Melankolia
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Melankolia [mé.lan.ko.li.a] (dari bahasa Yunani μελαγχολία - '"kesedihan", secara harafiahnya "hempedu hitam"[1]) adalah kecelaruan mood perasaan tertekan yang tidak khusus, dicirikan dengan murung dan kelesuan tidak bersemangat untuk melakukan sebarang aktiviti. Ia adalah kemurungan atau keadaan kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Istilah "melankolia" berasal dari kepercayaan dalam perubatan kuno bahawa sesuatu penyakit itu disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam salah satu atau lain dari empat cecair, atau "humor", dalam tubuh manusia. Jenis keperibadian turut ditentukan oleh humor yang dominan pada individu tertentu. Menurut Hippokrates, melankolia disebabkan oleh kandungan hempedu hitam yang berlebihan.[2] Maka, badan seseorang cenderung mempunyai hempedu hitam (μέλας (melas) = gelap, hitam + χολή (khole) = hempedu) memiliki perasaan atau personaliti yang melankolis.
Kaitan dalam pustaka Islam
[sunting | sunting sumber]Dalam bahasa Arab dikenal istilah ḥuzn dan hazan yang merujuk kepada rasa sakit dan kesedihan atas kehilangan atau kematian kerabat dalam kes yang dipetik dalam al-Qur'an. Terdapat dua tafsir utama: yang pertama melihatnya sebagai tanda bahawa seseorang itu terlalu terikat dengan dunia material, sedangkan yang kedua, tasawuf, melihatnya sebagai wakil perasaan ketidakmampuan peribadi, yang tidak cukup dekat dengan Tuhan atau tidak bisa melakukan sesuatu yang cukup bagi Allah di dunia ini.[3]
Selaras dengan ilmu kedoktoran Yunani klasik, tabib dan psikolog Arab kuno juga mengkategorikan ḥuzn sebagai penyakit. Al-Kindi menghubungkannya dengan keadaan mental seperti kemarahan, ghairah, kebencian dan kemurungan; sedangkan Ibnu Sina dari Parsi pula mendiagnosis ḥuzn kepada seorang lelaki yang sedang mabuk cinta, yang denyut nadinya meningkat secara mendadak ketika nama gadis yang dicintainya diucapkan.[4] Ibnu Sina meyakini, dalam kemiripan yang banyak dengan Robert Burton, penyebab melankolia meliputi rasa takut akan kematian, intrik seputar kehidupan seseorang, dan cinta yang hilang. Sebagai solusi, ia menyarankan perawatan medis dan filosofis dari melankolia, termasuk pemikiran rasional, moral, disiplin, puasa dan berdamai dengan bencana. Melankolia dalam kegunaan silam turut merangkumi masalah mental yang kini dikelaskan sebagai skizofrenia atau gangguan bipolar.
Dalam konteks moden pula, "melankolia" digunakan hanya bagi simptom mental atau emosi kemurungan atau kesedihan; dalam sejarah, "melankolia" mungkin bersifat fizikal termasuk fikiran, dan keadaan melankolik dikelaskan sedemikian sebagai punca umum dan bukannya ciri-cirinya.[5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ μελαγχολία, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus Digital Library
- ^ Hippokrates. De aere aquis et locis. doi:10.103 Check
|doi=
value (bantuan). - ^ Pamuk, Orhan (2003). "10". Istanbul.
- ^ Ibnu Sina. Fi'l-Ḥuzn, (tentang Ḥuzn).
- ^ Berrios, G. E. (1988). "British Journal of Psychiatry". Melancholia and depression during the 19th century. A conceptual History. 153: 298-304.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Blazer, Dan G.: The Age of Melancholy: "Major Depression" and its Social Origin. Routledge, 2005. ISBN 978-0-415-95188-3.
- Bowring, Jacky: A Field Guide to Melancholy. Oldcastle Books, 2009. ISBN 978-1-842-43292-1.
- Boym, Svetlana: The Future of Nostalgia. Basic Books, 2002. ISBN 978-0-465-00708-0.
- Jackson, Stanley W.: Melancholia and Depression: From Hippocratic Times to Modern Times. Yale University Press, 1986. ISBN 978-0-300-03700-5.
- Kristeva, Julia: Black Sun. Columbia University Press, 1992. ISBN 978-0-231-06707-2.
- Radden, Jennifer: The Nature of Melancholy: From Aristotle to Kristeva. Oxford University Press, 2002. ISBN 978-0-195-15165-7.
- Schwenger, Peter: The Tears of Things: Melancholy and Physical Objects. University of Minnesota Press, 2006. ISBN 978-0-816-64631-9.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Melankolia |
- Grunwald Center website: Durer's Melencolia and clinical depression, iconography and printmaking techniques Diarkibkan 2004-06-25 di Wayback Machine
- "Dürer's Melancholia": sonnet by Edward Dowden
- Melancholy and abstraction, on the Berlin exhibition "Melancholy: Genius and Madness in Art"
- Diderot's historic writing on Melancholy
Emosi |
---|
Belas kasihan • Cinta • Ekstasi • Enui • Epifani • Fanatisisme • Harga diri • Iri hati • Kasihan pada diri sendiri • Keambivalenan • Keangkuhan • Kebahagiaan • Kebanggaan • Kebencian • Kebosanan • Keghairahan • Kekecewaan • Kekeliruan • Kekosongan • Kemarahan • Kemarahan salih • Kemurungan • Kepahitan • Keprihatinan • Kesangsian • Kesedihan • Kesepian • Ketakutan • Ketenangan • Kompersi • Limerens • Melankolia • Nafsu • Panik • Pemuasan • Penderitaan • Penerimaan • Pengharapan • Penghinaan • Perasaan cemburu •
Perasaan disingkirkan • Perasaan gerun • Perasaan terkejut • Rasa bersalah • Rasa malu • Rasa menyampah • Rasa segan • Rasa sesal • Rasa terhutang budi • Rindu kampung halaman • Sikap apati • Taubat |