Mark W. Clark
Jeneral Mark W. Clark | |
---|---|
Nama samaran | "Wayne" "Contraband" (semasa di West Point)[1] |
Kelahiran | May 1, 1896 Madison Barracks, Sackets Harbor, New York, United States |
Meninggal dunia | April 17, 1984 (aged 87) Charleston, South Carolina, United States |
Disemadikan | The Citadel Charleston, South Carolina, United States |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan | Tentera Darat Amerika Syarikat |
Tahun perkhidmatan | 1917–1953 |
Pangkat | Jeneral |
Unit | Infantri |
Arahan | Batalion Ke-3, Rejimen Ke-11 Infantri Kor II Tentera Darat Kelima Tentera Darat Ketujuh Kumpulan Tentera Darat Ke-15 Tentera Darat Keenam Markas Tentera PBB (Korea) |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II Perang Korea |
Anugerah | Distinguished Service Cross Army Distinguished Service Medal Navy Distinguished Service Medal |
Pasangan | Maurine Doran (m. 1924–1966; hingga kematiannya; 2 anak) |
Tugas lain | Presiden, The Citadel |
Jeneral Mark Wayne Clark (1 Mei 1896 – 17 April 1984) adalah seorang pegawai kanan Tentera Darat Amerika Syarikat yang terlibat secara langsung dalam Perang Dunia I, Perang Dunia II, dan Perang Korea. Beliau merupakan Jeneral (jeneral empat bintang) termuda dalam Tentera Darat AS semasa Perang Dunia II.
Ketika Perang Dunia I, beliau adalah ketua kompeni dan berkhidmat di Perancis pada tahun 1918, sebagai Kapten yang berusia 22 tahun, dimana beliau mengalami kecederaan serius akibat serpihan peluru meriam. Selepas perang, bakal Ketua Turus Tentera Darat A.S., Jeneral George Marshall, perasan dengan kebolehan Clark.[2] Semasa Perang Dunia II, beliau memerintah Tentera Darat Kelima AS, dan kemudian Kumpulan Tentera Darat Ke-15, dalam kempen Itali. Beliau dikenali kerana memimpin Tentera Darat Kelima semasa penaklukan Rome pada Jun 1944.
Clark teruk dikritik kerana mengabaikan arahan pegawai atasannya, Jeneral British Sir Harold R. L. G. Alexander, dan menyebabkan Tentera Darat Ke-10 Jerman terlepas, ketika kemaraannya untuk menawan Rome, ibu negara Itali, sebuah bandaraya strategik yang tidak penting. Tentera Darat Ke-10 Jerman kemudian menyertai keseluruhan Kumpulan Tentera Darat C Jerman di Garis Trasimene.[3] Pada bulan Mac 1945, Clark, pada usia 48 tahun, menjadi pegawai termuda Amerika yang dinaikkan pangkat ke Jeneral penuh.
Disukai oleh Winston Churchill (yang menggelar beliau sebagai Helang Amerika), Clark menunjukkan kemahiran dalam mengendalikan tentera dari pelbagai campuran negara; beliau seorang yang bertenaga, bercita-cita tinggi, dan bersemangat kuat, dan menikmati kejayaan yang besar terhadap musuh Jerman yang pintar dan berkebolehan; kegagalannya untuk mengikut arahan Jeneral Alexander menjadikan beliau penakluk Rome, tetapi menjamin tentangan berterusan di Itali.
