Kumpulan Tentera Darat Oberrhein (Jerman)
Kumpulan Tentera Darat Oberrhein | |
---|---|
Aktif | 26 November 1944 – 25 Januari 1945 |
Negara | Jerman Nazi |
Cawangan | Tentera Darat Jerman (Wehrmacht) |
Jenis | Kumpulan tentera darat |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Komander | |
Komander terkenal | Heinrich Himmler Paul Hausser |
Markas Besar Upper Rhine (Jerman: Oberkommando Oberrhein ), juga dirujuk dengan salah sebagai Kumpulan Tentera Darat Upper Rhine (Jerman: Heeresgruppe Oberrhein ), adalah sebuah markas unit jangka pendek Angkatan Tentera Jerman (Wehrmacht) yang ditubuhkan di Barisan Barat semasa Perang Dunia II. Markas Besar Upper Rhine telah dibentuk pada 26 November 1944 dan dibubarkan pada 25 Januari 1945. Satu-satunya panglima markas ini ialah Heinrich Himmler.
Walaupun sumber-sumber Bahasa Inggeris merujuk pemerintahan ini sebagai "kumpulan tentera darat," istilah Bahasa Jerman adalah Oberkommando yang sebenarnya bermaksud "markas besar". Oleh itu, pemerintahan Oberrhein bukanlah sebuah kumpulan tentera darat yang tertakluk kepada pemerintahan teater, tetapi sebuah markas penting yang setara dengan pemerintahan theater dan ia melapor terus kepada Oberkommando der Wehrmacht (OKW) dan Adolf Hitler. Istilah Jerman Oberrhein merujuk kepada kawasan hulu Sungai Rhine, iaitu kawasan geografi yang mana pemerintahan ini mempunyai tanggungjawab pertahanan.
Penubuhan
[sunting | sunting sumber]Berikutan kejayaan penyerangan Bersekutu pada November 1944 yang memaksa Saverne dan Genting Belfort, menghampiri Sungai Rhine, dan membebaskan Belfort, Strasbourg, dan Mulhouse, Hitler mengarahkan tentera Jerman disekitar Colmar di Alsace bertahan. Kumpulan Tentera Darat G (Heeresgruppe G) Jerman telah dilucutkan tanggungjawab pertahanan bagi kawasan sekitar Colmar dan pertahanan Sungai Rhine di selatan Bienwald.
Pada 26 November 1944, pihak Jerman menyusun Markas Besar Upper Rhine untuk mempertahankan hulu Rhine.[1][2] Hitler meletakkan Menteri Dalam Negeri Jerman Heinrich Himmler sebagai panglimanya pada 10 Disember,[3] mempercayai bahawa kehadiran Himmler akan merangsang usaha-usaha yang luar biasa oleh tentera Jerman dan pegawai Parti Nazi di wilayah itu.
Designasi pemerintahan ini juga bermaksud "Markas Besar Upper Rhine" adalah sebuah pemerintahan bebas peringkat teater yang menjawab terus kepada OKW, bukannya kepada OB West. OB West merupakan pemerintahan Jerman yang bertanggungjawab bagi keseluruhan Barisan Barat. Dengan Himmler memimpin Markas Besar Upper Rhine, kesan praktikal adalah kumpulan tentera darat ini menjawab terus kepada Hitler. Ini menyebabkan perpecahan besar yang merugikan dalam pemerintahan tertinggi Jerman bagi operasi-operasi di Barisan Barat.
Organisasi
[sunting | sunting sumber]Markas Besar Upper Rhine menguasai Tentera Darat Ke-19 Jerman serta beberapa rejimen Tentera Darat Simpanan (Ersatzheer) Jerman yang telah dikerahkan oleh Daerah Tentera V (Wehrkreis V) sebagai satu langkah kecemasan dalam reaksi kepada penyerangan berjaya Bersekutu pada November 1944.
