Pergi ke kandungan

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang atau PERDA adalah sebuah lembaga yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyelia pembangunan pertanian di Pulau Pinang. Pengerusi dan pengurus PERDA masing-masing adalah YB Datuk Azhar Ibrahim dan Datuk Azmi Lateh.

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah ditubuhkan pada 1 Jun 1983 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983, Akta 282.

Sejarah penubuhan PERDA bermula dengan satu cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Pertanian Pulau Pinang (PADA) pada 3 Mac 1982. Seterusnya pada 1 Disember 1982 satu Kertas Jemaah Menteri disediakan untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Pada 10 Disember 1982 Rang Undang-undang Penubuhan PERDA telah dibentang dan diluluskan di Parlimen sebagai Akta 282. Akta ini telah diwartakan pada 10 Mac 1983.

Perlantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang pertama oleh Y.B Dato' Rais Yatim. Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah telah dibuat pada 1 Jun 1983. Mesyuarat Ahli-ahli Lembaga yang pertama diadakan pada 21 Julai 1983. Kawasan PERDA seterusnya dipersetujui diwartakan pada 21 Oktober 1988 berkuatkuasa mulai 1 Jun 1983.

Pada 27 Oktober 1990 PERDA telah dipindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang kemudiannya dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Berkuatkuasa 15 Ogos 2005, PERDA telah diletakkan di bawah pentadbiran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Program pembangunan PERDA

[sunting | sunting sumber]
  • PERDA-TECH

Memberi latihan kemahiran yang menepati kehendak pasaran kerjaya semasa.

  • Pendidikan

Menyediakan program bagi meningkatkan prestasi akademik (kualiti dan kuantiti) di kalangan pelajar dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di Pulau Pinang

  • Sosial

Mewujud dan membina sebuah institusi masyarakat yang maju dan cemerlang dari aspek fizikal, mental dan spiritual, kental dan tahan menghadapi cabaran masa hadapan dan globalisasi.

  • Hartanah

Mewujudkan bandar-bandar baru / pusat penempatan di kawasan-kawasan luar bandar yang serba lengkap dan sesuai dengan persekitarannya.

  • Kesejahteraan Rakyat

Meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui usaha-usaha pembasmian kemiskinan dan peningkatan pendapatan serta kualiti hidup kumpulan sasar.

  • Usahawan

Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berilmu, inovatif dan berdaya saing seiring dengan arus perdana pembangunan negara.

  • Agroteknologi

Mewujud dan mengukuhkan industri berasaskan pertanian seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran ekonomi yang lebih terbuka.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]