Penghinaan
Penghinaan secara harafiahnya adalah tindakan untuk menjadikan seseorang itu rendah diri, atau menjatuhkan taraf seseorang itu dalam masyarakat. Bagaimanapun, istilah ini mempunyai banyak persamaan dengan emosi atau perasaan malu. Penghinaan secara kebiasaannya bukanlah merupakan pengalaman yang elok, kerana ia mengurangkan ego.
Penghinaan tidak memerlukan penglibatan orang lain; ia boleh jadi kesedaran mengenai taraf diri seseorang, dan boleh menjadi satu jalan bagi menghapuskan perasaan bangga yang tidak sepatutnya.
Penghinaan orang lain sering digunakan sebagai satu cara seseorang untuk menunjukkan kuasanya kepada orang lain, dan merupakan bentuk biasa penderaan atau penekanan. Kebanyakan hukuman secara sengaja direka untuk menghina, contoh tarring and feathering, pillory, mark of infamy (stigma).
Penghinaan, seperti di penjara Abu Ghraib, boleh membabitkan (juga secara gabungan):
- Memaksa berbogel
- Memaksa memakai pakaian berlainan jantina
- Rogol atau memaksa melakukan hubungan seks atau berlakun mengadakan hubungan seks
- Memaksa menonton bogel dan/atau seks
- dipaksa memakai rantai
- diperolok-olokkan
Sesetengah yang di atas adalah bentuk penghinaan seksual.
Penderaan fizikal, selain kecederaan fizikal, juga merupakan satu penghinaan.
Bagaimanapun, sesetengah orang mendapati penghinaan oleh orang lain menghairahkan dalam keadaan tertentu:
Emosi |
---|
Belas kasihan • Cinta • Ekstasi • Enui • Epifani • Fanatisisme • Harga diri • Iri hati • Kasihan pada diri sendiri • Keambivalenan • Keangkuhan • Kebahagiaan • Kebanggaan • Kebencian • Kebosanan • Keghairahan • Kekecewaan • Kekeliruan • Kekosongan • Kemarahan • Kemarahan salih • Kemurungan • Kepahitan • Keprihatinan • Kesangsian • Kesedihan • Kesepian • Ketakutan • Ketenangan • Kompersi • Limerens • Melankolia • Nafsu • Panik • Pemuasan • Penderitaan • Penerimaan • Pengharapan • Penghinaan • Perasaan cemburu •
Perasaan disingkirkan • Perasaan gerun • Perasaan terkejut • Rasa bersalah • Rasa malu • Rasa menyampah • Rasa segan • Rasa sesal • Rasa terhutang budi • Rindu kampung halaman • Sikap apati • Taubat |