Masjid Klebang Besar
Masjid Klebang Besar | |
---|---|
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Dibuka pada | 1910-an, Pembinaan semula 1929 |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Tuan Hj.Md Kahar bin Md Said (Imam Besar) |
Dimiliki oleh | No Daftar: |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Melaka |
Daerah | Melaka Tengah |
Lokasi | Masjid Klebang Besar, Km. 6, Klebang Besar, 75200 Melaka. |
Laman sesawang | |
Masjid Warisan | |
sunting |
Masjid Klebang Besar merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka.
Ia diwartakan pada tarikh 6 Mei 2004.
Masjid Klebang Besar ialah sebuah masjid yang terletak 7 kilometer daripada pusat Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. [1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Masjid Klebang Besar dibina pada sekitar tahun 1910-an secara gotong royong oleh orang-orang kampung. Pada mulanya, masjid ini diperbuat daripada kayu, tetapi pada tahun 1929, Masjid Klebang Besar telah diubahsuai dengan binaan separa batu, sesuai dengan peredaran zaman, dengan bantuan orang ramai serta Kerajaan Negeri.
Masjid Klebang Besar telah diiktiraf oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sebagai salah sebuah masjid yang tertua dalam negeri Melaka. Banyak tinggalan sejarah masih dapat dilihat dalam reka bentuk masjid ini, antaranya:
- pintu gerbang;
- empat batang tiang kayu yang terletak di ruang utama sembahyang;
- mimbar khutbah;
- beduk;
- tangga; dan
- sebuah perigi lama yang pada satu ketika digunakan untuk mengambil wuduk.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Masjid Warisan Diarkibkan 2018-08-21 di Wayback Machine
- (Melayu) Masjid Klebang Besar Diarkibkan 2005-10-29 di Wayback Machine