Pergi ke kandungan

Sébastien Haller

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sébastien Haller
Haller bersama pasukan bawah-19 Perancis pada 2013
Maklumat peribadi
Nama penuh Sébastien Romain Teddy Haller[1]
Tarikh lahir (1994-06-22) 22 Jun 1994 (umur 30)[2]
Tempat lahir Ris Orangis, Perancis
Ketinggian 1.90 m (6 ka 3 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Dortmund
Nombor 9
Kerjaya remaja
2003–2005 F.C.O. Vigneux
2005–2007 Brétigny Foot
2007–2012 Auxerre
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2014 Auxerre II 57 (29)
2012–2015 Auxerre 50 (6)
2015Utrecht (pinjam) 17 (11)
2015–2017 Utrecht 65 (30)
2017–2019 Eintracht Frankfurt 60 (24)
2019–2021 West Ham United 54 (14)
2021–2022 Ajax 66 (47)
2022– Borussia Dortmund 26 (11)
Pasukan kebangsaan
2010 Perancis B16 1 (0)
2011 Perancis B17 12 (6)
2011–2012 Perancis B18 4 (1)
2012–2013 Perancis B19 7 (3)
2013–2014 Perancis B20 7 (2)
2013–2016 Perancis B21 20 (13)
2020– Ivory Coast 17 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:47, 28 Mac 2023 (UTC)

Sébastien Romain Teddy Haller (Sebutan bahasa Perancis: [sebastjɛ̃ alɛʁ]; lahir 22 Jun 1994) merupakan pemain bola sepak profesional yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Borussia Dortmund dan pasukan kebangsaan Ivory Coast.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Semasa kejohanan Piala Dunia B-17 FIFA 2011 pada 26 Jun 2011, Haller telah menandatangani kontrak pertamanya bersama kelab Auxerre selama tiga tahun.[3]

Menjelang musim 2012–13, beliau telah ditawarkan untuk menyertai skuad senior ketika di bawah pengendalian pengurus Jean-Guy Wallemme. Haller melakukan penampilan sulungnya pada 27 Julai 2012 pada perlawanan pembukaan Ligue 2 menentang Nîmes.[4]

Pada 24 Disember 2014, Haller telah diumumkan akan menyertai kelab Eredivisie, FC Utrecht sehingga ke penghujung musim.[5] Pada penghujung musim, Utrecht dilaporkan telah menandatangani Haller secara tetap.[6] Para peminat telah mengundi Haller sebagai pemenang Trofi Di Tommaso 2015 iaitu anugerah pemain terbaik Utrecht.[7]

Eintracht Frankfurt

[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mei 2017, Haller telah menandatangani kontrak selama empat tahun bersama kelab Eintracht Frankfurt.[8] Semasa perlawanan akhir DFB-Pokal, Haller telah menjaringkan empat gol untuk Frankfurt sekali gus membantu pasukannya untuk menjuarai kejohanan itu di samping menandakan trofi pertama dirangkul oleh Haller dalam kariernya. Pada musim 2018-19, Haller telah menghasilkan 15 gol liga dalam 29 penampilan yang menyaksikan pasukannya menduduki tangga ketujuh liga.[9] Selain itu, beliau juga telah membantu sembilan jaringan gol untuk pasukannya di samping terlibat dalam 24 jaringan gol.[10]

West Ham United

[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Julai 2019, Haller telah menandatangani kontrak selama empat tahun bersama West Ham United.[11]

Pada 31 Julai 2019, Haller menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham dalam aksi persahabatan pra-musim menentang Hertha BSC yang berkesudahan West Ham menang 5-3.[12] Haller melakukan penampilan pertamanya di Liga Perdana Inggeris pada 10 Ogos 2019 yang menyaksikan pasukannya dibelasah 5-0 kepada juara bertahan, Manchester City.[13]

Pada 24 Ogos 2019, Haller menjaringkan gol pertama dan keduanya di Liga Perdana Inggeris ketika pasukannya meraih kemenangan 3-1 ke atas Watford.[14]

Pada 1 Januari 2020, Haller menjaringkan gol pertamanya pada tahun 2020 melalui sepakan gunting dengan gaya akrobatik ketika mengalahkan Bournemouth 4–0.[15]

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Haller telah dilahirkan di Perancis yang mana bapanya merupakan orang Perancis manakala ibunya pula ialah orang Ivory Coast.[16][17] Beliau merupakan pemain belia antarabangsa Perancis dan mewakili pasukannya di setiap lapisan umur. Beliau telah mewakili pasukan bawah-17 ke kejohanan Piala Dunia B-17 FIFA 2011.

