Maurizio Giuliano
Maurizio Giuliano (lahir 1975[1]) adalah seorang pengembara, penulis dan wartawan dari Itali. Dia tercatat di dalam Buku Rekod Dunia Guinness sebagai orang termuda yang telah pergi ke seluruh negara berdaulat di dunia.[1] Pada 2006-2007, dia bekerja dengan PBB.[2] [3]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Maurizio Giuliano dilahirkan pada 24 Februari 1975[1] di Milan, Itali. Bapanya ialah seorang peguam dan ibunya seorang suri rumah.[4] Dia juga pernah tinggal di Cuba, Chile dan Indonesia.[4] Pada 2004, dia menyatakan boleh bertutur lima bahasa dan mempunyai "keghairahan" untuk dua lagi.[4]
Pengembaraan
[sunting | sunting sumber]Mengikut Buku Guinness, melalui kerjanya, Maurizio Giuliano telah pergi ke setiap negara berdaulat di dunia (berjumlah 193 buah mengikut Buku Guinness) pada 20 Februari 2004, berumur 28 tahun 361 hari.[1] Dia menuntut pernah melawat sehingga 238 wilayah (termasuk 193 negara berdaulat Guinness),[5] dan menyatakan yang Korea Utara adalah negara yang paling susah hendak dimasuki, selepas banyak percubaan dan penantian lama mendapat visa.[1]
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- (Sepanyol) Tentang prolog dari José Antonio Viera-Gallo Quesney, La Transición Cubana y el 'Bloqueo' Norteamericano, Ediciones CESOC; 1st edition (May 1997), ISBN 9562110621.
- (Sepanyol) El Caso CEA: Intelectuales e Inquisidores en Cuba, Ediciones Universal; 2nd edition (November 1998), ISBN 0897298705.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e Guinness Book of World Records 2006, Guinness World Records, 2006, ms. 126 edisi UK (NB: walaupun terdapat 193 negara dalam senarai Buku Guinness, Giuliano pernah berkata 192)
- ^ Central African Republic: Humanitarian Crisis Continues, Funding Remains Low (press release), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 10 Februari 2006
- ^ Jeffrey Gettleman, Chaos in Darfur Rises as Arabs Fight With Arabs, New York Times, 3 September 2007
- ^ a b c (Itali) Simona Ravizza, A 29 anni come Marco Polo: ho visitato i 192 paesi del mondo, Corriere della Sera, 14 Mac 2004
- ^ European sets world travel record, ABC Online, 27 Februari 2004 (NB: Rencana tersebut tersilap menyatakan umur Giuliano sebagai 23 dan bukannya 28 seperti dalam Buku Guinness)