Pergi ke kandungan

Jawatankuasa Khas Penyahjajahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jawatankuasa Khas Penyahjajahan
Kerangka
KependekanC24
Jenis/bentuk sahPertubuhan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
Status undang-undangAktif
Sejarah
Dibentuk27 November 1961; 62 tahun yang lalu (1961-11-27)
Pengurusan
KetuaPengerusi
Grenada Keisha A. McGuire[1]
Organisasi indukPerhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
GabunganSistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatNew York, Amerika Syarikat
Catatan kaki
Portal Politik
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jawatankuasa Khas Mengenai Situasi Berkenaan Perlaksanaan Perisytiharan Pemberian Kemerdekaan kepada Negara dan Rakyat Kolonial, atau Jawatankuasa Khas Penyahjajahan (C-24), ialah sebuah jawatankuasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah ditubuhkan pada tahun 1961 dan ditumpukan khas untuk isu penyahjajahan.

Sewaktu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diwujudkan, 750 juta orang tinggal di wilayah yang tidak berswatadbir. Walau bagaimanapun, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memasukkan, dalam Bab XI, peruntukan yang menyeru hak-hak penduduk wilayah yang ditadbir oleh Negara-Negara Anggotanya diiktiraf. Ia menyeru agar semua Negara Anggota bantu mengasaskan kepemerintahan kendiri dengan membangunkan institusi-institusi politik bebas, serta untuk mengingati aspirasi politik rakyat.

Piagam itu juga mewujudkan, dalam Bab XII, sistem amanah antarabangsa. Sistem ini membolehkan Negara-Negara Anggota menyelia wilayah-wilayah di bawah kawalan PBB dan memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahan mereka. Wilayah-wilayah "Amanah" ini ditadbir oleh Majlis Amanah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang diwujudkan oleh Bab XIII Piagam.

Dengan harapan mempercepatkan proses penyahjajahan, Perhimpunan Agung meluluskan Resolusi 1514 (XV), yang juga dikenali sebagai Perisytiharan Pemberian Kemerdekaan kepada Negara dan Rakyat Kolonial. Perisytiharan itu menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai hak untuk menentukan nasib sendiri, dan langkah-langkah segera harus diambil untuk menamatkan penjajahan tanpa syarat.[2]

Negara anggota asal

[sunting | sunting sumber]

Pada 27 November 1961, Perhimpunan Agung mewujudkan pendahulu kepada Jawatankuasa Khas itu melalui Resolusi 1654 (XVI), yang menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas dengan 17 negara anggota untuk meneliti penggunapakaian Perisytiharan itu dan membuat cadangan tentang cara untuk melaksanakannya dengan lebih baik. Negara-negara anggota asal ialah:[3]

Pada 7 Disember 1962, Perhimpunan Agung menambahkan tujuh lagi kerusi dalam jawatankuasa itu, menjadikan jumlah negara anggota 24.[4] Ia ditambahkan lagi pada tahun 2004, 2008 dan 2010.[5] Angka 24 masih digunakan untuk merujuk kepada Jawatankuasa itu walaupun ia kini mempunyai 29 negara anggota.

Dekad-Dekad Antarabangsa untuk Pembasmian Kolonialisme

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1990, Perhimpunan Agung mengisytiharkan 1990–2000 sebagai Dekad Antarabangsa Pertama untuk Pembasmian Kolonialisme melalui Resolusi 43/47. Matlamat utamanya ialah pelaksanaan penuh Perisytiharan mengenai Pemberian Kemerdekaan kepada Negara dan Rakyat Kolonial. Perhimpunan Agung menerima pakai laporan Setiausaha Agung tersebut yang bertarikh 13 Disember 1991 sebagai Pelan Tindakan untuk Dekad itu.[6][7]

