Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2018
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2018 terdiri dari 8 wakil dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan 3 wakil dari Parti Keadilan Rakyat di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2018.[1]
Majis ini akan bersidang setiap minggu pada hari Rabu bagi membincangkan hal-hal berkaitan pentadbiran negeri. Selain itu, setiap ahli MMK yang dilantik turut mengemukakan permohonan-permohonan berkaitan yang memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
[sunting | sunting sumber]Nama | Parti | Kawasan | Portfolio |
---|---|---|---|
Chow Kon Yeow | DAP | Padang Kota | Ketua Menteri Pulau Pinang
Pengerusi Jawatankuasa Tanah & Ekonomi Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi |
Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman | PKR | Pinang Tunggal | Timbalan Ketua Menteri l Pulau Pinang
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pengerusi Jawatankuasa Koperasi Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Komuniti |
Prof Dr. P. Ramasamy Palanisamy | DAP | Perai | Timbalan Ketua Menteri ll Pulau Pinang
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi |
Chong Eng | DAP | Padang Lalang | Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam |
Jagdeep Singh Deo | DAP | Datok Keramat | Pengerusi Jawatankuasa Perumahan
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar & Desa |
Phee Boon Poh | DAP | Sungai Puyu | Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan |
Zairil Khir Johari | DAP | Tanjong Bunga | Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan |
Dato' Haji Abdul Halim Haji Hussain | PKR | Batu Maung | Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan & Industri
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan |
Yeoh Soon Hin | DAP | Paya Terubong | Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Kreatif |
Soon Lip Chee | DAP | Bagan Jermal | Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan |
Dr. Norlela Ariffin | PKR | Penanti | Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi & Keselamatan Makanan
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan |
Perubahan keahlian
[sunting | sunting sumber]Dr. Norlela Ariffin telah dilantik menggantikan Dr. Afif Bahardin setelah beliau dipecat dari PKR dan menyertai BERSATU.[2]
Unit MMK
[sunting | sunting sumber]Unit ini diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan berfungsi untuk merekodkan dan memfailkan segala urusan yang berkaitan dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.