Kampung Muhibbah Raya
Kampung Muhibbah Raya | |
---|---|
Kampung | |
Koordinat: 4°17′26.8″N 117°53′31.2″E / 4.290778°N 117.892000°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Bahagian Tawau |
Daerah | Daerah Tawau |
Zon waktu | Waktu Piawai Malaysia (UTC+8) |
Poskod | 91000 |
Kod kawasan | 089 |
Kampung Muhibbah Raya merupakan sebuah kampung yang terletak di Tawau, Sabah, Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada April 2021, sebuah protes terbit di kawasan perkampungan itu yang berlaku akibat tekanan penduduk kampung atas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang dilaksanakan di sana; para pemprotes bukan berasal daripada kampung itu. Susulan daripada protes itu, tujuh orang ditahan atas Kanun Keseksaan, Ordinan Darurat 2021 dan Akta Perhimpunan Aman 2012.[1] Terdapat juga dawkaan unsur keganasan polis oleh beberapa pihak seperti dakwaan oleh pertubuhan bukan kerajaan, BERSIH, tetapi disangkal pihak polis.[2] Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau, Christina Liew berkata bahawa bantuan bekalan makanan sedang disiapkan walaupun hanya akan diberi sekurang-kurangnya seminggu selepas insiden itu.[3]
Poskod
[sunting | sunting sumber]Poskod yang digunakan di Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah ialah 91000.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bernard, Petrus (25 April 2021). "Tujuh individu direman lakukan tunjuk perasaan bantah lanjutan PKPD". Astro Awani. Dicapai pada 25 April 2021.
- ^ "Polis nafi pukul individu terlibat demonstrasi PKPD di Tawau". Sinar Harian. 25 April 2021. Dicapai pada 25 April 2021.
- ^ "MP Tawau: Lagi seminggu dua saya balik beri bantuan makanan". Malaysiakini. 25 April 2021. Dicapai pada 25 April 2021.
- ^ Carian Poskod