Pergi ke kandungan

Kampung Johan Setia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Johan Setia
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Johan Setia
Mohor rasmi Kampung Johan Setia
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriSelangor
Daerah Klang
KampungKampung Johan Setia
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT+8
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
41200
Kod kawasan+603
Lokasi Kampung Johan Setia di Peta Google

Kampung Johan Setia merupakan sebuah kampung yang terletak di Klang, dalam negeri Selangor, iaitu sebuah negeri di Malaysia. Nama asal kampung ini ialah Kampung Batu Lima.[1]

Kampung Johan Setia telah dibuka dengan rasminya pada 31 Ogos 1957. Pada peringkat awal, kampung ini didiami oleh peneroka-peneroka estet yang terdiri daripada pekerja Ladang Highlands yang berhampiran. Keluasan kampung yang diterokai adalah berjumlah 100 ekar.

Pada tahun 1961, semasa berlakunya Konfrontasi Indonesia–Malaysia, Kampung Batu Lima telah memenangi pertandingan kawalan malam antara kampung kerana kesetiaan pasukan Keselamatan dan Kawalan Kampung (Home Guard) yang sanggup berjaga mengawal kampung mereka. Oleh itu, nama Kampung Batu Lima telah ditukarkan kepada Kampung Johan Setia bersempena kemenangan dan taat setia penduduknya terhadap negara.

Allahyarham Encik Ibrahim Rahmat adalah merupakan Ketua Kampung yang pertama dilantik dan selepas beliau pada tahun 1982, Tuan Haji Mat Rifin bin Mansor PJK telah dilantik sebagai Ketua Kampung untuk menerajui pentadbiran kampung ini. Pada masa tersebut penduduk Kampung Johan Setia berjumlah lebih kurang 3,500 orang yang mendiami dua kawasan iaitu Kampung Johan Setia dan Kampung Sri Nadi.[2]

Kemudahan asas

[sunting | sunting sumber]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]
  1. Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia
  2. Sekolah Agama

Tempat beribadat

[sunting | sunting sumber]
  1. Masjid Al-Hidayah
  2. Masjid Kampung Johan Setia
  3. Surau taman setia
  4. Surau Al Hijrah
  5. Surau Al-Munawwarah, Bandar Putera 2

Poskod yang digunakan di Kampung Johan Setia, Klang, Selangor adalah 41200 .[3]

  1. ^ Koleksi Cerita Asal Usul & Sejarah Daerah Klang. Shah Alam: Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor Darul Ehsan. 2005.
  2. ^ Koleksi Cerita Asal Usul & Sejarah Daerah Klang. Shah Alam: Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor Darul Ehsan. 2005. m/s 79-80
  3. ^ &oq=Kampung+Johan+Setia+Selangor+41200 &aqs=chrome..69i57.960j0j9&sourceid=chrome&ie=UTF-8 Carian Poskod

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]