Kampung Pulau Kerengga (Kedah)
Kampung Pulau Kerengga | |
---|---|
Kampung | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah Darul Aman |
Daerah | Alor Setar |
Kampung | Kampung Pulau Kerengga |
Pentadbiran | |
• Jenis | Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen |
• Yang di-Pertuan Agong | Sultan Ibrahim |
• Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
• Timbalan Perdana Menteri | Ahmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 05150 |
Kampung Pulau Kerengga merupakan sebuah kampung yang terletak di Daerah Kota Setar. Kampung ini berdekatan dengan tempat tarikan pelancong iaitu Gunung Keriang yang terletak kira-kira 13 kilometer dan mengambil masa selama 15 minit untuk sampai ke sana.
Terdapat beberapa buah kampung yang berjiran dengan Kampung Pulau Kerengga iaitu, Kampung Bohor, Kampung Seberang Batas, Kampung Bukit Pulau Kerengga, Kampung Selarong Batas dan juga Kampung Sungai Baru.
Rata-rata penduduk di kampung ini menjalankan aktiviti pertanian sawah padi bersesuaian dengan jolokan negeri Kedah, iaitu negeri Jelapang Padi. Terdapat juga landasan keretapi disana yang mana menghubungkan negeri-negeri di utara dengan negeri-negeri di selatan. Stesen keretapi yang terdekat dengan perkampungan ini ialah Stesen Keretapi Anak Bukit.
Terdapat 2 buah sekolah rendah kebangsaan yang berdekatan dengan kampung ini iaitu, Sekolah Kebangsaan Kota Rentang dan juga Sekolah Kebangsaan Taman Aman.
Alor Setar, dalam negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia, dan yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya, dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara.
Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai pengeluar padi terbesar, menghasilkan 70% pengeluaran hasil padi.2017 .[1] Salah satu makanan tradisi istimewanya adalah laksa Kedah.[2]
Kemudahan asas
[sunting | sunting sumber]Pendidikan
[sunting | sunting sumber]SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA RENTANG
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN AMAN
Tempat beribadat
[sunting | sunting sumber]SURAU KAMPUNG PULAU KERENGGA
MASJID KAMPUNG SUNGAI BARU
Poskod
[sunting | sunting sumber]Poskod yang digunakan di Kampung Pulau Kerengga, Alor Setar, Kedah adalah 05150.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Pengenalan Hari Muzium Antarabangsa 2016". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-01. Dicapai pada 2017-12-06.
- ^ Laksa Kedah
- ^ Carian Poskod