Kor Pengawal Revolusi Islam
Tentera Pengawal Revolusi Islam سپاه پاسداران انقلاب اسلامی (Parsi) | |
---|---|
Aktif | 1979–kini |
Negara | Iran |
Kesetiaan | Pemimpin Agung Iran |
Cawangan | |
Saiz | ~120,000 |
Markas | Tehran |
Moto | "Dan sediakanlah untuk menentang mereka segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan." (وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ ) [1] [Quran 8:60] (Slogan heraldik) |
Pertempuran | |
Komander | |
Panglima | Mej. Jen. Hossein Salami |
Pasukan Quds | Mej. Jen. Qasem Soleimani |
Ketua Staf Bersama | Brig. Jen. Mohammad Reza Naqdi |
Angkatan Darat | Brig. Jen. Mohammad Pakpour |
Angkatan Aeroangkasa | Brig. Jen. Amir Ali Hajizadeh |
Tentera Laut | Komodor Alireza Tangsiri |
Pasukan Kerahan | Brig. Jen. Gholamreza Soleimani |
Tanda kebesaran | |
Bendera |
Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) (Parsi: سپاه پاسداران انقلاب اسلامی, rumi: Sepâh-e Pâsdârân-e Enghelâb-e Eslâmi, lit. 'Tentera Pengawal Revolusi Islam' atau singkatan Sepâh) adalah cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Iran, ditubuhkan selepas Revolusi Iran pafa 22 April 1979[3] atas arahan Ayatollah Ruhollah Khomeini.[4] Sewaktu Tentera Iran mempertahankan sempadan Iran dan mengekalkan ketenteraman dalam negeri, menurut Perlembagaan Iran, Pengawal Revolusi (pasdaran) diberi tugas melindungi sistem politik republik Islam negara.[5] Pengawal Revolusi menyatakan bahawa peranan mereka dalam perlindungan sistem Islam ialah menghalang campur tangan asing serta rampasan kuasa oleh pihak tentera atau "pergerakan sesat".[6]
Pengawal Revolusioner mempunyai kira-kira 125,000 askar termasuk pasukan darat, aeroangkasa dan laut. Angkatan lautnya kini menjadi ketumbukan utama yang ditugaskan dengan kawalan operasi terhadap Teluk Parsi.[7] Ia juga mengawal militia separa tentera Basij yang mempunyai kira-kira 90,000 anggota aktif.[8][9] Pasukan medianya adalah Sepah News.[10]
Sejak dari asal-usulnya sebagai militia yang berasaskan ideologi, Tentera Pengawal Revolusi Islam telah mengambil peranan yang lebih besar dalam semua aspek kebudayaan Iran. Peranan sosial, politik, ketenteraan dan ekonomi diperluaskan dibawah pentadbiran Presiden Mahmoud Ahmadinejad —terutama semasa pilihan raya Presiden Iran 2009 dan tindakan menyekat bantahan pasca-pilihan raya—telah menyebabkan ramai penganalisis Barat berpendapat bahawa kuasa politiknya telah melampaui walaupun sistem ulama Syiah negara.[11][12][13][14]
Panglima Tentera Pengawal sejak tahun 2019 ialah Hossein Salami[15] yang menggantikan Mohammad Ali Jafari dan Yahya Rahim Safavi dari tahun 2007 dan 1997.[16]
IRGC ditakrifkan sebagai sebuah organisasi pengganas oleh kerajaan Bahrain, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.[17][18]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan dan nota
[sunting | sunting sumber]- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 February 2019. Dicapai pada 3 May 2019.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaostovar
- ^ staff, writer. "How was IRGC founded?". Tasnim news Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 22 April 2017.
- ^ IISS Military Balance 2006, Routledge for the IISS, London, 2006, p. 187
- ^ "Profile: Iran's Revolutionary Guards" Diarkibkan 27 Disember 2008 di Wayback Machine. BBC. 18 October 2009.
- ^ Morris M Mottale. "The birth of a new class – Focus". Al Jazeera English. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2015. Dicapai pada 29 Oktober 2013.
- ^ "The Consequences of a Strike on Iran: The Iranian Revolutionary Guard Corps Navy" GlobalBearings.net, 15 December 2011.
- ^ Abrahamian, Ervand, History of Modern Iran, Columbia University Press, 2008 pp. 175–76
- ^ Aryan, Hossein. "Iran's Basij Force – The Mainstay of Domestic Security. 15 January 2009". RFERL. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2012. Dicapai pada 25 Disember 2011.
- ^ "Picture imperfect" Diarkibkan 12 Oktober 2017 di Wayback Machine 9 March 2013 The Economist
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaNYT20090721
- ^ "Arrests at new Iranian protests". BBC News. 21 July 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2009. Dicapai pada 21 Julai 2009.
- ^ "Crisis as Opportunity for the IRGC". Stratfor. 27 July 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2009. Dicapai pada 1 August 2009.
- ^ Abdo, Geneive (7 Oktober 2009). "The Rise of the Iranian Dictatorship". Foreign Policy. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2009. Dicapai pada 13 Oktober 2009.
- ^ Gladstone, Rick (21 April 2019). "Iran's Supreme Leader Replaces Head of Revolutionary Guards". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2019. Dicapai pada 10 May 2019.
- ^ "Commander-in-chief of Islamic Revolutionary Guard Corps". donya-e-eqtesad.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2019. Dicapai pada 4 Februari 2019.
- ^ CNN, Nicole Gaouette. "Trump designates elite Iranian military force as a terrorist organization". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2019. Dicapai pada 2019-05-10.
- ^ "Saudi, Bahrain add Iran's IRGC to terror lists - SPA". euronews (dalam bahasa Inggeris). 2018-10-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2019. Dicapai pada 2019-05-10.
- Alfoneh, Ali (Fall 2008). "The Revolutionary Guards' Role in Iranian Politics". Middle East Quarterly: 3. Dicapai pada 11 Oktober 2012.CS1 maint: ref=harv (link)
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Hesam Forozan, The Military in Post-Revolutionary Iran: The Evolution and Roles of the Revolutionary Guards, c. 2017
- Safshekan, Roozbeh; Sabet, Farzan, "The Ayatollah's Praetorians: The Islamic Revolutionary Guard Corps and the 2009 Election Crisis", The Middle East Journal, Volume 64, Number 4, Autumn 2010, pp. 543–558(16).
- Wise, Harold Lee (2007). Inside the Danger Zone: The U.S. Military in the Persian Gulf 1987–88. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 1-59114-970-3. (discusses U.S. military clashes with Iranian Revolutionary Guard during the Iran–Iraq War)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kor Pengawal Revolusi Islam |
- Official media news outlet used by the Army of the Guardians of the Islamic Revolution (in Persian)
- Vali Nasr and Ali Gheissari (13 December 2004) "Foxes in Iran's Henhouse", New York Times op-ed article about the growing IRGC role in Iran's power structure
- David Ignatius (17 April 2008) "A Blast Still Reverberating" Washington Post Discussion of 1983 Beirut US Embassy bombing