Maktab Rendah Sains MARA Terendak
Koordinat: 2°17′21″N 102°06′51″E / 2.28918°N 102.11423°E
Maktab Rendah Sains MARA Terendak مکتب رنده ساءين س مارا تريندق | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Kem Terendak Sungai Udang, 76200, Melaka Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | MRSM Terendak |
Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
Ditubuhkan | Julai 1983 |
Status | Beroperasi |
Pengetua | Tuan Mohd Ariffin Bin Sulaiman |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Muhammad Hanafi bin Hamsan@Kamisan |
Sistem pendidikan | SPMRSM Program Premier |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | Berdisiplin, Berilmu, Beramal |
Nama alumni | ANSARA Terendak |
Laman sesawang | terendak |
![]() | |
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022 |
Maktab Rendah Sains MARA Terendak (singkatan: MRSM Terendak) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di dalam Kem Terendak di Melaka yang merupakan kem tentera Angkatan Tentera Malaysia. MRSM Terendak merupakan salah satu daripada 3 buah MRSM di negeri Melaka, selain Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba yang terletak di Jasin dan Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah yang terletak di Alor Gajah.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Penubuhan maktab
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1983. Ketika itu, hanya terdapat dua blok asrama, yang dikenali sebagai Blok A (lelaki) dan Blok B (perempuan). Hampir 150 pelajar melaporkan diri pada 23 Julai 1983. Pengetua pertamanya ialah En. Asrokin Sanuji.
Ia ditubuhkan hasil daripada rundingan yang dilakukan di antara pihak MARA dengan Kementerian Pertahanan Malaysia. Dalam kerjasama ini, MARA mengurus semua aspek berkaitan akademik dan kakitangan, sementara Kementerian Pertahanan Malaysia membantu dalam tugas penyediaan petempatan dan urusan penyelenggaraan.
Pada 2008, sekolah ini telah mengadakan Sambutan Jubli Perak penubuhannya di MRSM Terendak dan MITC Melaka.
Novel remaja bersiri Nydia Terendak dan Bintang : Episod Pengenalan dan Nydia, Terendak dan Bintang : Junior vs Senior yang diterbitkan oleh PTS One mengisahkan kehidupan pelajar-pelajar di MRSM Terendak[1][2].
Pada 2023, sekolah ini sekali lagi mengadakan Sambutan Jubli Delima di MRSM Terendak.
Lagu rasmi
[sunting | sunting sumber]Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nor, Puteri (26 Julai 2010). Nydia, Terendak dan Bintang: Junior vs Senior. PTS Media Group. ISBN 978-967-5406-79-9. Dicapai pada 7 Jun 2017.
- ^ Nor, Puteri (1 Februari 2010). Nydia, Terendak dan Bintang: Episod Pengenalan. PTS Media Group. ISBN 978-967-5406-38-6. Dicapai pada 7 Jun 2017.