Kampung Balung Cocos
Kampung Balung Cocos | |
---|---|
Koordinat: 4°22′30″N 118°06′44″E / 4.3750°N 118.1121°EKoordinat: 4°22′30″N 118°06′44″E / 4.3750°N 118.1121°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Daerah | Tawau |
Penduduk (2013) | |
• Jumlah | 817 |
Poskod | 91008 |
Kampung Balung Cocos ialah sebuah perkampungan orang Melayu Cocos di kawasan Balung, Tawau, Sabah. Kampung ini terletak 45 minit dari bandar Tawau. Kampung ini juga ialah kampung yang terbesar dan tersusun masyarakat Cocos. Kampung Balung Cocos dicadangkan untuk menjadi kampung budaya masyarakat Cocos.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Dahulu dikenali sebagai Cocos Islander Co-Operactive Land Development Society Ltd (Co-op) dibuka pada tahun 1958 dan secara rasminya didaftarkan pada tahun 1961. Co-op ini ditubuhkan untuk menjaga kepentingan penduduk. Orang Cocos dari Kepulauan Cocos (Keeling) berhijrah ke kawasan Balung, Tawau untuk pertanian setelah beberapa ladang di Tawau tidak beroperasi. Tanah-tanah di sini dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada masa itu.[2] Masyarakat Cocos berpindah ke kawasan Balung disebabkan oleh keadaannya seperti pulau asal mereka yang mempunyai sungai.
Tarikan pelancong
[sunting | sunting sumber]Antara tarikan yang terdapat di kampung ini adalah Sungai Batu Bersusun atau lebih dikenali oleh penduduk kampung sebagai Giram Nek Legek iaitu turus basalt. Sungai ini terdapat bongkah-bongkah batu gunung berapi dipercayai berusia 27,000 tahun.[3]
Demografi
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan banci 2013, terdapat 817 orang penduduk di kampung ini. Kebanyakan penduduk berbangsa orang Cocos. Kegiatan ekonomi utama kampung ini ialah pertanian kelapa sawit[4] dan sayur-sayuran, perniagaan kecil-kecilan, penternakan lembu serta industri kecil dan sederhana.[5]
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Balung
- Tabika Kemas
- Perpustakaan desa
- Klinik ibu dan anak
- Dewan masyarakat
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Amir Anuar (13 Disember 2018). "Adun Balung ulangi hasrat wujudkan kampung budaya". Utusan Borneo. Dicapai pada 9 Mac 2020.
- ^ Mohd. Ariffin, Noor Aziah (Julai 2017). "The Evolution of Space Organisation in Cocos Malays' Dwellings in Tawau, Sabah" [Perkembangan Organisasi Ruang di Kediaman Orang Melayu Cocos di Tawau, Sabah]. Advanced Science Letters (dalam bahasa Inggeris). 23 (6231–6236). doi:10.1166/asl.2017.9242. Dicapai pada 8 Mac 2020.
- ^ "Christina concerned over timber activities around Mt Wullersdorf" [Christina bimbang akan aktiviti pembalakan sekitar Mt Wullersdorf]. The Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). 4 Jun 2018. Dicapai pada 9 Mac 2020.
- ^ "Kampong Balung Cocos". etawau.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2020.
- ^ "Maklumat Komuniti Kampung Balung Cocos". Pusat Internet Kampung Balung Cocos, Tawau. 2014. Dicapai pada 8 Mac 2020.