Kura-kura katup
Kura-kura katup | |
---|---|
C. a. amboinensis dewasa dalam Sulawesi | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Suborder: | Cryptodira |
Superkeluarga: | Testudinoidea |
Keluarga: | Geoemydidae |
Genus: | Cuora |
Spesies: | C. amboinensis
|
Nama binomial | |
Cuora amboinensis Daudin, 1802
| |
Sinonim[3] | |
|
Kura-kura katup atau kura-kura padi (bahasa Inggeris: Southeast Asian box turtle, Amboina box turtle)[4] ialah kura-kura dari genus Cuora (kura-kura katup Asia).
Kura-kura ini dijumpai di kepulauan Nicobar, timur India (Assam), Bangladesh, Myanmar, Thailand, Kemboja, Laos, tengah dan selatan Vietnam, Semenanjung Malaysia, Singapura, Filipina (Leyte, Luzon, Mindanao, Samar, Negros, Panay, dan sebagainya), Indonesia (Sulawesi, Pulau Ambon, Sumatera, Borneo, Malaysia Timur, Brunei, Nias, Enggano, Simeulue, Jawa, Sumbawa, Halmahera, Seram, Buru, Timor Timur, Bali, Palawan dan Maluku), dan mungkin di China (Guangxi dan Guangdong) serta Sri Lanka.
Nama "Amboina" diambil daripada nama Pulau Ambon di Indonesia tempat di mana spesies ini dijumpai dan awal direkodkan.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Kura-kura ini mempunyai tempurung belakang (karapas) yang cenderung membulat tinggi dan berperisai perut (plastron) berengsel yang dapat dibuka dan tutup untuk menyembunyikan kepala dan kaki-kakinya sepenuhnya.
Kura-kura ini berwarna coklat kehitaman hinggalah coklat kekuningan. Sesetengah spesies mempunyai lunas kuning cerah, hitam, jingga atau garisan putih sepanjang lunas mereka. Secara umum, badannya mempunyai pelbagai warna dan pekat.
Kebanyakan spesies ini mempunyai jalur di kedua-dua sisi kepala yang biasanya bertemu ke bahagian hidung. Kura-kura jantan mempunyai plastron yang melengkung ke dalam.
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Kura-kura padi bersifat daratan, semi-akuatik dan akuatik sepenuhnya. Namun, kebanyakannya hidup di perairan air cetek, sungai mengalir, kolam atau tasik yang mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan sebagai makanan. Biasanya, kura-kura ini bersifat maserba iaitu memakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan kecil.
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Terdapat empat subspesies yang dibezakan melalui warna-warna pada badan dan bentuk-bentuk ketara pada tempurungnya;
- Cuora amboinensis amboinensis (Wallacean box turtle) – Terdapat di pulau-pulau Indonesia timur: Sulawesi, Maluku, (Ambon, Buru, Halmahera, Seram), Timor dan pulau-pulau kecil di sekitarnya.
- Tempurungnya (karapas) lebih rendah berbanding subspesies lain. Mempunyai bintik hitam besar pada plastron, serta kepala yg lebih besar.
- Cuora amboinensis cuoro (West Indonesian box turtle) (Schweigger, 1812) – Terdapat di pulau-pulau Indonesia bahagian barat: Sumatra (Simeulue, Nias, Enggano), Jawa, Bali dan Sumbawa.
- Cuora amboinensis kamaroma (South East Asian box turtle) Rummler & Fritz, 1991 – Malayan box turtle Terdapat di Indochina (Selatan dan Tengah Vietnam, Selatan Laos & Kembola), Thailand (Daerah Phang Nga), Singapura dan Malaysia serta Borneo.
- Tempurungnya lebih tinggi, dan saiznya lebih kecil. Bentuk badan yg lebih lonjong serta kurang tanda hitam pada plastron. Ekornya lebih pendek berbanding subspesies yang lain.
Galeri
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Cota, M.; Hoang, H.; Horne, B.D.; Kusrini, M.D.; McCormack, T.; Platt, K.; Schoppe, S.; Shepherd, C. (2020). "Cuora amboinensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T5958A3078812. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-2.RLTS.T5958A3078812.en. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
- ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 214–215. doi:10.3897/vz.57.e30895. S2CID 87809001. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Mei 2011. Dicapai pada 29 Mei 2012.
- ^ Dewan Bahasa dan Pustaka.