Kampung Jahit
Kampung Jahit | |
---|---|
Koordinat: 6°16′N 100°47′E / 6.267°N 100.783°EKoordinat: 6°16′N 100°47′E / 6.267°N 100.783°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Padang Terap |
Mukim | Pedu |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Daerah Padang Terap |
• AP Padang Terap | Nurul Amin Hamid (PN |
Aras | 100 m (300 ft) |
Penduduk | |
• Jumlah | 0 orang |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tiada) |
Poskod | 06300 Kuala Nerang |
Kod kawasan | 604 |
Kampung Jahit (Jawi: كامڤوڠ جاهيت), juga dikenali sebagai Kampong Jahit ialah sebuah kampung yang ditinggalkan di dalam kawasan pentabdiran Mukim Pedu, Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Poskod bagi Kampung Jahit ialah 06300 Kuala Nerang.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kampung Jahit wujud pertama kali di dalam peta Alor Star siri HIND 1076 yang diterbitkan oleh Survey of India pada tahun 1948.[3] Nama kampung berasal daripada sebatang sungai yang mengalir sepanjang kampung ini, iaitu Sungai Jahit.[4]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Kampung Jahit secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Pedu, iaitu mukim di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap.[5][6]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Menurut buku Gazetter (No. 10) – British Borneo, Singapore, and Malaya; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names yang diterbitkan pada 1955 dan buku Gazetter (No. 11) – Malay States yang diterbitkan pada 1944, lokasi Kampung Jahit terletak di koordinat 6°16′N 100°47′E / 6.267°N 100.783°E.[2][7]
Mengikut topografi kawasan, Kampung Jahit terletak di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap yang bergunung-ganang, dengan ketinggian dari atas min aras laut mencecah 100 meter (328.1 ka). Kampung Jahit juga terletak berhampiran antara persempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand. Antara bukit dan gunung berdekatan dengan kampung ini ialah Bukit Janda Berinai, Bukit Jani dan Bukit Puyoh.[1][4] Kampung Jahit juga terletak di kawasan lembah sungai Sungai Jahit (atau Sungei Jahit).[6]
Kampung Jahit juga terletak dengan petempatan lain, seperti:[1][3]
- Kampung Mong Gajah Ilir, 7.8 kilometer (4.8 bt) ke tenggara
- Kampung Mong Gajah Ulu, 5.8 kilometer (3.6 bt) ke timur
- Kampung Kuak, 10 kilometer (6.2 bt) ke barat laut
- Kampung Pedu, 8.2 kilometer (5.1 bt) ke barat daya
- Kampung Pajak Emah, 9.9 kilometer (6.2 bt) ke barat daya
- Kampung Peng Pak Tani, 13.6 kilometer (8.5 bt) ke barat laut
- Kampung Peniat, 11.2 kilometer (7.0 bt) ke utara
- Kampung Padang Kempas, 8 kilometer (5.0 bt) ke barat
- Kampung Kubu Durian, 7.6 kilometer (4.7 bt) ke timur laut
- Kampung Tong Pelu, 9.9 kilometer (6.2 bt) ke barat laut
- Kampung Lubok Keriang, 11.7 kilometer (7.3 bt) ke barat
- Kampung Pak Bahar, 16 kilometer (9.9 bt) ke barat
- Kampung Hoikong, 9.2 kilometer (5.7 bt) ke barat
- Kampung Kah Ing, 9.6 kilometer (6.0 bt) ke barat laut
- Kampung Ujong Kesai, 7.7 kilometer (4.8 bt) ke barat
- Kampung Lebai Saman, 13 kilometer (8.1 bt) ke barat laut
- Kampung Masjid Lama, 14.3 kilometer (8.9 bt) ke barat laut
- Kampung Masjid Baharu, 15.4 kilometer (9.6 bt) ke barat laut
Iklim di kawasan perkampungan ini ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen).[8]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Kampung Jahit, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 27 Februari 2023. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ a b Gazetter No. 10 – British Borneo, Singapore, and Malaya; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names [Gazetir Kesepuluh British Borneo, Singapura dan Tanah Melayu; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi] (dalam bahasa Inggeris). United States Government Printing Office. 1955. ISBN 9780598719669. Dicapai pada 12 Januari 2018.
- ^ a b Alor Star, Malaya 1948, Sheet 2E (Peta). 1:253 440. HIND 1076 (dalam bahasa Inggeris). India: Survey of India Offices. 1948.
- ^ a b Malaya 1950 – Topography (Peta). 1:760 320 (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Survey Department, Federation of Malaya. 1950.
- ^ "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ a b Perlis and Kedah 1948, North Sheet (Peta). 1:126 720 (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Survey Department, Federation of Malaya. 1948.
- ^ Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
- ^ Peel, M C; Finlayson, B L. "Updated World Map of The Köppen-Geiger Climate Classification" [Peta Dunia Baharu mengenai Pengelasan Iklim Köppen-Geiger]. Hydrology and Earth System Sciences (dalam bahasa Inggeris). 11: 1633–1644. doi:10.5194/hess-11-1633-2007. Dicapai pada 30 Januari 2016.