Pergi ke kandungan

Masakan Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masakan Johor (ماسقن جوهر)(Johor cuisine) ialah hidangan yang sangat terkenal di Malaysia, ianya dicipta atau diwarisi berzaman-zaman oleh etnik Melayu, pengaruh Arab , Jawa dan Bugis di Johor.

Makanan ماکنن

[sunting | sunting sumber]
  • Laksa Johor : makanan yang berasal dari Johor. Ianya berbeza dari laksa Pulau Pinang kerana menggunakan santan kelapa untuk kuahnya. Mi Laksa yang digunakan berbentuk spagheti.
Mi Bandung Muar
  • Mi bandung :juga masakan yang berasal dari negeri Johor dan amat terkenal di Muar. Perkataan ‘bandung’ tidak berasal dari Bandung, Indonesia tetapi membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah. Kebiasaanya mi bandung ini diletakkan udang kering bagi menaikkan aroma dan rasa.
  • Mi rebus : ialah makanan terkenal yang terkandung mi yang di celur dan di hidangkan bersama kuahnya tersendiri, telur rebus dan bahan sampingan. Hidangan ini berasal daripada Johor dan dicipta oleh etnik Melayu, ia juga bernama mi jawa dan tiada mengena dengan Jawa.
  • Mi rojak: makanan ini berasal daripada Johor dan dicipta oleh Melayu Johor, ia berbeza dengan Pasembor atau Rojak mamak.
Otak-Otak
  • Roti Jala: Nama ini bersesuaian dengan rupanya yang seakan jala dan cara membuat seperti menjala. Ianya di buat daripada adunan tepung dengan menggukan bekas acuan yang berlubang dan di masak di kuali leper kemudian di makan bersama Gulai atau Kari Malaysia.
  • Asam pedas : Asam pedas merupakan hidangan Melayu yang mempunyai rasa pedas dan manis. Asam pedas Johor menggunakan daun kesum dan bunga kantan berbeza Adam pedas Melaka.
  • Asam rebus : Asam rebus merupakan hidangan asal Johor mempunyai warna lebih kuning, hidangan ini hampir dengan Asam pedas Kedah.
  • Ayam masak merah : hidangan ini berasal daripada Johor juga terkenal di Singapura. Bahan utama tomato puri dan rempah sekawan.
  • Ayam masak serai : hidangan ini hampir serupa ayam masak merah tetapi menggunakan lebih banyak serai.
  • Gulai Asam pedas : hidangan ini seperti asam pedas tetapi kuahnya lebih cair dan dicampur jeruk sawi, jeruk belimbing buluh atau sebaliknya
  • Gulai Malaysia : hidangan ini berasaskan bahan tumis dan santan, banyak jenis kuah gulai dihasilkan oleh masyarakat melayu Malaysia antaranya gulai kuning ada dua jenis, gulai oren dan gulai kari.
  • Kari Malaysia : hidangan ini diinovasikan oleh Masyarakat Melayu Malaysia, ia tidak sama dengan kari India. Kari Malaysia ada dua iaitu bersantan dan tidak bersantan.
  • Rojak asma : makanan ini hampir sama dengan rojak mamak ataupun mi rojak.
  • Lontong basah: makanan ini berasal daripada Johor, ia perpaduan ketupat atau nasi impit dan kuah lodeh.
  • Lontong goreng: makanan ini berasal daripada Johor, ia seperti Lontong goreng tetapi di tumis bahannya seperti kuetiau goreng.
  • Kuah kacang: ia sejenis kuah yang berasaskan kacang tanah, dimakan bersama Sate, Lontong kering atau Mi rojak. Kuah kacang juga ada jenis basah dan kering.
  • Sambal kacang: cara memasak seperti menumis sambal dan cara mereneh seperti kuah kacang, di masak sehingga kering.
  • Sambal tumis: hidangan ini berasal daripada Johor dan tersebar luas di Malaysia , ia dimakan bersama Ubi kayu rebus, Mi siput, Nasi lemak dan lempeng.
  • Mi siput: berasal daripada Muar dan di makan bersama Sambal tumis atau Sambal kicap.
  • Pisang goreng: kudapan yang berasaskan pisang kemudian dicelup didalam adunan tepung lalu di goreng, orang Johor biasanya cicah dengan sambal kicap.
  • Nasi beriani gam:Amat terkenal di daerah Batu Pahat. Makanan ini dipengaruhi oleh India kerana terdapat kisah seorang India Muslim telah memperkenalkan masakan ini dan akhirnya menjadi makanan tradisional negeri ini pada awal 1900 M.
  • Nasi beringin : berasal dari Muar, pada awalnya ia dihidangkan di kalangan kerabat Diraja Johor.
  • Bubur lambuk : berasal daripada Johor, ia berbeza dengan kawasan pantai timur bersifat manis , manakala di Johor bersifat berempah dan rasa yang seimbang tidak terlalu masin. Bubur lambuk ada dua versi iaitu bubur lambuk rempah sup dan bubur lambuk rempaklh kari.
  • Cekodok : diperbuat daripada tepung gandum dan pisang kemudian di goreng, tekstur lembut.
  • Jemput-jemput : diperbuat daripada tepung gandum, bawang merah dan ikan bilis kemudian di goreng, tekstur kenyal sedikit.

Pengaruh Arab

[sunting | sunting sumber]

Makanan ini dicipta oleh Melayu Johor dan diinspirasi daripada masakan Arab

  • Halwa maskat: Makanan ini dipercayai merupakan hidangan pencuci mulut yang berasal dari Oman, dan turut menjadi tradisi Masyarakat Banjar. Manisan ini diperbuat daripada tepung yang dibasuh dan ditapis untuk mendapatkan pati tepung sebelum di peram selama 3 hari sebelum di masak di atas dapur, ia digaulkan bersama minyak sapi dan kismis, hidangan ini sangat rumit disediakan tetapi sangat unik dan sedap dimakan, ia sangat sukar ditemui kini kerana kerumitan membuatnya dan tiada lagi generasi kini yang ingin belajar membuat hidangan ini.
  • Kacang pol : Makanan ini adaptasi daripada Kacang Fool di timur tengah dan di ubah mengikut citara orang Melayu Johor .
Telur Pindang

Telur pindang : amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini ialah telur ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama-sama rempah dan daun-daun.

  • Nasi Ambeng : Pengaruh masakan Jawa sangat kuat dan juga banyak menyumbang kepada masakan Johor. Antaranya nasi ambeng, lontong dan ungkep. Nasi ambeng adalah nasi yang dihidangkan ketika majlis yasin ataupun tahlil. Hidangan ini biasanya di sediakan untuk empat orang yang akan makan di dalam satu hidangan yang sama di mana terdapat campuran lauk termasuk serunding kelapa, mi, iakan kering dan sebagainya.
  • Soto: Boleh dimakan dengan mee mahupun nasi himpit yang disertai dengan kuah sup dan sambal kicap.
  • Burasak:sejenis makanan orang-orang Bugis. Beras yang di bungkus dengan menggunakan daun pusang muda dan di masak besama santan. Boleh di dapati pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban.

Minuman مينومن

[sunting | sunting sumber]

Kuih كوءيه

[sunting | sunting sumber]
  • Wajik sirat: makanan ini dibuat oleh Melayu Johor yang terinspirasi daripada Wajik etnik Jawa.