Pertempuran untuk Alsace
[sunting | sunting sumber]Pada 16 Disember 1944, pihak Jerman menyerang Ardennes. "Pertempuran Bulge" ini memaksa pergerakan besar tentera A.S. keluar dari utara Alsace dan Lorraine untuk menentang serangan Jerman. Pada Januari, tentera tambahan A.S. telah digerakkan ke utara bagi menangani penyerangan balas Jerman di utara Alsace, Operasi Nordwind (Unternehmen Nordwind). Mengambil peluang daripada garisan Bersekutu yang terbentang, Himmler mengarahkan penawanan semula Strasbourg. Serangan tentera Jerman merentasi Rhine di Gambsheim pada 5 Januari 1945[4] dan kelak menduduki pengkalan terdepan (bridgehead) termasuk bandar Herrlisheim, Drusenheim, dan Offendorf di utara Strasbourg. Di selatan Strasbourg, tentera Jerman di Kelompok Colmar menyerang dari utara ke arah Strasbourg pada 7 Januari, mengakibatkan kekalahan teruk pada Kor II Perancis, tetapi mereka akhirnya tidak dapat memecahkan pertahanan Perancis.
Diperkukuhkan oleh elemen-elemen dari Divisyen Ke-10 Panzer SS, tentera Jerman di Gambsheim Bridgehead sedang bertahan daripada serangan balas A.S. dan Perancis semasa Januari 1945, memperlakukan Divisyen Ke-12 Armor A.S. di Herrlisheim. Kejayaan Jerman pada Januari, telah menandakan titik yang tinggi untuk Markas Besar Upper Rhine. Pangkalan terdepan Gambsheim, dan jauh ke selatan, iaitu Kelompok Colmar, tidak akan disusutkan oleh tentera Bersekutu sehingga pulih dalam Februari 1945, tetapi operasi Markas Besar Upper Rhine selepas pertengahan Januari adalah pertahanan yang berbentuk alam semulajadi.
Pentakaktifan
[sunting | sunting sumber]Dengan kekalahan Operasi North Wind dan keruntuhan yang akan berlaku Kelompok Colmar, Markas Besar Upper Rhine tidak lagi aktif pada 24 Januari 1945, dan tanggungjawab untuk mempertahankan kawasan hulu Rhine sekali lagi dipulangkan kepada Kumpulan Tentera Darat G.[5] Staf-staf Markas Besar Upper Rhine telah digunakan untuk melengkapkan Tentera Darat Ke-11 Panzer SS di Barisan Timur. Selaku pemimpin kanan tentera yang malang, Heinrich Himmler seterusnya dihantar memerintah Kumpulan Tentera Darat Vistula (Heeresgruppe Weichsel), juga di Barisan Timur.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Georg Tessin. Verbände und Truppen der deutschen Wehrmacht und Waffen-SS 1939-1945. Die Waffengattungen - Gesamtübersicht. Chapter "I. Oberbefehlshaber", p. 5.
- ^ Schramm, p. 419, (translated) "On this day, all Army, Air Force, and Waffen-SS troops from the south edge of the Bienwald to the Swiss border are placed under the command of the Reichsführer-SS and given the mission to prevent a crossing of the Rhine by the enemy. In support of this, all Volkssturm will be mobilized. Reports from the Reichsführer-SS will be made directly to the Führer."
- ^ Clarke and Smith, p. 485
- ^ Clarke and Smith, p. 513
- ^ Clarke and Smith, p. 548
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Kriegstagebuch des Oberkommandos der Wehrmacht, 1944-1945 Teilband I, Percy E. Schramm, Herrsching: Manfred Pawlak, 1982.
- Riviera to the Rhine, Jeffrey J. Clarke and Robert Ross Smith, Washington: Government Printing Office, 1993.
- Verbände und Truppen der deutschen Wehrmacht und Waffen-SS 1939-1945. Die Waffengattungen - Gesamtübersicht, Georg Tessin, Osnabrück: Biblio Verlag, 1973.