Pergi ke kandungan

Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk9 Ogos 1955; 69 tahun yang lalu (1955-08-09)
JenisKerajaan
Ibu pejabatNo. 51, Persiaran Perdana, Precinct 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya
Kakitangan17,238 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 4,431,038,800 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif kerajaan
  • Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha
Laman sesawang
www.kpkt.gov.my

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan[1] (KPKT) adalah merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini adalah Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming.

Kementerian ini telah ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 dengan nama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Pada 18hb. Julai 1978, berikutan dengan penyusunan semula Kabinet, organisasi Kementerian telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Penubuhan ini adalah hasil cantuman di antara Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan.

Untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan.

Jabatan/Agensi

[sunting | sunting sumber]

Ahli Eksekutif

[sunting | sunting sumber]
Pilihan Raya Nama Kementerian No. Menteri Parlimen Parti Tempoh Perdana Menteri Kabinet
PRU Malaya 1 (1955-1959) Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Bandar Malaysia 1. Allahyarham Sulaiman Abdul Rahman Johor Bahru PERIKATAN-UMNO 1955-1957 Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Kabinet Pertama
portfolio dimansuhkan - - - - 1957-1959
PRU-1 (1957-1964) portfolio dimansuhkan - - - - 1959-1964 Kabinet Kedua
PRU-2 (1964-1969) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 2. Mendiang Khaw Kai Boh Ulu Selangor PERIKATAN-MCA 1964-1969 Kabinet Ketiga
PRU-3 (1969-1974) Portfolio dimansuhkan - - - - - Kabinet Keempat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 3. Mendiang Ong Kee Hui Bandar Kuching SUPP 1970-1973 Almarhum Tun Abdul Razak Hussein Kabinet Pertama

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]