Pergi ke kandungan

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
كمنترين ڤراليهن تناݢ دان ترنسفورماسي اءير‎
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk12 Disember 2023; 10 bulan yang lalu (2023-12-12)
JenisKementerian
Ibu pejabatMenara PETRA,
No.25 Persiaran Perdana,
Presint 4,
62574, PUTRAJAYA,
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Laman sesawang
www.petra.gov.com.my

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) (Jawi: كمنترين ڤراليهن تناݢ دان ترنسفورماسي اءير‎) ialah sebuah kementerian persekutuan di Malaysia. Ia diterajui oleh seorang Menteri dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri.

Kementerian ini diwujudkan pada 12 Disember 2023 dengan nama Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Malaysia.[1] Ia pecahan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia[2], selepas sebuah rombakan kabinet dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.[3]

Pada 8 Februari 2024, nama kementerian ini diubah kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dengan akronim PETRA.[4]

Organisasi

[sunting | sunting sumber]
  • Menteri
    • Timbalan Menteri
    • Ketua Setiausaha
      • Di bawah Ketua Setiausaha
        • Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
        • Unit Undang-Undang
        • Unit Audit Dalam
        • Unit Integriti
        • Unit Komunikasi Korporat
      • Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)
        • Bahagian Pengurusan Maklumat
        • Bahagian Kewangan dan Perolehan
        • Bahagian Pembangunan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
        • Bahagian Akaun
      • Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga)
        • Bahagian Bekalan Elektrik
        • Bahagian Tenagar Lestari
      • Timbalan Ketua Setiausaha (Air)
        • Bahagian Perkhidmatan Air dan Pembetungan
        • Bahagian Sumber Air, Saliran dan Hidrologi

Jabatan, Agensi dan Syarikat Milik Kerajaan

[sunting | sunting sumber]
  1. Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS)
  2. Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)
  3. Bahagian Bekalan Air (BBA)
  4. Suruhanjaya Tenaga (ST)
  5. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
  6. Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)
  7. Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
  8. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  9. Pengurusan Aset Air Berhad (PPAB)
  10. Indah Water Konsortium (IWK)
  11. MyPOWER
  1. ^ "Kementerian baharu satu langkah wajar jadikan Malaysia sebuah hab hijau - Abang Johari". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-02-08.
  2. ^ Quddus, Qurratul’aina (2023-12-12). "Fadillah terajui kementerian baharu, urusan hal ehwal Sabah Sarawak". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-12-13.
  3. ^ ROSLAN, MOHD RIDZAUDDIN (2023-12-12). "Rombakan Kabinet: Empat kementerian baharu diwujudkan". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-12-13.
  4. ^ Bernama (8 Februari 2024). "KPTDGA kini dikenali Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA)". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-02-08.