Pergi ke kandungan

Masakan Vietnam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Phở
Bánh cuốn
Chả giò
Hu tieu kho, hidangan mi nasi kukus

Masakan Vietnam (Jawi: ماسقن ۏيتنام) adalah suatu gaya masakan yang berasal dari negara Vietnam dengan sos ikan, kicap, nasi, herba segar, buah-buahan dan sayur-sayuran semuanya digunakan secara umum. Resipi Vietnam menggunakan beraneka jenis herba, termasuk serai, pudina, daun laksa, daun jeruju gunung dan selasih Thai. Masakan Vietnam tradisional dikagumi secara besar dengan kesegaran ramuan dan untuk gaya makanan sihat.

Daging yang paling umum digunakan dalam masakan Vietnam adalah daging babi, daging ayam, ikan, dan pelbagai jenis makanan laut. Orang Vietnam mempunyai tradisi vegetarian kuat dipengaruhi oleh nilai-nilai agama Buddha.

Variasi serantau

[sunting | sunting sumber]

Masakan Vietnam dapat semudahnya dibahagikan ke dalam tiga kategori, setiapnya berkaitan dengan sebuah rantau geografi yang bebeza. Dengan Vietnam Utara menjadi tempat lahirnya tamadun Vietnam, banyak dari hidangna yang terkenal Vietnam seperti phở dan bánh cuốn dapat mengesan sasl-usul mereka di Utara. Masakan Utara adalah lebih tradisional dan kurang pelbagai dalam memilih rempah dan ramuan.

Masakan Vietnam Selatan telah mengikut sejarah dipengaruhi oleh kemasukan ramai para pendatang China selatan, penjajah Perancis dan warga negara lain. Orang Vietnam selatan lebih suka perisa manis dalam banyak hidangan. Sebagai sebuah rantau mungkin lebih kepelbagaian dari segi pengaruh luar, masakan Selatan menggunakan kepelbagaian lebih luas herba.

Masakan Vietnam Tengah adalah agak berbeza dari masakan rantau Utara dan Selatan dalam kegunaan banyak hidangan tepi kecil. Untuk sementara negara ini diperintah dari Hue di Vietnam Tengah, jadi kebanyakan hidangan telah dibuatkan kecil dan didedikasikan pada raja-raja. Dibandingkan dengan rakannya, masakannya adalah lebih pedas.

Makanan lazim keluarga Vietnam

[sunting | sunting sumber]

Makanan lazim bagi keluarga Vietnam rata-ratanya termasuk:

  • Semangkuk nasi setiap orang
  • Daging, ikan atau makanan laut (panggang, rebus, kukus, stew atau goreng dengan sayur-sayuran)
  • Sayur-sayuran digoreng kilas, mentah, jeruk atau dikukus
  • Canh (sup cair dengan sayur-sayuran dan sering bersama daging atau makanan laut) atau sup lain gaya-Vietnam
  • Sos ikan dan/atau kicap untuk mencelup, yang bawang putih, cili, halia atau jus limau kadang kala ditambah mengikut citarasa.

Semua hidangan selain daripada mangkuk nasi setiap orang adalah untuk dikongsi bersama.

Populariti

[sunting | sunting sumber]

Di luar negara asalnya, masakan Vietnam banyak terdapat di negara-negara dengan masyarakat pendatang Vietnam yang ramai, seperti Australia, Amerika Syarikat, Kanada, dan Perancis. Masakannya juga popular di Jepun, Korea, Republik Czech, Jerman, Poland, dan Rusia, dan di kawasan yang padat penduduk Asia.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini masakan Vietnam telah menjadi popular di negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Laos, dan Thailand.

Hidangan yang telah menjadi cap dagang masakan Vietnam termasuk phở, gỏi cuốn (popia), bún, dan bánh mì (roti gulung).

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
Fail:Title Cuisine 2.jpg
Rencana ini adalah sebahagian siri Masakan
Teknik penyediaan dan perkakas masak
Perkakas dapur - Teknik
Timbang dan ukur
Ramuan dan jenis makanan

Makanan
Masakan vegetarian
Herba dan Rempah
Keju - Pasta - Pencuci mulut
Roti - Sos - Sup - Teh
Ramuan-ramuan lain

Makanan wilayah
Afrika - Asia - Asia Selatan
Amerika Latin - Amerika Utara
Caribbean - Eropah
Tengah Timur
Makanan-makanan lain...
Lihat juga:
Dapur - Hidangan
Tukang masak terkenal
Wikibuku: Buku masakan

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Wikibooks
Wikibooks

Templat:Topik Asia Tenggara