Pada 8 Disember 2000, Perhimpunan Agung mengisytiharkan pula Dekad Antarabangsa Kedua untuk Pembasmian Kolonialisme, yang berlangsung dari 2001 hingga 2010 melalui Resolusi 55/146. Resolusi itu menyeru Negara-Negara Anggota menggandakan usaha mereka untuk melaksanakan Pelan Tindakan itu dalam Dekad Kedua.[8]

Pada 10 Disember 2010, Perhimpunan Agung mengisytiharkan 2010–2020 sebagai Dekad Antarabangsa Ketiga untuk Pembasmian Kolonialisme melalui Resolusi 65/119. Resolusi itu menyeru Negara-Negara Anggota mempergiatkan usaha mereka untuk terus melaksanakan Pelan Tindakan itu dalam Dekad Ketiga.[9]

Pada tahun 2020, Perhimpunan Agung mengisytiharkan 2021–2030 sebagai Dekad Antarabangsa Keempat untuk Pembasmian Kolonialisme melalui Resolusi 75/123.[10]

Kaedah kerja

[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa ini mengadakan sesi utamanya di New York pada bulan Jun, serta seminar tahunan di Caribbean dan Pasifik secara bersilih ganti. Pada tahun 2018, seminar tersebut diadakan di St. George's, Grenada.[5]

Pada setiap sesi utama, Jawatankuasa menyemak senarai wilayah yang mana Perisytiharan Pemberian Kemerdekaan kepada Negara dan Rakyat Kolonial boleh dipakai dan membuat cadangan-cadangan untuk pelaksanaannya serta penyebaran maklumat awam mengenai penyahjajahan kepada penduduk tempatan. Ia juga mendengar kenyataan daripada Wilayah-Wilayah Bukan Pemerintahan Sendiri (NSGT), menghantar misi kepada NSGT-NSGT ini dan menganjurkan seminar mengenai situasi politik, sosial dan ekonomi di NSGT itu.[5]

Jawatankuasa melaporkan kerjanya kepada Perhimpunan Agung melalui Jawatankuasa Keempat (Politik Khas dan Penyahjajahan).

Wilayah bukan pemerintahan sendiri yang disenaraikan

[sunting | sunting sumber]

Pada masa ini, terdapat 17 wilayah dalam senarai wilayah bukan pemerintahan sendiri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[11]

Wilayah
Ibu negara Mata wang Bahasa Populasi Kuasa yang Mentadbir Wilayah Benua PBB Subwilayah Geografi PBB Nota Sumber
 Samoa Amerika[nota 1] Pago Pago Dolar Amerika Syarikat Inggeris 44,620  Amerika Syarikat Oceania Polinesia [nota 2]
[nota 3]
[12]
 Anguilla The Valley Dolar Caribbean Timur Inggeris 15,753  United Kingdom Benua Amerika Caribbean [note 1] [13]
 Bermuda Hamilton Dolar Bermuda Inggeris 63,913  United Kingdom Benua Amerika Caribbean [note 1] [14]
 Kepulauan Virgin British Road Town Dolar Amerika Syarikat[nota 4] Inggeris 30,030  United Kingdom Benua Amerika Caribbean [note 1] [15]
 Kepulauan Cayman George Town Dolar Kepulauan Cayman Inggeris 81,546  United Kingdom Benua Amerika Caribbean Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; rujukan tanpa nama mestilah mempunyai kandungan [16]
 Kepulauan Falkland (dipertikaikan)[note 2] Stanley Paun Kepulauan Falkland Inggeris 3,662  United Kingdom Benua Amerika Amerika Selatan [nota 5] [18]
 Polinesia Perancis[nota 6] Papeete Franc CFP Perancis 278,786  Perancis Oceania Polinesia [nota 7] [19][20]
 Gibraltar (dipertikaikan) Gibraltar Paun Gibraltar Inggeris 34,003  United Kingdom Europe Southern Europe [nota 8] [21]
 Guam Hagåtña dolar Amerika Syarikat Inggeris 168,801  Amerika Syarikat Oceania Mikronesia [note 3] [22]
 Montserrat Plymouth Dolar Caribbean Timur Inggeris 4,390  United Kingdom Benua Amerika Caribbean [note 1] [23]
 New Caledonia Nouméa Franc CFP Perancis 271,407  Perancis Oceania Melanesia [nota 9] [24]
 Pitcairn[nota 10] Adamstown Dolar New Zealand Inggeris 47  United Kingdom Oceania Polinesia Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; rujukan tanpa nama mestilah mempunyai kandungan [25]
 Saint Helena, Ascension and Tristan da Cunha[nota 11] Jamestown Paun Saint Helena Inggeris 5,633  United Kingdom Africa Afrika Barat [note 1] [26]
 Tokelau (tiada)[nota 12] Dolar New Zealand Inggeris 1,499  New Zealand Oceania Polinesia [note 4] [28]
 Kepulauan Turks dan Caicos Grand Turk[nota 13] Dolar Amerika Syarikat Inggeris 44,542  United Kingdom Benua Amerika Caribbean [note 1] [29]
 United States Virgin Islands Charlotte Amalie Dolar Amerika Syarikat Inggeris 87,146  Amerika Syarikat Benua Amerika Caribbean [note 5] [30]
Sahara Barat (dipertikaikan) El Aaiún (dituntut) Dirham Maghribi[nota 14] Arabic

