Bintara Kanan
Bintara Kanan (chief petty officer) singkatan BK ialah satu pangkat Penyelia Kanan dalam kumpulan Lain-Lain Pangkat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia dan kebanyakan tentera laut lain. Tarafnya di antara Bintara Muda dan Pegawai Waran II. Ia setaraf dengan Staf Sarjan dalam Tentera Darat Malaysia dan Flait Sarjan dalam Tentera Udara Diraja Malaysia. Seperti kedudukan pangkat dalam ATM, pangkat Bintara Kanan juga dikenali sebagai Sarjan dan diklasifikasi Pegawai Tanpa Tauliah Kanan dalam kelasnya.
Kedudukan pangkat beliau sebagai Penyelia Kanan ialah dimana beliau akan bertanggungjawab kepada orang yang diatasnya (Pegawai Waran atau Pegawai Bertauliah) dan anggota bawahannya yang terdiri dari Laskar Kanan, Laskar Kelas I dan Laskar Kelas II.