Mahmoud Sadeghi
Mahmoud Sadeghi | |
---|---|
Ahli Parlimen Iran | |
Memegang jawatan 28 Mwi 2016 | |
Kawasan pilihan raya | Tehran, Rey, Shemiranat and Eslamshahr |
Majoriti | 1,164,368 (35.85%) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mahmoud Sadeghi 22 Mac 1962 Aligudarz, Iran |
Parti politik | Persatuan Pengajar Universiti Islam[1] |
Alma mater | Universiti Tehran Universiti Tarbiat Modares Seminari Qom |
Pekerjaan | Peguam, Ahli Akademik |
Profesion | Ahli undang-undang[1] |
Laman web rasmi | mahmoudsadeghi.com |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Iran |
Perkhidmatan/cawangan | Basij |
Pertempuran | Perang Iran-Iraq (WIA)[1] |
Mahmoud Sadeghi (Parsi: محمود صادقی) adalah ahli politik, peguam, ahli undang-undang dan reformis Iran yang kini menjadi anggota Parlimen Iran yang mewakili daerah perwakilan Tehran, Rey, Shemiranat dan Eslamshahr.
Pada 25 Februari 2020, semasa penularan wabak COVID-19 2019-20 di Iran, Sadeghi diuji positif untuk COVID-19, virus yang berasal dari SARS-CoV-2.[2]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Sadeghi dilahirkan di Aligoudarz pada tahun 1962 dan dari keluarga agamawan.[3] Bapanya, Mohammad Hossein Sadeghi, adalah salah seorang ulama yang menentang Dinasti Pahlavi, dan merupakan seorang pelajar Ayatollah Khomeini. Selepas revolusi, Mohammad Hossein Sadeghi terbunuh dalam pengeboman Hafte Tir.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Sadeghi menerima ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Tehran pada tahun 1990. Beliau menerima Sarjana dalam undang-undang persendirian dari Universiti Tarbiat Modares pada tahun 1993, dan menerima ijazah doktornya dalam undang-undang persendirian dari universiti yang sama pada tahun 2000.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Sadeghi adalah profesor berkait di Universiti Tarbiat Modares dan bidang kepakarannya adalah undang-undang persendirian.[1]
Sejarah pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pilihan Raya | Undi | % | Kedudukan | Nota |
---|---|---|---|---|---|
2016 | Parlimen | 1,164,368 | 35.85 | 17th | Menang[4] |
2020 | Parliamen | — | Disingkirkan |
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada 25 Februari 2020, selepas wabak COVID-19 2019-20 diketahui telah tersebar ke Iran, Sadeghi menyatakan bahawa dia telah dijangkiti COVID-19, yang berasal dari virus SARS-CoV-2.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "اين 30 نفر". Shargh (dalam bahasa Parsi) (2523). 17 Februari 2016. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2016. Dicapai pada 7 June 2016.
- ^ a b https://www.msn.com/en-us/news/world/coronavirus-live-updates-irans-deputy-health-minister-tests-positive/ar-BB10lO9z?ocid=spartandhp
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2016. Dicapai pada 15 Julai 2018.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ "ريز آمار نتايج 1021 کانديداي نمايندگي مجلس در تهران + فيلم مرور روز انتخابات", Iranian Students' News Agency (dalam bahasa Parsi), 27 Februari 2016, dicapai pada 27 Februari 2016