Abdul Fatah Dukhan
Abdul Fatah Dukhan | |
---|---|
عبد الفتاح دخان | |
Ahli Majlis Perundangan Palestin | |
Dalam jawatan Januari 2006 – Oktober 2023 | |
Kumpulan parlimen | ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Fatah Hasan Abdul Rahman Dukhan عبد الفتاح حسن عبد الرحمن دخان 1936 Iraq Suwaidan, Palestin Bermandat |
Meninggal dunia | 11 Oktober 2023 Genting Gaza, Negara Palestin | (umur 86–87)
Parti politik | ![]() |
Tempat belajar | Universiti Kaherah |
Abdul Fatah Hasan Abdul Rahman Dukhan (Arab: عبد الفتاح حسن عبد الرحمن دخان, 1936 – 11 Oktober 2023) ialah salah seorang pengasas bersama bagi Gerakan Perjuangan Islam atau Hamas. Beliau merupakan rakan kepada Syeikh Ahmad Yassin dan Syeikh Hamad Al-Hasanat. Beliau juga merupakan anggota Majlis Perundangan Palestin yang dipilih pada tahun 2006.[1] Beliau merupakan salah seorang warga Palestin yang dibuang ke Marj al-Zuhur, Lubnan. Beliau sepatutnya menetap di Genting Gaza, yakni di kem pelarian Nusairat.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Abdul Fatah ialah bapa kepada dua orang syahid, Tariq Dukhan dan Zaid Dukhan. Tiga orang lagi anaknya ialah Muhammad Dukhan yang pernah dipenjara, Omar Dukhan dan Bilal Dukhan.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau meninggal dunia pada 11 Oktober 2023 berikutan sakit tua yang berpanjangan.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Treasury's Office of Foreign Assets Control". US Department id Treasury. Dicapai pada 22 Mei 2021.
- ^ "وفاة عبدالفتاح دخان أحد مؤسسي حركة حماس" [Kematian Abdel Fattah Dukhan, antara pengasas Hamas]. Agensi Berita SHMS (dalam bahasa Arab). 2023-10-11. Dicapai pada 2023-10-12.