Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia
Penampilan
(Dilencongkan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia)
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 17 November 1959 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya |
Kakitangan | 11,703 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 9,483,081,600 (2018) |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif kerajaan |
|
Laman sesawang | www |
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah singkatan: (KKDW) adalah merupakan sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap kemajuan luar bandar di bawah kerajaan Malaysia.
Carta Organisasi
[sunting | sunting sumber]
CARTA ORGANISASI KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH MALAYSIA
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pembangunan luar bandar merupakan agenda politik Kerajaan untuk menangani kemiskinan dan kemunduran luar bandar dengan slogan membandarkan kawasan luar bandar.
Tarikh | Peristiwa |
---|---|
17 Nov 1959 | Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) ditubuhkan |
1960 | RIDA diserapkan ke KPNLB untuk memaju dan menggalakan perusahaan dan pemasaran keluaran luar bandar, KEMAS ditubuhkan |
24 Dis 1960 | KPNLB mewujudkan Jawatankuasa Khas untuk Mengkaji Semula Struktur Organisasi dan Peranan FELDA |
4 Sept 1961 | Bilik Gerakan Kemajuan Kebangsaan KPNLB dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama yang bertujuan menyelaras perlaksanaan, maklumbalas dan perlaksanaan projek. |
1961 | Pejabat Kemajuan Negeri (SDO) diwujudkan dan diletakkan di bawah tanggungjawab KPNLB untuk memperhebatkan pembangunan luar bandar |
Dis 1976 | KPNLB dimansuhkan dan agensi diserapkan ke kementerian Lain |
18 Julai 1981 | YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan semula KPNLB |
Okt 1990 | KPNLB ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Perpindahan masuk agensi Lembaga Kemajuan Wilayah (KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Tanah (RISDA dan FELCRA) di bawah KPLB |
1993 | Perpindahan keluar FELDA dan JHEOA daripada KPLB |
1994 | Pelancaran Falsafah & Strategi Luar Bandar (FSBPLB) ke arah 2020 sebagai landasan pembangunan luar bandar. |
8 Mei 1995 | Portfolio pembasmi kemiskinan dipindahkan dari UPP,JPM ke KPLB |
31 Jan 2001 | JHEOA diletakkan di bawah tanggungjawab KPLB |
27 Mac 2004 | - KPLB dinamakan sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan kemasukkan tiga agensi, iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Lembaga kemajuan Bintulu dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) |
- Program pembasmi kemiskinan bandar dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
15 Ogos 2005 | Perpindahan keluar PERDA ke Jabatan Perdana Menteri |
Misi
[sunting | sunting sumber]Kami memajukan desa secara menyeluruh dan berkesan berteraskan nilai-nilai murni, daya tahan dan daya pasaran selaras dengan wawasan negara.
Objektif
[sunting | sunting sumber]- Meningkatkan pendapatan penduduk desa ke tahap 80% daripada penduduk bandar.
- Mewujudkan desa berkualiti (Desa Q).
- Mewujudkan 30% penduduk desa terlibat dalam aktiviti keusahawanan.
- Mewujudkan masyarakat berilmu dan berkemahiran.
- Mempercepatkan pelaksanaan konsep dan program pembangunan bersepadu.
- Meningkatkan kesejahteraan masyarakat desa.
- Mencapai liputan 100% prasarana asas, utiliti dan infrastruktur.
- Memastikan penduduk desa mendapat 100% manafaat teknologi maklumat dan komunikasi.
Jabatan/Agensi
[sunting | sunting sumber]- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
- Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)
- Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
- Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
- Institut Kemajuan Desa (INFRA)
- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)