Jeneral Besar Dwight D. Eisenhower, kawan rapat Clark, menganggap beliau sebagai pegawai staf yang cemerlang dan anggota pelatih.[4] Clark telah dianugerahkan banyak pingat, antaranya Distinguished Service Cross, anugerah kedua tertinggi Tentera Darat A.S. Satu legasi "pasukan petugas Clark" yang beliau ketuai pada tahun 1953–1955, yang mengkaji semula dan membuat cadangan pada semua aktiviti risikan persekutuan, adalah istilah ciptaan Komuniti Risikan.[5]
Tarikh kenaikkan pangkat
[sunting | sunting sumber]Leftenan Kedua, Tentera Darat Amerika Syarikat: 20 April 1917 | |
Leftenan Pertama, Tentera Darat AS: 15 Mei 1917 | |
Kapten, Tentera Darat AS: 5 Ogos 1917 | |
Mejar, Tentera Darat Tetap: 14 Januari 1933 | |
Leftenan Kolonel, Tentera Darat Tetap: 1 Julai 1940 | |
Kolonel, Tentera Darat Tetap: Dilangkau | |
Brigedier Jeneral, Tentera Darat Amerika Syarikat: 5 Ogos 1941 | |
Mejar Jeneral, Tentera Darat AS: 17 April 1942 | |
Leftenan Jeneral, Tentera Darat AS: 11 November 1942 | |
Brigedier Jeneral, Regular Army: 1 September 1943 | |
Mejar Jeneral, Regular Army: 7 Oktober 1944 | |
Jeneral, Tentera Darat AS: 10 Mac 1945 |
Anugerah dan darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaAtkinson_p44
- ^ "General Mark Clark", www.historylearningsite.co.uk
- ^ "Once Upon a Time in Liberated Rome", Robert Katz’s History of Modern Italy
- ^ From Salerno to Rome: General Mark W. Clark and the Challenges of Coalition Warfare, diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03, dicapai pada 2016-12-21 Master's thesis abstract
- ^ Michael Warner; Kenneth McDonald. "US Intelligence Community Reform Studies Since 1947" (PDF). CIA. m/s. 4. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-04-30. Dicapai pada 12 December 2014.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Bibliografi
- Atkinson, Rick (2002). Army at Dawn: The War in North Africa, 1942–1943. Holt Paperbacks. ISBN 0-8050-8724-9.
- Atkinson, Rick (2008). The Day of Battle: The War in Sicily and Italy, 1943–1944. Holt Paperbacks. ISBN 978-0-8050-8861-8.
- Baxter, Colin F. (1999). Field Marshal Bernard Law Montgomery, 1887–1976: A Selected Bibliography. Greenwood Press. ISBN 978-0-313-29119-7.
- Clark, Mark W. (2007). CALCULATED RISK, The War Memoirs of a Great American General. Enigma Books. ISBN 978-1-929631-59-9.
- Clark, Mark W. (1954). From the Danube to the Yalu. Harper. OCLC 178967.
- Clark, Maurine Doran (1956). Captain's Bride, General's Lady; The Memoirs of Mrs. Mark W. Clark. McGraw-Hill. OCLC 1362519.
- Hapgood, David; Richardson, David (2002) [1984]. Monte Cassino: The Story of the Most Controversial Battle of World War II (ed. repr.). Cambridge Mass.: Da Capo. ISBN 0-306-81121-9.
- Katz, Robert (2003). The Battle for Rome. Simon & Schuster. ISBN 978-0-7432-1642-5.
- Mark Clark, Martin Blumenson
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Mark W. Clark |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mark W. Clark |
- Papers of Mark W. Clark, Dwight D. Eisenhower Presidential Library
- Finding aid for the Mark W. Clark Oral History, Dwight D. Eisenhower Presidential Library Diarkibkan 2009-01-14 di Wayback Machine
- Historical Sound from General Clark (some statements with German translation)
- Biography from the Korean War Encyclopedia
- General Mark W. Clark Diarkibkan 2011-07-09 di Wayback Machine - TIME magazine cover of July 7, 1952
- From the Liberation of Rome to the Korean Armistice - General Mark Wayne Clark interview - 1975 Three Monkeys Online
- General Clark explains military situation in Italy, 1943 di YouTube Footage
- Mark W. Clark Collection The Citadel Archives & Museum
- Sidney T. Mathews: General Clark's Decision to drive on Rome. In: Command Decisions (editor: Center for Military History, 2000). CMH Pub 70-7-1; partly edited already in 1960. Chapter 14 Diarkibkan 2009-07-26 di Wayback Machine (p. 351-364)
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Organisasi baru diaktifkan |
Panglima Kor II Jun 1942–Oktober 1942 |
Diikuti oleh: Lloyd Fredendall |
Didahului oleh Organisasi baru diaktifkan |
Panglima Tentera Darat Kelima 1943–1944 |
Diikuti oleh: Lucian Truscott |
Didahului oleh George Price Hays |
Panglima Tentera Darat Keenam 1947–1949 |
Diikuti oleh: Albert Coady Wedemeyer |