Spanish
565,581  Sepanyol (dahulu)[nota 15]
 Maghribi (kini)
Africa Northern Africa [note 6] [33]

Wilayah-wilayah ini tidak mempunyai perwakilan yang setara dengan wilayah-wilayah lain dalam negara induknya. Setakat Disember 2021, beberapa wilayah telah menolak perubahan status melalui referendum, seperti New Caledonia pada tahun 2018, 2020,[34] dan 2021, Kepulauan Falkland pada 2013,[35] dan Gibraltar pada 2002.[36] Pada tahun 2013 juga, Perhimpunan Polinesia Perancis yang dilantik menentang wilayah itu dimasukkan dalam senarai ini.[37] Yang lain, seperti Guam, telah mengundi untuk menukar status tetapi ditolak oleh negara penjajah mereka.[perlu rujukan]

Negara-negara yang menganggotai jawatankuasa.

Berikut negara-negara anggota jawatankuasa pada waktu kini:[5]

* Negara anggota asal

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Wilayah-wilayah dengan gerakan kemerdekaan dipertikaikan mengenai status mereka sebagai negara penjajah dan kelayakan mereka untuk dekolonisasi. Pelbagai negara anggota semasa dan dahulu pernah dalam beberapa kes mempertikaikan dan menyekat kemasukan dan kemasukan semula wilayah masing-masing untuk penyahjajahan.[38]

