Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama
Konvokesyen Pakatan Rakyat Pertama "Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan" | |
---|---|
Tarikh: | 19 Disember 2009 |
Tempat: | Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor, Malaysia |
Peserta: | PAS, PKR dan DAP |
Konvokesyen Pakatan Rakyat Pertama telah diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor, pada 19 Disember 2009. Konvokesyen ini disertai oleh tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan KeADILan. Ini adalah kali pertama konvokesyen ini diadakan. Konvensyen Pakatan Rakyat ini diumumkan pimpinan pakatan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang 21 Oktober lalu. Seramai 1500 perwakilan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah menyertai konvokesyen ini. Konvensyen ini berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga 6 petang, terbuka kepada media di samping para pemerhati. Lagu tema untuk konvensyen tersebut bertajuk “Angin Pendamai” dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang siap dalam masa seminggu. Manakala logonya pula menggunakan asas warna jingga dan putih, menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.
Pembentangan kertas ‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat’ telah disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut. ‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat’ ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.
Tujuan
[sunting | sunting sumber]Konvensyen bertujuan untuk membincangkan "Dasar Bersama Pakatan Rakyat" yang telah dimeterai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke Konvensyen yang dihadiri oleh para perwakilan yang mewakili parti-parti dalam Pakatan Rakyat dari seluruh negara.
Hasil
[sunting | sunting sumber]PAS, PKR dan DAP adalah anggota rasmi Pakatan Rakyat. Konvensyen ini merumuskan beberapa perkara penting. Antaranya pendaftaran parti gabungan Pakatan Rakyat serta penggunaan logo bersama PR dalam pilihan raya umum akan datang.
Dasar Pakatan Rakyat
[sunting | sunting sumber]- Demokrasi Telus dan Tulen
- Negara Berperlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang
- Pemisahan Kuasa
- Sistem Pilihanraya yang Bebas, Bersih dan Adil
- Memacu Ekonomi Berpotensi Tinggi, Mapan dan Adil
- Ekonomi Kemahiran Tinggi
- Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri
- Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan
- Tenaga Kerja
- Jaringan Perlindungan Sosial
- Perumahan
- Prasarana dan Kemudahan Awam
- Alam Sekitar
- Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan
- Perpaduan dan Keadilan Sosial
- Agama
- Pendidikan
- Wanita dan Institusi Keluarga
- Golongan Muda
- Keselamatan
- Kesihatan
- Kebudyaan
- Hubungan Persekutuan Negeri dan Dasar Luar Negara
Ucapan Pemimpin Tertinggi
[sunting | sunting sumber]Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat telah memberi ucapan dalam Konvensyen ini. Antaranya Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang yang bekata
Ramai kata kita rapuh, tidak pasti apa dasarnya. Hari ini, kita tetapkan dasar yang jelas, dasar Pakatan Rakyat. Mana? Mana ada satu dokumen seperti ini? Banding apa yang ada pada Pakatan Rakyat, BN tak mampu mengadakan dokumen ini.
Tidak pernah pimpinan UMNO berani berdepan dengan orang Melayu mengatakan, mantap Bahasa Melayu, pertahan Bahasa Cina, Tamil dan bahasa ibunda. Yang takut hanya pemimpin kerdil UMNO kerana Bahasa Inggeris tidak baik, Bahasa Melayu pun lintang pukang.
Pakatan Rakyat akan martabat kedudukan Islam, mengangkat penghayatan dan memastikan umatnya memahami dan melaksanakannya sedaya upaya. Tapi jangan heboh Islam Hadhari, Islam 1 Malaysia ketika rasuah menjalar, merebak. Apa ertinya Islam bila zalim kepada orang Islam dan orang bukan Islam. Islam apa?, apabila kezaliman ditegak, bukan keadilan.
Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden PAS, berkata:
"Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara.
"Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza"
"Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat, dengan konkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil dan telus bagi semua pihak."
"Dengan ini PAS ingin membuktikan kita boleh berpakat dan setia dengan perjanjian dalam PR kerana inilah ajaran agama."
"Zalim boleh memecahbelahkan satu keluarga, maka lebih lagi memecahkan satu negara, kerana zalim itu memecahkan kasih sayang di antara satu sama lain.
Yang Berhormat Karpal Singh, Pengerusi Nasional Parti Tindakan Demokratik, pula berkata:
"Sebagai peguam saya memberi jaminan di sini, saya akan menggunakan kebolehan yang ada dalam tangan saya, untuk menentukan beliau dilepaskan dari satu pertuduhan yang tidak benar."