06300 Kuala Nerang
16 Taman Kasturi Taman Kasturi 06300 Kuala Nerang
17 Taman Kemangi Taman Kemangi 06300 Kuala Nerang
18 Taman Merbau Taman Merbau 06300 Kuala Nerang
19 Taman Mesra Taman Mesra 06300 Kuala Nerang
20 Taman Pelangi Taman Pelangi 06300 Kuala Nerang
21 Taman Sentosa Taman Sentosa 06300 Kuala Nerang
22 Taman Seri Kenangan Taman Seri Kenangan 06300 Kuala Nerang
23 Taman Seri Nerang Taman Seri Nerang 06300 Kuala Nerang
24 Taman Terap Taman Terap 06300 Kuala Nerang

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, kawasan Mukim Belimbing Kanan mempunyai jumlah penduduk seramai 11,372 orang dengan pecahan jantina iaitu 5,753 orang penduduk berjatina lelaki dan 5,619 orang penduduk lagi berjantina perempuan.[2] Seramai 11,230 orang yang berwarganegara Malaysia dan 142 orang bukan warganegara Malaysia tinggal di Mukim Belimbing Kanan. Bumiputera ialah kaum majoriti atau paling banyak yang bermastautin di Mukim Belimbing Kanan dengan jumlah penduduk mencecah 10,833 orang, dengan pecahan 10,784 orang ialah orang Melayu dan selebihnya ialah bumiputera lain seperti Siam dan Orang Asli. Selain itu, terdapat 335 orang yang berbangsa Cina, dan 48 orang berbangsa lain-lain menetap di Mukim Belimbing Kanan. Kaum minoriti di Mukim Belimbing Kanan ialah kaum India dengan jumlah penduduk 14 orang.[2] Terdapat 2,618 buah isi rumah dan 2,966 buah tempat kediaman dalam Mukim Belimbing Kanan pada tahun 2010.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Administrator (22 Disember 2022). "Senarai Penghulu Negeri Kedah". Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah Darul Aman. Dicapai pada 24 Februari 2022.
  2. ^ a b c d e "Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010 (PDF)". Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 2011. ISBN 978-983-9044-59-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2019. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  3. ^ a b "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah, Unique Parcel Identifier (UPI) Kedah" (PDF). Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM). 2011. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2 Ogos 2022. Dicapai pada 24 Februari 2023.
  4. ^ "Senarai Daerah Pentadbiran, Mukim dan Pihak Berkuasa Tempatan" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (myCensus 2020). 2020. Dicapai pada 24 Februari 2023.
  5. ^ "Aplikasi Carian Kod dan Nama Sempedan Pentadbiran Tanah". mygos.mygeoportal.gov.my. Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-05. Dicapai pada April 12, 2021.
  6. ^ World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.
  7. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  8. ^ a b Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (Mac 1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/11 (3 ed.). Kedah, Malaysia.
  9. ^ a b Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/15 (Gajah Mati) (2 ed.). Kedah, Malaysia.
  10. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  11. ^ a b Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Kedah Darul Aman". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 23 September 2022.
  12. ^ Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.