Video definisi tinggi
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Video definisi tinggi secara amnya merujuk kepada mana-mana sistem video yang lebih tinggi resolusinya berbanding video definisi standard (SD), paling lazim pada resolusi paparan 1280x720 (720p) atau 1920x1080 (1080i atau 1080p). Rencana ini membincangkan konsep-konsep am video definisi tinggi, berbanding aplikasi tertentunya dalam penyiaran televisyen (HDTV), format rakaman video (HDCAM, HDCAM-SR, DVCPRO-HD, D5-HD, XDCAM-HD, HDV dan AVCHD), dan sistem paparan cakera optik (Blu-ray dan HD-DVD).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Spesifikasi HD asal dikatakan timbul pada awal 1980-an, apabila Jepun memajukan piawaian TV 1125 garis yang beroperasi pada 30 frem sesaat (fps). Jepun mempersembahkan piawaian mereka di satu persidangan antarabangsa jurutera televisyen di Algiers pada tahun 1981 dan NHK (penyiar awam Jepun) mempersembahkan sistem HDTV analognya di satu persidangan di Switzerland pada tahun 1983. Sistem NHK dipiawaikan di Amerika Syatikat sebagai piawaian SMPTE (Persatuan Jurutera Wayang Gambar dan Television/Society of Motion Picture and Television Engineers) #240M pada awal 1990-an.
Dalam sejarah, istilah televisyen definisi tinggi memaksudkan piawaian televisyen yang dimajukan pada akhir 1930-an untuk menggantikan sistem-sistem imbasan mekanik ujian awal yang memancarkan 15 hingga 220 garis resolusi. John Logie Baird dari UK ialah seorang penyokong utama sistem imbasan mekanik awal tersebut, namun sistem-sistem ini dengan cepatnya digantikan sistem-sistem elektronik sepenuhnya oleh jurutera-jurutera seperti Philo T. Farnsworth, Vladimir Zworykin dan pasukan EMI termasuk Alan Blumlein di bawah Isaac Shoenberg.
United Kingdom ialah negara pertama yang memulakan siaran televisyen seharian – Perkhidmatan Televisyen BBC – pada tahun 1936 dari Alexandra Palace, mula-mulanya dengan sistem imbasan mekanik 240 garis, 25 fps oleh Baird Television Limited yang berselanf dengan sistem berjujukan Marconi-EMI 405 garis pada 50 medan (setiap frem mengandungi dua medan). Sistem Baird digugurkan selepas akhir tahun 1936. Ini dianggap sebagai perkhidmatan televisyen 'definisi tinggi' berjadual yang pertama di dunia, maka istilah ini mesti dianggap mula-mulanya mengenal pasti sistem-sistem yang menawarkan resolusi 240 garis ke atas. Spesifikasi Marconi-EMI terus diamalkan di seluruh Eropah sebagai CCIR System A.
Di Amerika Syarikat, Jawatankuasa Sistem Televisyen Kebangsaan (pereka piawaian NTSC) menetapkan piawaian 525 garis pada 30 fps pada tahun 1940, dan siaran sehariannya bermula 1 Julai 1941. Piawaian NTSC dikemaskini untuk menyertakan piawaian warna 441 garis yang tidak serasi pada tahun 1950, yang kemudiannya digantikan oleh piawaian warna 525 garis pada 29.9 7fps yang serasi yang diluluskan pada tahun 1953 lalu digunakan sehingga kini. PAL dimajukan pada lewat 1950-an dengan sistem 625 garis pada 25 fps dan dilancarkan pada tahun 1964. SECAM dimajukan oleh Perancis selaku piawaian TV warna Eropah pertama yang tidak bergantung pada piawaian NTSC Amerika, lalu disaingi oleh PAL Jerman barat yang juga menggunakan 625 garis pada 25 fps. SECAM diterima pada zaman Perang Dingin oleh Perancis dan tanah-tanah jajahannya, dan juga jajahan Belgium, disusuli negara-negara yang menolak piawaian Amerika, iaitu Kesatuan Soviet, Republik Rakyat China, dan kerajaan-kerajaan komunis naungannya.
