Kumpulan Tentera Darat F
Kumpulan Tentera Darat F ([Heeresgruppe F] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah sebuah formasi pemerintahan strategik Wehrmacht semasa Perang Dunia Kedua. Panglima Kumpulan Tentera Darat F juga berkhidmat sebagai Oberbefehlshaber Südost (OB Sudost).
Di tubuhkan pada 12 Ogos 1943, di Bayreuth (WK XIII), ia ditempatkan sepenuhnya di rantau Balkan. Pemerintahnya dari Ogos 1943 ialah Maximilian von Weichs yang dinaikkan pangkat ke Generalfeldmarschall pada 1 Februari 1943, dengan Leftenan Jeneral Hermann Foertsch bertugas sebagai Ketua Staf.[1] Penglibatan utamanya dalam pertempuran ialah mempertahankan dari kemungkinan pencerobohan pihak Bersekutu dalam apa yang dilihat sebagai "kelemahan bahagian bawah" Jerman, dan menentang kumpulan partisan tempatan yang semakin kukuh. Pada hujung tahun 1944, ia menyelia pengunduran Jerman dari Greece dan kebanyakkan Yugoslavia ekoran daripada Penyerangan Budapest.
Kumpulan Tentera Darat ini terlibat dalam keseluruhan perang, Tentera Darat Ke-2 Panzer di Yugoslavia dan Albania, dan Kumpulan Tentera Darat E di Greece.
Senarai Tempur November 1943
[sunting | sunting sumber]- Tentera Darat Ke-2 Panzer
- Unit Staf Tentera Darat
- Kor III Panzer SS, SS-Obergruppenführer Felix Steiner
- Kor XV Gunung, Jeneral Infantri Ernst von Leyser
- Kor XXI Gunung, Jeneral Pasukan Panzer Gustav Fehn
- Kor LXIX, z.b.V. Jeneral Infantri Helge Auleb
- Kor V Gunung SS, Generalleutnant Artur Phleps
- Kumpulan Tentera Darat E
- Unit Staf Kumpulan Tentera Darat
- Kor XXII Gunung, Jeneral Pasukan Gunung Hubert Lanz
- Kor LXVIII, Jeneral Penerbangan Hellmuth Felmy
- Trup Panglima Kubu Crete
- Kor II (Aegean) Bulgaria
- Trup Militärbefehlshaber Südost Jeneral Infantri Hans Felber
Senarai Tempur Julai 1944
[sunting | sunting sumber]Unit-unit bawahan Kumpulan Tentera Darat hampir kesemuanya askar "perkubuan" dan divisyen simpanan, unit sukarelawan asing yang bersubahat seperti "Cossacks" dan Divisyen Ke-392 Infantri (Croatia).[2]
- Tentera Darat Ke-2 Panzer
- Unit Staf Tentera Darat
- Kor XV Gunung, Jeneral Infantri Ernst von Leyser
- Kor XXI Gunung, Jeneral Pasukan Panzer Gustav Fehn
- LXIX Corps z.b.V., Jeneral Infantri Helge Auleb
- Kor V Gunung SS, Generalleutnant Arthur Phleps
- Kumpulan Tentera Darat E
- Unit Staf Kumpulan Tentera Darat
- Kor XXII Gunung, Jeneral Pasukan Gunung Hubert Lanz
- Kor LXVIII, Jeneral Penerbangan Hellmuth Felmy
- Trup Panglima Kubu Crete
- Kor II Bulgaria (Aegean)
- Trup Militärbefehlshaber Südost, Jeneral Infantri Hans Felber
Untuk mempertahankan Serbia, Panglima Kumpulan Tentera Darat F menghimpunkan Kumpulan Tentera Darat Serbia pada 26 September 1944. Kumpulan Tentera Darat Serbia (Templat:Lang-ger) diperintah oleh Jeneral Hans Felber. Kumpulan Tentera Darat Serbia telah dibubarkan pada 27 Oktober 1944.
Army Group F telah dibubarkan pada 25 Mac 1945.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]- Hogg, Ian V., German Order of Battle 1944: The regiments, formations and units of the German ground forces, Arms and Armour Press, London, 1975
- Thomas, Nigel, (Author), Andrew, Stephen, (Illustrator), The German Army 1939-45 (4): Eastern Front 1943-45 (Men-at-Arms 330), Osprey Publishing, 1998 ISBN 978-1-85532-796-2
- Mitcham, Samuel W., Jr., German Defeat in the East, 1944-45 (Stackpole Military History), 2007 ISBN 978-0-8117-3371-7
- Heeresgruppe F - Lexikon des Wehrmacht (Jerman)
- National archive Washington documents:
- T311, Roll 187 - Heeresgruppe F 1943/1944.
- T311, Roll 188 - Heeresgruppe F 1944.
- T311, Roll 189 - Heeresgruppe F 1944/1945.
- T311, Roll 190 - Heeresgruppe F 1944/1945.
- T311, Roll 194 - Heeresgruppe F 1944.
- T311, Roll 195 - Heeresgruppe F 1944.
- T311, Roll 196 - Heeresgruppe F 1944/1945.
- T311, Roll 285 - Heeresgruppe F 1943/1944.
- T311, Roll 286 - Heeresgruppe F 1944.