Kean Wong
Penampilan
Kean Wong | |
---|---|
Lahir | Malaysia |
Pekerjaan | Pengarang, penyunting, penulis, wartawan |
Karya terkenal | Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia |
Kean Wong merupakan seorang pengarang, penyunting, penulis dan wartawan Malaysia. Beliau mendapat perhatian seluruh negara kerana buku suntingannya, Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia (2020) yang mencetuskan kontroversi kerana kulit bukunya didapati menghina lambang jata negara Malaysia.[1] Laporan polis telah dibuat terhadap beliau berhubung isu tersebut.[2]
Beliau sebelum ini pernah menjadi penyunting penyumbang di New Mandala[3] di mana beliau membicarakan mengenai pilihan raya umum Malaysia 2018 yang diadakan pada Mei 2018.[4]
Wong merupakan Pemaustin Tetap Australia sejak 2010 menurut laporan Astro Awani.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Hina Jata Negara: 21 laporan polis diterima, penulis, penerbit buku akan dipanggil". Bernama. 29 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2020. Dicapai pada 1 Julai 2020.
- ^ "Laporan polis terhadap penulis Kean Wong". UMNO Online. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. 30 Jun 2020. Dicapai pada 21 Julai 2020.
- ^ "Kean Wong joins New Mandala ahead of Malaysian election" (dalam bahasa Inggeris). Australian National University, Canberra. 6 Februari 2018. Dicapai pada 20 Julai 2020.
- ^ "Kean Wong is our GE14 editor" (dalam bahasa Inggeris). New Mandala. 5 Februari 2018. Dicapai pada 20 Julai 2018.
The experienced journalist and editor will join the New Mandala team as Contributing Editor to oversee our coverage of Malaysia's upcoming general election.
- ^ "Editor buku disyaki hina jata negara dikesan berada di Australia". Astro Awani. 20 Julai 2020. Dicapai pada 21 Julai 2020.