Piawaian video definisi tinggi terkini dimajukan dalam proses TV termaju yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) pada tahun 1987 atas permintaan penyiar-penyiar AS. Proses FCC yang diketuai Jawatankuasa Sistem Televisyen Termaju (ATSC) menerima pelbagai piawaian termasuk video 1080 garis selang seli (yang diturunkan dari sistem 1125/30fps NHK analog yang asal) dengan kadar bingkai maksimum 30 fps, dan video 720 garis berimbas progresif, dengan kadar bingkai maksimum 60 fps. FCC secara rasminya menerima piawaian pemancaran ATSC (yang merangkumi piawaian video HD dan SD) pada tahun 1996, dan siaran pertama dilancarkan pada 28 Oktober 1998.
Selama ini dunia dipancarkan siaran analog PAL, NTSC, SECAM semenjak lebih setengah abad. Bagaimanapun, dengan hadirnya penyiaran digital termausklah HD, pancaran analog akan dihentikan pada tahun-tahun akan datang maka NTSC, PAL dan SECAM bakal tinggal sejarah, inipun pandangan yang paling optimis. Masih belum past lagi sama ada dan bila ini akan tercapai, kerana masih banyak lagi kelengkapan video analog (stesen TV dan TV rumah) yang masih dipasang.
Butiran
[sunting | sunting sumber]Isyarat definisi tinggi memerlukan televisyen atau monitor komputer berdefinisi tinggi agar boleh dipertontonkan. Video definisi tinggi lazimnya bernisbah aspek 16:9 (1.78:1). Nisbah aspek filem layar lebar biasanya adalah 1.85:1 atau 2.40:1 (atau adakalanya dinyatakan 2.35:1). Televisyen definisi biasa (SDTV) bernisbah aspek 4:3 (1.33:1), namun baru-baru ini banyak juga penyiar yang memancarkan rancangan yang "dihimpit" secara mendatar dalam format anamorf 16:9, dengan berharap agar penonton memiliki set 16:9 yang meregangkan imej menjadi kembali seimbang, atau set yang "menghimpit" imej secara menegak sehingga menampakkan kesan "peti surat" tapi imej tetap kembali seimbang.
Leraian televisyen definisi tinggi (HDTV) adalah 1080 atau 720 garis, berbanding televisyen digital (DTV) biasa yang memancarkan 486 garis (didasarkan NTSC, 486 daripada 525 garis imbas yang nampak) atar 576 garis (didasarkan PAL/SECAM, 576 daripada 625 garis imbas yang nampak). Oleh sebab HD disiarkan secara digital, maka kemasukannya adakalanya seiringan dengan pengenalan DTV. Tambahan pula, cakera-cakera optik Blu-Ray dan HD DVD berdefinisi tinggi, sedangkan mutu gambar DVD terkini bukan.
Contoh
[sunting | sunting sumber]-
HDTV pada dua kali leraian SDTV.
-
Leraian SDTV.
Pertimbangan format
[sunting | sunting sumber]Format yang optima bagi tujuan penyiaran bergantung pada jenis media yang digunakan untuk rakaman dan sifat-sifat kandungannya. Kadar medan dan bingkai sewajarnya memadani sumbernya, begitu juga leraiannya. Selain itu, lebih tinggi leraiannya maka lebih banyak lebar jalur yang diperlukan, mungkin melebihi lebar jalur yang ada. Pemampatan kehilangan yang digunakan dalam semua sistem HDTV digital boleh mengherotkan gambar.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Video definisi tinggi |
- ATSC
- DVB
- ISDB
- Televisyen digital
- Input dan ruang warna HDTV (YPbPr/YCbCr).
- Sedia HD
- mariposaHD
- Video Definisi Ultra Tinggi
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Images formats for HDTVPDF (549 KiB), article from the EBU Technical Review .
- High Definition for Europe - a progressive approachPDF (207 KiB), article from the EBU Technical Review .
- High Definition (HD) Image Formats for Television ProductionPDF (117 KiB), technical report from the EBU
- Digital Terrestrial HDTV Broadcasting in EuropePDF, technical report from the EBU
- TV Azteca Plans HDTV Mexican Rollout Diarkibkan 2006-06-30 di Wayback Machine
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- ATSC
- CDTV Canadian Digital Television official website
- Home Theater Network What to look for in HDTVs.
- mariposaHD The world's first original HDTV show made for the Internet. Free 1080i and 720p videos, in WMV HD format, distributed with BitTorrent.