Pergi ke kandungan

Kampung Bunang Ulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bunang Ulu
Bunang Ulu yang terletak di Borneo
Bunang Ulu
Bunang Ulu
Koordinat: 5°12′27″N 116°18′49″E / 5.20742124°N 116.31361162°E / 5.20742124; 116.31361162Koordinat: 5°12′27″N 116°18′49″E / 5.20742124°N 116.31361162°E / 5.20742124; 116.31361162
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPedalaman
DaerahKeningau
Daerah KecilSook
MukimTulid
Penduduk
 • Jumlah penduduk
810 orang
 • Jumlah rumah
69 buah

Kampung Bunang Ulu ialah sebuah kampung yang terletak dalam Bahagian Pedalaman, di Daerah Kecil Sook yang dibawah pentadbiran Daerah Keningau, negeri Sabah, Malaysia.[1] Petempatan ini mempunyai jumlah penduduk seramai 810 orang serta menempatkan 69 buah rumah bagi penduduk disini.[2]

Pertandingan

[sunting | sunting sumber]

Pada hari Sabtu bertarikh 21 September 2019, satu pertandingan bola tampar peringkat setempat telah diadakan di Padang Kampung Bunang Ulu. Pertandingan ini telah disertai dengan lapan pasukan dari kampung ini dan penyertaan terdiri daripada lelaki sahaja. Suasana pertandingan ini amat meriah dengan kehadiran penduduk Kampung Bunang Ulu yang datang untuk menyokong. Selain itu juga, aktiviti jualan dijalankan semasa pertandingan berlangsung. Setiap penyertaan yang telah dibuat, akan menerima sagu hati manakala tempat pertama hingga ketiga akan menerima hadiah berupa wang.[3]

  1. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2015). "Gazetir Negeri Sabah Negeri Dibawah Bayu" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-23. Dicapai pada 29 Mei 2021.
  2. ^ Pejabat Daerah Kecil Sook. "Senarai Mukim serta Kampung di Daerah Kecil Sook, Sabah, Malaysia". www.sabah.gov.my/pdks. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-17. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  3. ^ "Pertandingan Bola Tampar Peringkat Kampung Bunang Ulu, Sook". jpnin.gov.my. Jabatan Perpaduan Negera dan Integrasi Nasional. 21 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-05. Dicapai pada 30 Mei 2021.