Khaled Meshal
Khaled Meshal | |
---|---|
خالد مشعل | |
Ketua Hamas Luar Negara | |
Menyandang jawatan 2021 | |
Didahului oleh | Maher Salah |
Ketua Biro Politik Hamas | |
Dalam jawatan 1996–2017 | |
Didahului oleh | Musa Abu Marzuk |
Digantikan oleh | Ismail Haniyeh |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Silwad, Tebing Barat | 28 Mei 1956
Kewarganegaraan | Palestin |
Parti politik | Hamas |
Kediaman | Doha, Qatar |
Tempat belajar | Universiti Kuwait Universiti Stenden |
Khaled Meshal (Arab: خالد مشعل, rumi: Khalid Misy'al ; lahir pada tahun 1956) ialah salah seorang pemimpin pertubuhan Palestin Hamas—pertubuhan politik, sosial dan organisasi ketenteraan Palestine sejak ketika era pemerintahan Abdul Aziz al Rantisi lagi dalam tahun 2004.[1] Tambahan dari itu, Mashal pernah menjadi ketua cawangan biro politik Hamas di Syria.[2] Dia juga dikenali sebagai "pemimpin politik" Hamas cabang Kuwait[3] dan pada ketika ini tinggal di Doha, Qatar.
Mashal lahir di Silwad, sebuah perkampungan terletak di utara Ramallah dan pindah ke Jordan pada tahun 1967. Beliau pernah melanjutkan pelajarannya ke Universiti Kuwait. Di sana, Mashal pernah menjadi ketua pelajar Islam, beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya Palestin yang ketika itu tampuk pemerintahan didominasi oleh Yasser Arafat dan Pertubuhan Pembebasan Palestin, beliau juga pernah menyertai Islamic Haqq Bloc, dimana ia bersaing dengan gerakan Fatah untuk menyandangi tampuk kepimpinan Kesatuan Umum Pelajar-Pelajar Palestin di Kuwait. Selepas pengasasan Hamas pada tahun 1987, Mashal mula memimpin cawangan pertubuhan Palestin itu di Kuwait.[1] Mashal beredar dari Kuwait dan berpindah ke Jordan dalam tahun 1991. Sejak tragedi pembuangan barisan kepimpinan Hamas dari Jordan pada Ogos 1999, Mashal telah menetap di Qatar sebelum berpindah ke ibu kota Syria iaitu Damsyik pada tahun 2001.
Pada 2010, majalah British New Statesman menyenaraikan Khaled Mashal di kedudukan ke-18 dalam senarai "50 Tokoh Dunia Paling Berpengaruh 2010" (The World's 50 Most Influential Figures 2010).[4]
Pada 2021, Khaled dilantik mengetuai pejabat Hamas di luar negara.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Profile: Khaled Meshaal of Hamas
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaJPS
- ^ Profile: Khaled Meshaal of Hamas. BBC News (8 Februari 2006). Dicapai 17 Ogos 2011
- ^ "18. Khaled Meshal – 50 People Who Matter 2010 |". New Statesman. Dicapai pada 14 Oktober 2011.
- ^ Al-Mughrabi, Nidal; Al-Mughrabi, Nidal (2021-04-12). "Hamas elects former chief Meshaal to head diaspora office". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-29.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Khaled Mashal |
- iDNES.cz - Hamas chief Khaled Meshaal: Who is qualified to judge others? (exclusive interview with Khaled Mashal from May 2009, Damascus)
- video of signing of a ceasefire proposal drafted by Rabbi Menachem Froman and journalist Khaled Amayreh
- Halid Meşal Kimdir?
- Hamas softens Israel stance in calls for Palestinian state Diarkibkan 2008-07-08 di Wayback Machine
- The Real Significance of the Attempted Israeli Assassination of Khaled Meshal in Jordan in Washington Report on Middle East Affairs, January/February 1998, by Israel Shahak
- Hamas to end truce with Israel, BBC News, 9 December 2005
- HARDtalk interview with Khaled Mashal broadcast by the BBC, 19 April 2004
- Mashal proposes a new Palestinian army including the Hamas militia after the Palestinian election, 29 January 2006
- BBC - Khaled Meshaal interview Monday, 19 April, 2004
- BBC - Transcript: Khaled Meshaal interview , Wednesday, 8 February 2006
- BBC - Profile: Khaled Meshaal of Hamas Wednesday, 8 February 2006
- Khaled Meshaal: Our message to the Israelis is this: We do not fight you because you belong to a certain faith or culture.
- BBC - Moscow urges Hamas to transform Friday, 3 March 2006
- Mishal's Luck, review by Adam Shatz of the book Kill Khalid: The Failed Mossad Assassination of Khalid Mishal and the Rise of Hamas by Paul McGeough, London Review of Books, 14 May 2009
- A time for joy and reflection, The Guardian, July 5, 2007
- In a world exclusive , Ken Livingstone interviewd Khalid Mashal, and discusses religion, violence and the chances for peace.