  • China pernah menyekat kemasukan Hong Kong, Mongolia Dalam, Makau, Tibet dan Xinjiang untuk menjadi wilayah bukan pemerintahan sendiri.[perlu rujukan] China menganggap Hong Kong dan Makau sebagai wilayah yang diserahkan secara paksa kepada kuasa-kuasa Eropah, wilayah itu adalah milikan dan bukan tanah jajahan, dan China mempunyai kedaulatan ke atas wilayah-wilayah ini. China mendakwa bahawa kedua-dua wilayah pada masa ini ditadbir sendiri dan secara amnya tidak dianggap sebagai pegangan kolonial.[39] Walau bagaimanapun, pengilhakan Tibet dan Xinjiang telah menyebabkan kedua-dua wilayah mendapat status kawasan berautonomi China, dan terdapat pelbagai laporan mengenai pemandulan dan pengguguran paksa di Tibet dan Xinjiang, buruh paksa dan tahanan di Xinjiang, serta asimilasi paksa, kawalan politik, juga pelucutan perwakilan politik rakyat semua wilayah ini.[40][41][42][43][44][45]
  • United Kingdom telah menghalang Wilayah Lautan Hindi British daripada penyahjajahan dengan memisahkan Kepulauan Chagos daripada Mauritius .[perlu rujukan] Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan Resolusi 2066 pada 16 Disember 1965, menyatakan kepercayaannya bahawa pemisahan bahagian wilayah kolonial Mauritius ini bertentangan dengan undang-undang adat antarabangsa seperti yang direkodkan sebelum ini dalam Perisytiharan Pemberian Kemerdekaan kepada Negara dan Rakyat Kolonial 14 Disember 1960. Ini menyatakan bahawa "Apa-apa percubaan yang bertujuan untuk mengganggu sebahagian atau keseluruhan perpaduan negara dan integriti wilayah sesebuah negara adalah bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu".[perlu rujukan]
  • Amerika Syarikat mengekal[ <span title="This claim needs references to reliable sources. (December 2022)">petikan diperlukan</span> ]kan Puerto Rico sebagai wilayah teratur yang tidak digabungkan. Jawatankuasa mendapati Puerto Rico tidak cukup diberdayakan untuk menentukan nasib sendiri. Bagaimanapun, status Komanwelnya telah memaksa jawatankuasa untuk mengeluarkannya daripada senarai wilayah bukan pemerintahan sendiri PBB pada tahun 1952. Walaupun Kepulauan Virgin Amerika Syarikat berada dalam senarai Wilayah Bukan Pemerintahan Sendiri, 81.60% pengundi mengundi untuk kekal sebagai wilayah AS dengan hanya 13.44% mahu "berintegrasi dengan AS" dan 4.96% memilih kemerdekaan dalam Referendum status Kepulauan Virgin tahun 1993 Amerika Syarikat. Namun, ia tidak sah kerana kurang daripada separuh pengundi yang layak keluar mengundi.[perlu rujukan]

Pelbagai pertubuhan termasuk perwakilan British mendakwa jawatankuasa itu "tidak lagi relevan" dengan Wilayah Luar Negara United Kingdom kerana kebanyakan negara anggotanya sendiri adalah penjajah, mengawal pelbagai wilayah yang mahukan kemerdekaan.[54][55][56]

Berikut merupakan biro Jawatankuasa Khas ini bagi Perhimpunan Agung Sesi Ke-73:[5]

Nama Negara kedudukan
Walton Alfonso Webson  Antigua dan Barbuda Pengerusi
Anayansi Rodriguez Camejo  Cuba Naib pengerusi
Dian Triansyah Djani  Indonesia Naib pengerusi
Adikalie Foday Sumah  Sierra Leone Naib pengerusi
Bashar Ja'afari  Syria Pelapor
  1. ^ Juga lazim dikenali sebagai Wilayah Samoa Amerika.
  2. ^ Status politik: Wilayah tidak teratur Amerika Syarikat yang tidak dimasukkan, ditadbir oleh Pejabat Hal Ehwal Insular, Jabatan Dalam Negeri A.S.
  3. ^ Pulau Swains dituntut oleh Tokelau sebagai Olohega.
  4. ^ Ekonominya berkait rapat dengan Kepulauan Virgin Amerika Syarikat yang lebih besar dan lebih ramai penduduknya di barat. Dolar A.S. adalah mata wang yang sah.
  5. ^ Status politik: Wilayah yang dipertikaikan. Ditadbir oleh United Kingdom sebagai wilayah seberang laut bernama Kepulauan Falkland, yang dituntut oleh Argentina sebagai Islas Malvinas.
  6. ^ Juga dikenali sebagai Negara Luar Negara Polinesia Perancis.
  7. ^ Status politik: Kolektiviti luar negara dan negara luar negara Perancis.
  8. ^ Status politik: Wilayah yang dipertikaikan. Ditadbir oleh United Kingdom sebagai wilayah luar negara, dituntut oleh Sepanyol.
  9. ^ Status politik: Kolektiviti sui generis Perancis.
  10. ^ Rasminya Kepulauan Pitcairn, Henderson, Ducie dan Oeno.
  11. ^ Rasminya Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha.
  12. ^ Tokelau tidak mempunyai ibu negara rasmi, setiap atol mempunyai pusat pentadbirannya sendiri.
  13. ^ Biasa dipanggil Cockburn Town.
  14. ^ Mata wang de facto.
  15. ^ Walaupun kerajaan Sepanyol sudah memaklumkan PBB bahawa ia telah berundur dari wilayah itu pada Februari 1976, PBB masih menganggap Sepanyol sebagai negara pentadbir, kerana status undang-undang wilayah dan isu-isu kedaulatan masih belum selesai. Wilayah itu ditandingi oleh Maghribi dan Barisan Polisario (Barisan Popular untuk Pembebasan Saguia el Hamra dan Rio de Oro), yang pada Februari 1976 secara rasmi mengisytiharkan kerajaan dalam buangan, Republik Demokratik Arab Sahrawi (SADR), yang berpusat di luar dari kem pelarian berhampiran Tindouf, Algeria.

