Pergi ke kandungan

Juan Ponce de León

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Juan Ponce de León
[[Gabenor Puerto Rico
]] pertama, ke-3 dan ke-7
Dalam jawatan
1508–1509
Didahului olehJawatan baru
Digantikan olehJuan Cerón
Dalam jawatan
1510–1511
Didahului olehJuan Cerón
Digantikan olehJuan Cerón
Dalam jawatan
1515–1519
Didahului olehCristóbal de Mendoza
Digantikan olehSánchez Velázquez/Antonio de la Gama
Maklumat peribadi
Lahir1474
Santervás de Campos, Kerajaan Kestela
MatiJuli 1521 (s. umur 47)
Havana, Cuba
KewarganegaraanSepanyol
PasanganLeonor Ponce de León
PertalianJuana Ponce de León (anak perempuan)
Juan Ponce de León II (cucu)
Juan Ponce de León y Loayza (cicit)
Bidang pengkhususanPenjelajah
TandatanganTandatangan

Juan Ponce de León (1474 - Julai 1521[1]) merupakan penjelajah dan penakluk Sepanyol yang dikenali mengetuai ekspedisi Eropah rasmi pertama ke Florida. Beliau pada mulanya melibatkan diri dalam pelayaran kedua Christopher Columbus di kawasan Caribbean tahun 1493. Beliau kemudiannya menjadi pegawai jajahan Hispaniola kemudiannya sebagai gabenor pertama pulau Boriken yang ditakluk (sebagai Puerto Rico) lantikan kerajaan Sepanyol pada tahun 1509. Suatu tengkarah kuasa dengan anak Christopher, Diego Columbus memaksa jawatan beliau dihentikan pada tahun 1511.

Ponce de León memutuskan mengikuti nasihat Raja Fernando II menjelajah lanjut lebih banyak lagi Laut Caribbean; dari penerokaan inilah beliau menjadi orang Eropah (atau Dunia Lama) pertama menjejakkan kaki di daratan yang dikenalpasti jelas sebagai benua baharu yakni Amerika moden pada tahun 1513 di suatu tempat sepanjang pantai timur Florida meskipun tidak dimasyhurkan sehebat berbanding pengiktirafan pelayaran dilakukan Columbus oleh orang Amerika sendiri.[2]

Di Sepanyol

[sunting | sunting sumber]

Juan Ponce de León dilahirkan di desa Santervás de Campos di bahagian utara wilayah Valladolid Sepanyol moden; tarikh kelahirannya dipastikan mendekati tahun 1474.[3] Keturunan keluarga Ponce de León dapat ditelusuri dari abad ke-13 terutamanya dengan perkahwinan seorang bangsawan bernama Pedro Ponce de Cabrera[4] dengan Aldonza Alfonso, puteri Alfonso IX raja León yang tidak sah. [4]

Pelayaran ke Dunia Baru

[sunting | sunting sumber]

Beliau berminat dengan bidang pelayaran setelah berakhirnya peperangan melawan Amiriah Granada sepertimana yang lazim difikirkan banyak orang sezamannya.[5] Pada bulan September 1493, beliau mengikuti pasukan 200 "sukarelawan"[6] yang termasuk sekitar 1,200 pelaut, penjajah dan askar dalam rombongan pelayaran kedua Christopher Columbus ke Dunia Baru tahun 1493.[7] Armada mereka sampai ke Caribbean pada November 1493 di mana mereka mengunjungi beberapa pulau sebelum tiba di destinasi utama mereka di Hispaniola,[8] mereka kemudiannya berlabuh di pantai sebuah pulau besar yang disebut Borinquen yang kemudiannya diberi nama Puerto Rico.

