Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
جابتن ڤڠوروسن سيسا ڤڤجل نڬارا | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 30 Ogos 2007 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Aras 23, 24 dan 34, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya |
Kakitangan | 110 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 1,249,003,000.69(2018) |
Eksekutif kerajaan |
|
Agensi induk | Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia |
Dokumen penting |
|
Laman sesawang | jpspn |
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (Tulisan Jawi: جابتن ڤڠوروسن سيسا ڤڤجل نڬارا; singkatan: JPSPN) adalah merupakan Jabatan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Ketua Pengarah masa kini adalah Dato' Dr. Nadzri bin Yahaya.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang diluluskan Parlimen pada 17 Julai 2007 dan diwartakan pada 30 Ogos 2007, bagi mengintegrasikan sistem pengurusan sisa pepejal di Malaysia di peringkat nasional. Akta ini memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawab mengenai pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Sebelum penubuhan JPSPN, fungsi pengurusan sisa pepejal pada awalnya terletak di bawah Bahagian Kejuruteraan Kesihatan Persekitaran serta Bahagian Implementasi Projek, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Setelah Akta 672 dan Akta 673 diluluskan, fungsi ini telah dipindahkan kepada JPSPN dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).
Visi
[sunting | sunting sumber]Menyediakan sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lestari, bersepadu, cekap, berkesan dan kos efektif.
Misi
[sunting | sunting sumber]Sentiasa meningkatkan mutu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam melalui penggubalan dasar, strategi, pelan tindakan dan perundangan.
Objektif
[sunting | sunting sumber]Mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang lestari supaya kesihatan awam terjamin, alam sekitar dilindungi dan dipulihara serta sumber alam terpelihara;
Memastikan kebersihan persekitaran dan nilai estetik terjaga;
Memainkan peranan sebagai institusi yang bertanggungjawab ke atas penggubalan dasar, strategi, pelan tindakan dan perundangan mengenai pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam; dan
Menyelaras kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pihak swasta dan masyarakat bagi melicinkan pelaksanaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Fungsi
[sunting | sunting sumber]Mencadangkan dasar-dasar, rancangan dan strategi berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;
Mencadangkan rancangan bagi pengurusan sisa pepejal termasuk lokasi, jenis dan saiz kemudahan pengolahan baru, kawasan lingkungan kemudahan pengurusan sisa pepejal, skim pengurusan sisa pepejal untuk membekalkan sisa pepejal terkawal kepada kemudahan pengurusan sisa pepejal dan jangka masa bagi pelaksanaan rancangan itu;
Bertanggungjawab menetapkan standard, spesifikasi dan tata amalan yang berhubungan dengan mana-mana aspek perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;
Bertanggungjawab melaksanakan fungsi pengawalseliaan yang dinyatakan dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta tersebut;
Bertanggungjawab memberikan lesen dan kelulusan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007; dan
Bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti lain berkaitan dengan pelaksanaan fungsi di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.