Nota penerangan

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ "Premier attends decolonisation seminar". The BVI Beacon. 10 Mei 2019.
  2. ^ Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu R 1514 session 15 Declaration on the granting of independence to colonial countries and peoples on 14 Disember 1960
  3. ^ Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu R 1654 session 16 The situation with regard to the implementation of the Declaration on the granting of independence to colonial countries and peoples on 27 November 1961
  4. ^ Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu R 1810 session 17 The Situation with Regard to the Implementation of the Declaration on the Granting of Independence to Colonial Countries and Peoples on 7 Disember 1962
  5. ^ a b c d e Manhire, Vanessa, penyunting (2018). "United Nations Handbook 2018–19" (PDF). United Nations Handbook:: An Annual Guide for Those Working within the United Nations (ed. 56th). Wellington: Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan New Zealand: 63–64. ISSN 0110-1951. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "UN Hanbook 2018-19" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu R 47 session 43 International Decade for the Eradication of Colonialism on 22 November 1988
  7. ^ Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Report of the Secretary-General 634 Rev. 1 session 46 Implementation of the Declaration on the Granting of Independence to Colonial Countries and Peoples on 13 December 1991
  8. ^ Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu R 146 session 55 Second International Decade for the Eradication of Colonialism on 8 December 2000
  9. ^ Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu R 119 session 65 Third International Decade for the Eradication of Colonialism on 10 December 2010
  10. ^ United Nations: International Decades for the Eradication of Colonialism
  11. ^ "Non-Self-Governing Territories". UN.org. Dicapai pada 11 January 2024.
  12. ^ American Samoa di CIA World Factbook.
  13. ^ Anguilla di CIA World Factbook.
  14. ^ Bermuda di CIA World Factbook.
  15. ^ British Virgin Islands di CIA World Factbook.
  16. ^ Cayman Islands di CIA World Factbook.
  17. ^ "United Nations - The World Today". UN.org. 1 September 2019. Dicapai pada 11 Januari 2024.
  18. ^ Falkland Islands (Islas Malvinas) di CIA World Factbook.
  19. ^ French Polynesia di CIA World Factbook.
  20. ^ Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Resolution 93 session 68 (retrieved 11 Januari 2024)
  21. ^ Gibraltar di CIA World Factbook.
  22. ^ Guam di CIA World Factbook.
  23. ^ Guam di CIA World Factbook.
  24. ^ New Caledonia di CIA World Factbook.
  25. ^ Pitcairn Islands di CIA World Factbook.
  26. ^ Saint Helena, Ascension, and Tristan da Cunha di CIA World Factbook.
  27. ^ Kerajaan Tokelau: Sistem Politik
  28. ^ Tokelau di CIA World Factbook.
  29. ^ Turks and Caicos Islands di CIA World Factbook.
  30. ^ U.S. Virgin Islands di CIA World Factbook.
  31. ^ BBC News: Western Sahara profile
  32. ^ City Population: Western Sahara (disputed territory)
  33. ^ Encyclopædia Britannica: Western Sahara.
  34. ^ "New Caledonia referendum: South Pacific territory rejects independence from France". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2020-10-04. Dicapai pada 2021-06-13.
  35. ^ Caroline Wyatt, Defence correspondent (2013-03-12). "Falklands referendum: Voters choose to remain UK territory". BBC News. Dicapai pada 2016-01-03.
