Ketua Kerajaan Negeri di Malaysia
Malaysia, Menteri Besar (MB) ( Jawi: منتري بسر ; secara harfiah Menteri Utama atau dalam bahasa Inggerisnya First Minister) ialah ketua kerajaan setiap sembilan negeri di Malaysia yang mempunyai Sultan dan Raja. Bagi empat negeri tanpa raja, gelaran Ketua Menteri (KM) ( Jawi: كتوا منتري atau dalam bahasa Inggerisnya Chief Minister) digunakan kecuali Sarawak di mana ia menggunakan Premier (Perdana). Gelaran Menteri Besar biasanya tidak dapat diterjemahkan dalam media Inggeris di Malaysia, tetapi biasanya diterjemahkan sebagai Chief Minister (Ketua Menteri) oleh media asing. Mengikut protokol, semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier diberi gelaran terhormat Yang Amat Berhormat atau Singkatannya YAB.
Sembilan Sultan dan Raja bagi negeri-negeri Melayu yang beraja dan Yang di-Pertua Negeri - Yang di-Pertua Negeri yang dilantik bagi empat negeri lain yang tidak beraja berkhidmat sebagai ketua negeri dan istiadat negeri mereka, manakala kuasa eksekutif negeri terletak pada Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier. Selepas pilihan raya ke Dewan Undangan Negeri (DUN), Raja atau Yang di-Pertua Negeri biasanya menjemput parti (atau gabungan) dengan majoriti kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri. Raja atau Yang di-Pertua Negeri melantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier, yang majlis eksekutifnya (atau Kabinet di Sabah dan Sarawak) bertanggungjawab secara kolektif kepada dewan. Berdasarkan sistem Westminster, memandangkan beliau mengekalkan kepercayaan dewan, tempoh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier boleh bertahan sepanjang hayat dewan secara maksimum selama lima tahun. Tiada had kepada bilangan penggal yang Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier boleh berkhidmat.
Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri di Malaysia yang mempunyai Raja atau Sultan iaitu Perlis, Johor, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri ialah Ketua Menteri.
Gelaran jawatan ini diwujudkan oleh Kerajaan British pada tahun 1948 ketika Persekutuan Tanah Melayu mula dibentuk tetapi semasa kesultanan Melayu dahulu jawatan yang seumpama dengannya dikenali sebagai Bendahara. Tetapi bagi sesetengah negeri seperi Johor, jawatan Menteri Besar telah lama wujud sebagaimana tertakluk di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Johor, iaitu sebelum Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan dan dilantik sendiri oleh Sultan terdiri daripada pegawai tertinggi kerajaan negeri.
Nama jawatan Menteri Besar adalah mengambil nama yang digunakan di negeri Johor bagi tujuan penyeragaman. Sebelum itu pelbagai nama telah digunakan seperti Perdana Menteri di negeri Kelantan.
Selepas merdeka, jawatan Menteri Besar dipilih daripada parti yang mendapat majoriti bagi kerusi Dewan Undangan Negeri selepas setiap kali Pilihanraya diadakan.
Premier Jawatan ini sebelumnya dikenali sebagai Ketua Menteri Sarawak sebelum pindaan dibuat pada perlembagaan negeri yang diluluskan pada 15 Februari 2022 yang menukar gelaran jawatan tersebut kepada Premier dan berkuat kuasa bermula 1 Mac 2022[1].
Senarai nama Ketua Kerajaan Negeri di Malaysia
[sunting | sunting sumber]Negeri | Jawatan | Parti politik | Potret | Penyandang | Mula berkhidmat (penggal/jawatan baharu) (tempoh berkhidmat) |
---|---|---|---|---|---|
Sarawak | Premier Sarawak | GPS-PBB | Tan Sri Datuk Patinggi Haji Abang Johari Tun Openg | 1 Mac 2022 (2 tahun, 8 bulan dan 6 hari) | |
Terengganu | Menteri Besar | PN-PAS | Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Haji Ahmad Samsuri Mokhtar [2] | 15 Ogos 2023 (1 tahun, 2 bulan dan 23 hari) | |
Negeri Sembilan | Menteri Besar | PH-PKR | Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun [3] | 14 Ogos 2023 (1 tahun, 2 bulan dan 24 hari) | |
Pulau Pinang | Ketua Menteri | PH-DAP | Tuan Chow Kon Yeow [4] | 13 Ogos 2023 (1 tahun, 2 bulan dan 25 hari) | |
Pahang | Menteri Besar | BN-UMNO | Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail | 27 November 2022 (1 tahun, 11 bulan dan 11 hari) | |
Selangor | Menteri Besar | PH-PKR | Dato' Seri Haji Amirudin Shari [5] | 21 Ogos 2023 (1 tahun, 2 bulan dan 17 hari) | |
Kedah | Menteri Besar | PN-PAS | Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor | 14 Ogos 2023 (1 tahun, 2 bulan dan 24 hari) | |
Sabah | Ketua Menteri | GRS | Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor [6] | 29 September 2020 (4 tahun, 1 bulan dan 9 hari) | |
Perak | Menteri Besar | BN-UMNO | Dato' Seri Haji Saarani Mohamad [7] | 21 November 2022 (1 tahun, 11 bulan dan 17 hari) | |
Johor | Menteri Besar | BN-UMNO | Dato' Onn Hafiz Ghazi | 15 Mac 2022 (2 tahun, 7 bulan dan 23 hari) | |
Perlis | Menteri Besar | PN-PAS | Tuan Haji Mohd Shukri Ramli [8] | 22 November 2022 (1 tahun, 11 bulan dan 16 hari) | |
Ketua Menteri | Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh [9] | 31 Mac 2023 (1 tahun, 7 bulan dan 7 hari) | |||
Kelantan | Menteri Besar | PN-PAS | Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin Daud | 15 Ogos 2023 (1 tahun, 2 bulan dan 23 hari) |
Garis masa
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Gabenor
- Menteri Besar Perlis
- Menteri Besar Kedah
- Ketua Menteri Pulau Pinang
- Menteri Besar Perak
- Menteri Besar Selangor
- Menteri Besar Negeri Sembilan
- Ketua Menteri Melaka
- Menteri Besar Johor
- Menteri Besar Pahang
- Menteri Besar Terengganu
- Menteri Besar Kelantan
- Premier Sarawak
- Ketua Menteri Sabah
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bernama (1 Mac 2022). "Ketua Menteri Sarawak digelar Premier Sarawak berkuat kuasa hari ini". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mac 2022.
- ^ Ahmad Samsuri Mokhtar is the new Terengganu MB.
- ^ Aminuddin Harun angkat sumpah MB Negeri Sembilan
- ^ Angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang Isnin.
- ^ "Sah! Amirudin Shari MB Selangor baharu". MStar Online. 19 Jun 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Hajiji Noor angkat sumpah Ketua Menteri Sabah ke-16". Astro Awani. 29 September 2020. Dicapai pada 29 September 2020. Text "lastLeong" ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan);|first=
missing|last=
(bantuan) - ^ Saarani angkat sumpah MB Perak, esok
- ^ Cikgu Shukri angkat sumpah MB Perlis yang baharu
- ^ Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13