Leftenan Muda TUDM
Leftenan Muda TUDM (singkatan Lt M TUDM) merupakan pangkat TUDM bagi pegawai muda yang ditauliahkan. Ia merupakan pangkat terbawah di dalam pegawai Angkatan Tentera Malaysia. Perkatan leftenan diterbitkan daripada bahasa Perancis; lieu bermaksud "berada dalam" seperti satu kedudukan; dan tenant bermaksud "menyandang" seperti "menyandang kedudukan"; oleh itu "leftenan" adalah seseorang yang menyandang kedudukan sekiranya ketidak hadiran pegawai lebih kanan dari beliau.
Pangkat Leftenan Muda dalam TUDM juga ditauliahkan kepada pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang telah tamat menjalani latihan selama tiga tahun di Institut Pengajian Tinggi Awam. Mereka ini diletakkan di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) juga dikenali sebagai Leftenan Muda PSSTUDM (singkatan Lt M PSSTUDM). Mulai Pentauliahan Diraja Tahun 2012 (Angkatan Tetap) pangkat Leftenan Muda diwujudkan semula dalam pasukan tetap Angkatan Tentera Malaysia.
Insignia
[sunting | sunting sumber]Insignia yang digunakan oleh TUDM bagi pangkat pegawai adalah hampir sama dengan RAAF. Ia hanya dibezakan dengan tulisan perkataan Malaysia pada pangkal insignia tersebut.
Leftenan Muda TUDM | Pakaian No 3 |
---|---|
Insignia |