Maktab Rendah Sains MARA Kuching
Koordinat: 1°37′12″N 110°20′41″E / 1.61995°N 110.34481°E
Maktab Rendah Sains MARA Kuching مكتب رنده ساءين س مارا كوچيڠ | |
---|---|
Lokasi | |
Q100 Jalan Sultan Tengah Kuching, 93050, Sarawak Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | MRSM Kuching |
Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
Ditubuhkan | Disember 1993 |
Status | Beroperasi |
Pengetua | En. Mohd Junaidi bin Julam |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | Pn. Hamidah binti Ali |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Mohd Gahffari bin Hamdan |
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | En. Mohd Firdaus bin Abdul Munir |
Sistem pendidikan | SPMRSM Program IGCSE |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | A Tradition of Pride And Excellence |
Nama alumni | ANSARA Kuching |
Laman sesawang | kuching |
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022 |
Maktab Rendah Sains MARA (singkatan: MRSM ) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Kuching, Sarawak. MRSM Kuching dinamakan sedemikian kerana ia terletak dalam kawasan bandar raya Kuching. Maktab ini terletak berhadapan dengan kampus CIDB cawangan Sarawak, bersebelahan dengan Institut Kemahiran MARA (IKM). MRSM Kuching juga berlatarbelakangkan gunung legenda Negeri Sarawak iaitu Gunung Santubong. MRSM Kuching terletak kira-kira 40 km (atau 40 minit perjalanan) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Penubuhan maktab
[sunting | sunting sumber]Sejarah MRSM Kuching bermula pada awal tahun 1990-an apabila pihak kerajaan Negeri Sarawak bersetuju menyediakan sejumlah kawasan tanah untuk pembinaan MRSM pertama di Malaysia Timur. Pada September 1993 prasarana asas sebuah sekolah telah siap dibina dan telah diserahkan kepada pihak MARA pada Disember 1993 untuk menempatkan pelajar pada tahun berikutnya.
Kumpulan pertama pengajar sampai pada penghujung 1993 dan kedatangan mereka adalah secara berperingkat. Pada sesi pertama MRSM Kuching beroperasi (93/94), ia mempunyai seramai 16 orang pengajar termasuk seorang Pengetua.
Manakala pengambilan dan penempatan pelajar hanya bermula pada semester kedua sesi pertama (93/94) iaitu dengan pengambilan seramai 106 orang pelajar tingkatan satu. Jumlah ini tidak memenuhi kuota yang sepatutnya iaitu seramai 150 orang kerana penawaran yang lewat serta masalah prosedur antara Bahagian Pelajaran Menengah, Ibu Pejabat MARA dan Kementerian Pendidikan Malaysia
Lagu rasmi
[sunting | sunting sumber]Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Rujukan
[sunting | sunting sumber]