Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 31 Ogos 1957 |
Agensi terdahulu | |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62623 Putrajaya |
Kakitangan | 3,898 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 1,437,838,600 (2018) |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif kerajaan |
|
Laman sesawang | www |
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ialah sebuah kementerian Malaysia yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri serta untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna. Menteri KPDN yang terkini ialah Kosong. Kementerian ini dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Sejarah Penubuhan
[sunting | sunting sumber]Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.
Menteri-Menteri
[sunting | sunting sumber]Menteri yang terlibat adalah seperti berikut :
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
- Tan Sri Abu Hassan Omar
- Tan Sri Megat Junid Megat Ayob
- Tan Sri Muhyiddin Yassin (1999 - 2004)
- Dato' Seri Mohd Shafie Apdal (2004-2008)
- Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (2018 - 2020)
- Dato Sri Alexander Nanta Linggi (2020 - 2021)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
- Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad (2008- 2009)
- Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (2009 - 2013)
- Dato' Sri Haji Hassan Malek (2013 - 2015)
- Dato' Seri Hamzah Zainuddin (2015 - 2018)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Kos Sara Hidup
- Datuk Seri Salahuddin Ayub (2022 - 2023)
- Datuk Armizan Mohd Ali (2023 - kini)
Timbalan Menteri
[sunting | sunting sumber]Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
- Tan Sri Subramaniam Sinniah (1999 - 2004)
- Chong Chieng Jen (2018 - 2020)
- Dato' Rosol Wahid (2020 - 2021)
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
- Dato Henry Sum Agong (2015 - 2018)
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
- Senator Puan Hajah Fuziah Salleh (2022 - kini )
Bidang tugas dan fungsi
[sunting | sunting sumber]KPDN mengawalseliakan perdagangan dalam negeri melalui:
- Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu;
- Perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu;
- Hal ehwal perlindungan pengguna;
- Urusan berkaitan harta intelek yang meliputi hak cipta, cap dagangan, paten dan rekabentuk perindustrian;
- Perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia;
- Penyelarasan dasar: peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;
- Pelesenan urusniaga jualan langsung;
- Membanteras penyelewengan dalam perdagangan ;
- Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat;
- Pendaftaran dan penyeliaan syarikat dan syarikat-syarikat amanah;
- Pendaftaran dan penyeliaan perniagaan-perniagaan;
- Penggubalan dan pengkajian dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek.
Organisasi
[sunting | sunting sumber]KPDN mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, dan terdiri daripada 11 bahagian seperti berikut:
- Bahagian Perdagangan Dalam Negeri
- Bahagian Penguatkuasa
- Bahagian Pembangunan Perniagaan
- Bahagian Pengurusan Maklumat
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
- Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
- Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan
- Bahagian Audit Dalam
- Bahagian Undang - Undang
- Bahagian Gerakan Kepenggunaan
- Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
Jabatan/Agensi
[sunting | sunting sumber]- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
- Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia Diarkibkan 2015-06-27 di Wayback Machine