Statistik kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 7 Mac 2020.[18]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Auxerre 2012–13 17 2 0 0 1 0 18 2
2013–14 25 4 1 0 2 2 28 6
2014–15 8 0 0 0 3 0 11 0
Jumlah 50 6 1 0 6 2 57 8
Belanda Utrecht 2014–15 17 11 0 0 17 11
2015–16 33 17 5 5 4[c] 2 42 24
2016–17 32 13 3 1 4[c] 2 39 16
Jumlah 82 41 8 6 8 4 98 51
Jerman Eintracht Frankfurt 2017–18 31 9 5 4 36 13
2018–19 29 15 1 0 10[d] 5 1[e] 0 41 20
Jumlah 60 24 6 4 10 5 1 0 77 33
England West Ham United 2019–20 27 7 2 0 1 0 29 7
Jumlah kerjaya 219 78 17 10 7 2 10 5 9 4 262 99
  1. ^ Termasuk Coupe de France, Piala KNVB, DFB-Pokal dan Piala FA Inggeris.
  2. ^ Termasuk Coupe de la Ligue dan Piala EFL.
  3. ^ a b Penampilan di play-off liga
  4. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.
  5. ^ Penampilan di DFL-Supercup.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Eintracht Frankfurt
  • Trofi David Di Tommaso: 2015[20]
  1. ^ "2019/20 Premier League squads confirmed". Premier League. 3 September 2019. Dicapai pada 3 September 2019.
  2. ^ "Sébastien Haller: Overview". Premier League. Dicapai pada 24 August 2019.
  3. ^ "Sébastien Haller: "Gagner un titre avec la sélection U17 serait merveilleux"". FootMercato (dalam bahasa French). 26 June 2011. Dicapai pada 27 July 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Auxerre v. Nîmes Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 27 July 2012. Dicapai pada 27 July 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ FC Utrecht slaat slag: "Een jeugdinternational nota bene van een groot voetballand" (in Dutch). 24 December 2014. Retrieved 24 December 2014
  6. ^ "FC Utrecht licht optie Haller". telegraaf.nl (dalam bahasa Dutch). De Telegraaf. 30 April 2015. Dicapai pada 13 May 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Sebastien Haller wint de David di Tommaso trofee". fcutrecht.net (dalam bahasa Dutch). FC Utrecht. Dicapai pada 13 May 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Sébastian Haller erster Eintracht-Neuzugang". Frankfurter Neue Presse (dalam bahasa German). 15 May 2017. Dicapai pada 15 May 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "West Ham complete club-record £40m Haller signing". Goal. 17 June 2019. Dicapai pada 17 June 2019.
  10. ^ "Sebastien Haller: West Ham sign Eintracht Frankfurt striker for club record £45m". BBC Sport. 17 July 2019. Dicapai pada 27 August 2019.
  11. ^ "Hammers make Haller their record signing". West Ham United F.C. 17 July 2019. Dicapai pada 17 July 2019.
  12. ^ "Fornals and Haller net in exciting Hertha Berlin victory | West Ham United". www.whufc.com.
  13. ^ "West Ham 0-5 Manchester City: Raheem Sterling gets hat-trick in VAR-dominated game". BBC Sport. 10 August 2019. Dicapai pada 11 August 2019.
  14. ^ "Watford 1-3 West Ham United: Sebastien Haller's second-half brace secures points". BBC Sport. 24 August 2019. Dicapai pada 24 August 2019.
  15. ^ "West Ham 4-0 Bournemouth: Mark Noble double helps give David Moyes perfect debut". Sky Sports (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-01-23.
  16. ^ Billebault, Alexis (15 August 2016). "Afrique Football Club : Sébastien Haller confirme, Sadio Mané inscrit un bijou". Le Monde Afrique (dalam bahasa French). Dicapai pada 7 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ Duchâteu, Romain (27 December 2015). ""Faut pas se mentir : marquer autant flatte aussie un peu ton ego ! »"". So Foot (dalam bahasa French). Dicapai pada 7 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ Templat:Footballdatabase
  19. ^ "Im Video: Eintracht Frankfurt ist DFB-Pokalsieger" [In video: Eintracht Frankfurt is DFB-Pokal winner]. DFB.de (dalam bahasa German). German Football Association. 19 May 2018. Dicapai pada 19 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ "Player Focus: Important Decision Ahead for Sought After Sébastien Haller". Who Scored?. 4 January 2016. Dicapai pada 22 February 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]