Pergi ke kandungan

Johann Friedrich Blumenbach

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Johann Friedrich Blumenbach
Kelahiran(1752-05-11)11 Mei 1752
Meninggal dunia22 Januari 1840(1840-01-22) (umur 87)
WarganegaraJerman
Pusat pendidikanUniversiti Jena
Universiti Göttingen
Terkenal keranaAnatomi komparatif
Kerjaya saintifik
BidangFisiologi
Penasihat kedoktoranChristian Wilhelm Büttner[1]
Penasihat akademik yang lainErnst Gottfried Baldinger
Christian Gottlob Heyne
Pelajar kedoktoranJohann Heinrich Friedrich Link
Friedrich Stromeyer
Karl Theodor Ernst von Siebold

Johann Friedrich Blumenbach (11 Mei 1752 – 22 Januari 1840) adalah seorang doktor, ahli antropologi dan ahli biologi Jerman. Beliau adalah salah satu orang pertama yang mempelajari manusia sebagai aspek sejarah alam.

Tulisan penemuan dilakukan menyatakan beliau menggunakan anatomi komparatif untuk mengelaskan manusia kepada lima bangsa: bangsa Kaukasia yang berkulit "putih", Mongolia yang berkulit "kuning", Melayu yang "sawo", Habsyi yang "hitam" dan Amerika yang "merah".[2] Semua perbezaan rupa badan sesama bangsa-bangsa diperhatikan beliau disangka tercetus hasil tindak balas kepada iklim sekeliling dan cara hidup.[3]

Beliau sendiri tidak merasa bahawa satu bangsa lebih unggul dari bangsa lainnya. Namun, penyelidikannya disalah ertikan pihak tertentu sebagai pembenar sentimen membenci kaum selain diri serta ilmu sains mengukuh ideologi sedemikian.[4][3]

  1. ^ Chemistry Tree profile Johann Friedrich Blumenbach
  2. ^ Gould, Stephen Jay (November 1994). "The Geometer of Race". Discover. m/s. 65–69. ISSN 0274-7529.
  3. ^ a b Rupke, Nicolaas; Lauer, Gerhard, penyunting (2019). Johann Friedrich Blumenbach - Race and Natural History, 1750–1850. London, UK & New York, AS: Routledge.
  4. ^ Fredrickson, George M. Racism: A Short History, p. 57, Princeton University Press (2002), ISBN 0-691-00899-X