Mohammad Barghusi
Mohammad Barghusi | |
---|---|
محمد البرغوثي | |
Menteri Kerajaan Tempatan Palestin (di Gaza) | |
Dalam jawatan Jun 2007 – September 2012 | |
Presiden | Mahmud Abbas |
Perdana Menteri | Ismail Haniyeh |
Didahului oleh | dirinya (Palestin) |
Digantikan oleh | Mohammad Jawad al-Fara |
Menteri Kerajaan Tempatan Palestin | |
Dalam jawatan Mac 2007 – Jun 2007 | |
Presiden | Mahmud Abbas |
Perdana Menteri | Ismail Haniyeh |
Didahului oleh | Isa al-Jaabari |
Digantikan oleh |
|
Menteri Buruh Palestin | |
Dalam jawatan Mac 2006 – Mac 2007 | |
Presiden | Mahmud Abbas |
Perdana Menteri | Ismail Haniyeh |
Didahului oleh | Hasan Abu Libdeh |
Digantikan oleh | Mahmud Alul |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohammad Ibrahim Musa Barghusi محمد إبراهيم موسى البرغوثي 1968 (umur 56–57) Kobar, Ramallah dan Al-Bireh |
Parti politik | ![]() |
Mohammad Barghusi (Arab: محمد البرغوثي) ialah seorang ahli politik Palestin. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Buruh dan Menteri Kerajaan Tempatan di bawah pemerintahan Hamas di Palestin.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 1968 di Kobar di Ramallah, Palestin. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang matematik dan sains komputer dari Universiti al-Quds pada 1998. Beliau juga telah melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang pengurusan di Universiti al-Najah. Semasa belajar di Universiti al-Quds, beliau telah dipilih sebagai presiden Majlis Pelajar selama dua penggal berturut-turut.[1]
Beliau berkhidmat sebagai presiden Persatuan Kebajikan Islam di Al-Bireh, dan aktif dalam Jawatankuasa Dana Zakat di kegabenoran tersebut.
Beliau pernah ditangkap oleh tentera Israel beberapa kali. Beliau pernah menghabiskan kira-kira 5 tahun di penjara Israel dan cedera dalam Intifadah Pertama pada 1989.[1]
Pelantikan sebagai menteri
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Buruh Palestin pada Mac 2006 hingga Mac 2007 di bawah kabinet pertama Ismail Haniyeh mewakili pertubuhan Hamas[2]. Dalam kabinet kedua, beliau dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan Palestin dari Mac 2007 sehingga dibubarkan oleh Presiden Mahmud Abbas pada Jun 2007.[3][4]
Walau bagaimanapun, Mohammad dikekalkan jawatan dalam pemerintahan Hamas di Gaza sebagai Menteri Kerajaan Tempatan pada 2007 hingga 2012.
Beliau ialah menteri termuda dalam barisan kabinet tersebut.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "مركز المعلومات الوطني الفلسطيني". web.archive.org. 2018-08-15. Dicapai pada 2023-12-20.
- ^ "The PA Ministerial Cabinet List March 2006 - March 2007". Dicapai pada 2 November 2023.
- ^ "Israel releases Hamas minister; 7,500 Palestinians remain under detention. - Free Online Library". www.thefreelibrary.com. Dicapai pada 2023-12-01.
- ^ "JMCC / Politics in Palestine /PA Cabinet / Government". web.archive.org. 2008-11-21. Dicapai pada 2023-11-03.