Di Hispaniola

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1502, gabenor Nicolás de Ovando yang baru dilantik tiba di Hispaniola diberi harapan dapat menguruskan jajahan sana yang berkeadaan kacau-bilau. [7][9] Ovando melihat perkara ini sebagai peluang membenarkan pengganasan terhadap masyarakat peribumi Taíno di sana termasuk suatu pembunuhan beramai-ramai kampung Jaragua pada November 1503 serta menumpaskan suatu pemberontakan oleh orang Taíno di Higüey sebelah timur pulau itu diarahkan kepada Ponce de León sendiri[9] disaksikan Bartolomé de las Casas. Ovando melantik Juan sebagai gabenor taklukan Higüey sebagai penghargaan atas kejayaannya serta mengurniakan suatu geran tanah besar dengan kerahan hamba peribumi secukupnya mengusahakan ladang barunya.[10]

Pada tahun 1505, Ovando memberi kuasa kepada Ponce de León mendirikan sebuah bandar baru di kawasan Higüey yang dinamai Salvaleón . Pada tahun 1508 Raja Raja Ferdinand memberi kuasa kepada Ponce de León untuk mengerahkan penduduk Taínos yang tersisa ke dalam perlombongan emas setempat di pulau itu (meskipun ditentang mendiang permaisuri Ratu Isabella).[11]

Pelayaran terakhir ke Florida

[sunting | sunting sumber]

Pada awal 1521, Ponce de León menganjurkan ekspedisi penjajahan yang terdiri dari sekitar 200 orang termasuk paderi, petani dan petukang serta bekalan dan haiwan tani dalam dua kapal yang didaratkan di pesisir Florida barat daya, kemungkinan di sekitar Pelabuhan Charlotte atau Sungai Caloosahatchee yang pernah dikunjungi beliau.[12]Sebelum penempatan di kawasan mereka sempat didirikan, mereka diserang oleh pahlawan-pahlawan Kalusa setempat Florida selatan. Ponce de León diceritakan cedera parah terkena panahan beracun getah pokok manzanila pada pahanya.[13] Mereka segera melarikan diri berlayar unsur ke Havana, Cuba; di sana Ponce de León meninggal dunia tidak lama akibat luka-lukanya.

Ponce de León dikebumikan di ruang bawah tanah Gereja San José di San Juan dari 1559 hingga 1836 sebelum mayatnya digali semula dan dipindahkan ke Katedral San Juan Bautista.[14]

  1. ^ Morison, Samuel Eliot (1974). The European Discovery of America: the Southern voyages A.D. 1492–1616. Oxford University Press. m/s. 502, 515.
  2. ^ Lakshmi Gandhi (14 Oktober 2013). "How Columbus Sailed Into U.S. History, Thanks To Italians". Code Switch. NPR. Dicapai pada 12 Oktober 2021.
  3. ^ Morison 1974, p. 502, 529.
  4. ^ a b Torres Sevilla-Quiñones de León 1999.
  5. ^ Van Middeldyk, p. 11
  6. ^ Morison 1974, p. 100
  7. ^ a b L. Kessel, John (2003). Spain in the Southwest: A Narrative History of Colonial New Mexico, Arizona, Texas, and California. University of Oklahoma Press. m/s. 4–5. ISBN 978-1928874201.
  8. ^ Van Middeldyk, pp. 12–15
  9. ^ a b David Marley (February 2008). Wars of the Americas: a chronology of armed conflict in the Western Hemisphere, 1492 to the present. ABC-CLIO. m/s. 9–11. ISBN 978-1-59884-100-8.
  10. ^ Fuson, pp. 63–65.
  11. ^ Rouse, Irving (1992). The Tainos- Rise and Decline of the People Who Greeted Columbus pg. 155. Yale University Press. New Haven : Yale University Press. ISBN 0-300-05181-6.
  12. ^ Davis, T. Frederick (1935). "Ponce de Leon's Second Voyage and Attempt to Colonize Florida". The Florida Historical Society Quarterly. 14 (1): 51–66. ISSN 0361-624X. JSTOR 30150209.
  13. ^ Grunwald, Michael (2007). The Swamp. Simon & Schuster. m/s. 25. ISBN 978-0-7432-5107-5.
  14. ^ Fuson, pp. 173–176.
Sumber utama