Kumpulan Tentera Darat E
Kumpulan Tentera Darat E (Heeresgruppe E) adalah sebuah kumpulan tentera darat Jerman yang aktif semasa Perang Dunia II.
Kumpulan Tentera Darat E telah ditubuhkan pada 1 Januari 1943 daripada Tentera Darat Ke-12. Unit-unit dari kumpulan tentera darat ini telah diagih-agihkan ke seluruh kawasan Timur Mediterranean, termasuk Albania, Greece, Wilayah Panglima Tentera di Serbia, dan Negara Merdeka Croatia.
Komposisi
[sunting | sunting sumber]Unit-unit utamanya ialah:[1]
- Divisyen Medan Ke-11 Luftwaffe (Garison Attica) - Generalleutnant Wilhelm Kohler
- Divisyen Gempur Rhodes (disatukan dengan Divisyen Panzergrenadier Brandenburg pada 1944)
- Kor LXVIII (timur Greece dan Peloponnese)
- Divisyen Ke-117 Jäger - General der Gebirgstruppe Karl von Le Suire
- Divisyen 1 Panzer (Jun–Oktober 1943) - Generalmajor Walter Krüger
- Kor XXII Gunung (barat Greece) - General der Gebirgstruppe Hubert Lanz
- Divisyen Ke-104 Jäger - General der Infanterie Hartwig von Ludwiger
- Divisyen 1 Gunung - Generalleutnant Walter Stettner
- Divisyen Ke-41 Kubu
- Kubu Crete
- Divisyen Ke-22 - General der Infanterie Friedrich-Wilhelm Müller
- Juga didalam pemerintahan Kumpulan Tentera Darat ialah 22 penal "batalion kubu" dari siri "999".
Sejarah perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Kumpulan Tentera Darat tersebut terlibat didalam operasi anti-partisan di Greece dan Yugoslavia. Sepanjang operasi ini, beberapa kekejaman telah dilakukan, termasuk pembunuhan beramai-ramai Kalavryta dan Distomo di Greece. Tambahan pula, semasa pelucutan senjata tentera Itali pada September 1943, tentera Jerman menghukum mati lebih 5,000 tawanan perang Itali dalam peristiwa Pembunuhan Cephallonia. Pada masa yang sama, Kumpulan Tentera Darat ini berjaya menghalang percubaan British untuk menakluk Kepulauan Dodecanese jajahan Itali.
Pada musim bunga tahun 1945, semasa pengunduran angkatan Wehrmacht dari rantau Balkan, Kumpulan Tentera Darat E berundur ke Hungary, dengan beberapa unit berpindah ke Austria dan selatan Jerman. Semasa pengunduran tahun 1945, unit-unit kubu disatukan kedalam Kor LXXXXI.
Kumpulan Tentera Darat E telah disertai oleh saki baki Kumpulan Tentera Darat F Fil Marsyal Maximilian von Weichs. Kumpulan tentera darat itu telah dibubarkan pada 25 Mac 1945.
Seorang anggota Kumpulan Tentera Darat E yang kemudian naik menjadi terkenal ialah Presiden Austria dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Kurt Waldheim, yang berkhidmat dalam pentadbiran tentera Thessaloniki.
Panglima
[sunting | sunting sumber]- 31 Disember 1942 hingga 8 Mei 1945 - Luftwaffe Generaloberst Alexander Löhr[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]- Hogg, Ian V., German Order of Battle 1944: The regiments, formations and units of the German ground forces, Arms and Armour Press, London, 1975
- Thomas, Nigel, (Author), Andrew, Stephen, (Illustrator), The German Army 1939-45 (2) : North Africa & Balkans (Men-At-Arms Series, 316), Osprey Publishing, 1998 ISBN 978-1-85532-640-8