Moero Attack
Penampilan
Moero Attack | |
---|---|
Genre | Drama, Sukan |
Pencipta | Shotaro Ishinomori |
Ditulis oleh | Shozo Uehara |
Pengarah | Atsuo Okunaka Hideo Tanaka |
Dibintangi oleh | Yumiko Araki Akiji Kobayashi Momoko Kouchi Kakuko Motoyama Yutaka Nanjo Tadashi Kose |
Negara asal | Jepun |
Bahasa | Bahasa Jepun |
Bilangan musim | 1 |
Bilangan episod | 72 |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV Asahi |
Format gambar | 4:3 |
Siaran asal | 5 Januari 1979 – 11 Julai 1980 |
Moero Attack (Jepun: 燃えろアタック ) ialah tajuk bagi sebuah siri drama televisyen Jepun ciptaan Shotaro Ishinomori yang mengisahkan sebuah pasukan bola tampar wanita Jepun. Siri ini ditayangkan di Jepun melalui rangkaian TV Asahi dari 5 Januari 1979 hingga 11 Julai 1980, menjelang temasya Olimpik Moscow 1980.
Moero Attack juga pernah disiarkan di Malaysia dalam bentuk alih suara melalui saluran TV1. Siri drama ini juga dipercayai berpengaruh di China sehingga berkali-kali diulang tayang, hasil kejayaan pasukan bola tampar wanita kebangsaan negara berkenaan menjulang Piala Dunia Bola Tampar pada tahun 1981.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web peminat Moero Attack Diarkibkan 2008-06-07 di Wayback Machine (Jepun)