  36. ^ Daly, Emma (2002-11-08). "Gibraltar Rejects Power-Sharing Between Britain and Spain". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2016-01-03.
  37. ^ "Tahiti assembly votes against UN decolonisation bid", Radio New Zealand International, 17 Mei 2013
  38. ^ "Special Committee on Decolonization". Owl Apps. Dicapai pada 1 Oktober 2021.
  39. ^ "Regional Autonomy for Ethnic Minorities in China". Misi Tetap Republik Rakyat China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva dan Pertubuhan Antarabangsa Lain di Switzerland. Dicapai pada 12 Jun 2021.
  40. ^ Master, Farah (5 Oktober 2018). "In Macau, Portuguese elites feel squeezed out by Chinese influence". Reuters. Dicapai pada 12 Jun 2021.
  41. ^ Tsung-gan, Kong (15 Oktober 2017). "Mainlandization: How the Communist Party works to control and assimilate Hong Kong". Hong Kong Free Press. Dicapai pada 12 Jun 2021.
  42. ^ Khatchadourian, Raffi. "Surviving the Crackdown in Xinjiang". The New Yorker. Dicapai pada 12 Jun 2021.
  43. ^ "The CCP Extends its Policy of Assimilation to Inner Mongolia". Jamestown. Dicapai pada 12 Jun 2021.
  44. ^ "Witnesses to China's Shame". The Washington Post. Dicapai pada 12 Jun 2021.
  45. ^ Maizland, Lindsay. "China's Repression of Uyghurs in Xinjiang". cfr. Council on Foreign Relations. Dicapai pada 12 Jun 2021.
  46. ^ Doherty, Ben; Lamb, Kate (30 September 2017). "West Papua independence petition is rebuffed at UN". The Guardian. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  47. ^ Netralnews.Com. "Netralnews.com – House Speaker on Minahasa Wishing Independence: Gov't Should Not Stay Silent". Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  48. ^ Eurasia, Paul Goble for Window on; network, part of the New East (15 Ogos 2014). "From Siberia to Kaliningrad: the fledgling independence movements gaining traction in Russia". The Guardian. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  49. ^ "Russia's Separatist Movements – Fair Observer". fairobserver.com. 2013-07-13. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  50. ^ "Forced Ethnic Migration". Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  51. ^ "Tatarstan Reaches Pact With Moscow, Drops Sovereignty Bid". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). 1994-02-18. Dicapai pada 2021-06-02.
  52. ^ Smirnova, Lena (2017-07-25). "Tatarstan, the Last Region to Lose Its Special Status Under Putin". The Moscow Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-06.
  53. ^ "Russian 'Federalism' Now Means As Little As It Did In Soviet Times". www.interpretermag.com. Dicapai pada 2022-06-06.
  54. ^ "Special Committee on Decolonization 'No Longer Relevant' to Overseas Territories of United Kingdom, Fourth Committee Told – Meetings Coverage and Press Releases". un.org. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  55. ^ "Special Committee on Decolonization Would Urge Secretary-General to Maintain All Functions of Decolonization Unit of Political Affairs Department – Meetings Coverage and Press Releases". un.org. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  56. ^ Pearson, Jessica Lynne (4 Mei 2017). "Defending Empire at the United Nations: The Politics of International Colonial Oversight in the Era of Decolonisation". The Journal of Imperial and Commonwealth History. 45 (3): 525–549. doi:10.1080/03086534.2017.1332133.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/> yang berpadanan disertakan