Bahasa Melayu Kedah
Bahasa Melayu Kedah بهاس ملايو قدح | |
---|---|
Chakap Kedāh/Pelet Kedāh/Pelet Utaghā | |
Asli kepada | Malaysia, Thailand, Myanmar |
Kawasan | Kedah, Perlis, Pulau Pinang, utara Perak (Malaysia), Trang dan Satun (Thailand) juga Langkat, (Indonesia) serta Tanintharyi/Tanah Sari (Myanmar) |
Etnik | Melayu Kedah |
Penutur bahasa | 4,000,000 |
Austronesian
| |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | meo |
Bahasa Melayu Kedah atau Pelat Utagha[1] merupakan sebuah bahasa Austronesia dan salah satu Varian Bahasa Melayu yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun.
Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand [2] Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua). Selain negari-negari tersebut, bahasa ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelat Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah).
Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Bahasa Kedah Pattani ataupun Kedah Hulu iaitu di Baling, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain-lain (Luar Malaysia).
Kosa kata dialek Kedah
[sunting | sunting sumber]Contoh Bahasa Melayu Kedah:
Dialek Kedah (Subdialek Piawai) | Bahasa Melayu Piawai (Malaysia) |
---|---|
Hang | Kamu, Engkau |
Cek, Kami | Saya, Aku |
Dépā | Mereka |
Pa Habaq | Apa Khabar |
Hangpā, Hampa | Kalian, Korang |
Sépā (Hanya digunakan disesetengah tempat) | Kami |
Pi | Pergi |
Mai | Datang, Mari |
Awat, Pasepā | Mengapa |
Lā, Lāni | Sekarang |
Sat | Sebentar, Sekejap |
Mengkalā | Bila, Apabila |
Ketegaq | Degil, Keras Kepala |
Jom (digunakan secara meluas dalam Bahasa Melayu) | Ayuh, Mari |
Kot (digunakan secara meluas dalam Bahasa Melayu) | Mungkin, Barangkali |
Geghék | Basikal (juga digunakan oleh masyarakat di kawasan bandar) |
Mertun | Tukul |
Lempaq | Baling |
Mampuih | Mampus |
Ghabat / Gaghaih | Memanjat |
Ligan | Kejar |
Loq Laq | Tak senonoh |
Ketit | Gigit kecil |
Tokak | Gigit |
Belemuih | Comot |
Cemuih | Bosan |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Rencana bahasa dengan nombor penutur tidak bertarikh
- Bahasa tanpa kod warna keluarga
- Rencana bahasa tanpa medan rujukan
- Rencana bahasa tidak mempunyai kod Glottolog
- Bahasa Melayu
- Bahasa-bahasa Melayu
- Bahasa Austronesia
- Bahasa Melayu-Polinesia
- Kebudayaan Kedah
- Bahasa di Malaysia
- Bahasa di Myanmar
- Bahasa di Thailand