Pergi ke kandungan

New Caledonia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
New Caledonia
نيو کاليدونيا
Nouvelle-Calédonie
Bendera Kaledonia Baru
Emblem Kaledonia Baru
Flag Emblem
Lagu kebangsaanLa Marseillaise1
Lokasi Kaledonia Baru
Ibu negara
dan bandar terbesar
Nouméa
Bahasa rasmibahasa Perancis
Kerajaanwilayah luar negeri Perancis
Emmanuel Macron
• Presiden
Thierry Santa
Roch Wamytan
Overseas territory of France 
since 1853
Keluasan
• Jumlah
18,576 km2 (7,172 bt2)
• Daratan
18,275 km2 (7,056 bt2)
• Perairan (%)
negligible
Populasi
• Bancian Penduduk 2019
271,407[1] (ke-184)
14.5/km2 (37.6/sq mi) (ke-200)
KDNK (nominal)2011
•  Jumlah
$9.89 billion[2]
$38,921[2]
HDI (2003)n/a
Ralat: Nilai IPM tidak sah · n/a
Mata wangDolar New Caledonia
(XPF)
Zon waktu()
Kod panggilan687
DPT internet.nc
1  La Marseillaise is the official anthem, a local anthem Soyons Unis, Devenons Freres was adopted in 2008.
Peta New Caledonia

New Caledonia (bahasa Perancis: Nouvelle-Calédonie) adalah sebuah negeri seberang laut milik Perancis yang terletak di Lautan Pasifik bahagian selatan. Juga dikenali sebagai Kanaki di kalangan penduduk tempatan kepulauan itu. Negara kepulauan ini juga telah dikuasai oleh Perancis selain daripada Polinesia Perancis sampai 1998 di mana ia diberikan kekuasaan memerintah sendiri. Ibu kotanya ialah Nouméa.

Pulau ini mula diketahui di dunia Barat melalui penjelajahan kedua James Cook pada 4 September 1774. Beliau memberi nama "Caledonia", nama lama bagi kawasan Scotland,[3] kepada pulau ini setelah mememrhati kawasan timur laut pulau tersebut yang disangka ada menyerupai muka bumi di negeri itu.[3]

Zaman penaklukan

[sunting | sunting sumber]

Febvrier Despointes menakluk pulau ini atas perintah Maharaja Napoleon III pada 24 September 1853. Suatu bandar petempatan bernama Port-de-France (kini Nouméa) didirikan di sini pada 25 Jun tahun berikutnya.[3]

Pulau ini dijadikan suatu jajahan tahanan pada tahun 1864, sebanyak 22,000 orang penjenayah dan tahanan politik dipindahkan ke sini selama 33 tahun hingga 1897. Suatu catatan dari Bulletin de la Société générale des prisons mencatatakan seramai 10,428 orang banduan termasuk 2,329 orang yang dilepaskan berada di pulau ini pada 1 Mei 1888, bilangan yang terbanyak dalam kalangan tempat tahanan luar negeri milik Empayar Perancis.[4]

Abad ke-20

[sunting | sunting sumber]

Nouvelle-Calédonie menjadi suatu wilayah luar negeri alam Perancis tahun 1946.[3] Kewarganegaraan Perancis sejagat dberikan kepada semua warga pulau tanpa mengira kaum selewat 1953.[5]

Suatu pungutan suara dilangsungkan pada 4 November 2018 di mana para warga wilayah diberi peluang mengundi sama ada kekal dalam pengaruh Perancis ataupun merdeka,[6] undian menyokong kekal dalam kawalan Perancis menang sebanyak 56.4%.[7] Suatu pungutan suara baru diadakan pada Oktober 2020 dengan keputusan sama namun berkurang degan undian kekal sebanyak 53.3%.[8]

WIlayah ini terletak dalam Zealandia, pecahan adibenua kuno Gondwana yang berlaku 66 juta tahun dahulu sebelum bergerak ke arah timur laut ke lokasinya kini pada 50 juta tahun dahulu.[9] Gunung Panié di pulau Grande Terre puncak tertinggi sebanyak 1,628 meter

Pulau Grande Terre khususnya mempunyai biokepelbagaian flora dan fauna di mana setiap genera, famili, dan ordo diamati unik dan tidak dapat dijumpai sedekat rantau manapun dari kilometer persegi ke kilometer persegi. Kawasan pergunungan pualu Grand Terre menghasilkan banyak muka bumi dan mikroiklim membenarkan kelangsungan hidup spesies-spesies endemik di sini.[10]

Wilayah ini merupakan jajahan sui generis kolektif. Ini diatur oleh Kongres, badan perundangan terdiri dari tiga majlis provinsi dianggotai 54 orang.[11] Negara Perancis diwakili di wilayah itu oleh seorang Komisaris Tinggi.[11] Pada tingkat nasional, Nouvelle-Calédonie diwakili dalam Parlemen Perancis oleh dua deputi dan dua senator.[12] Pada Pemilihan Presiden Perancis 2012, jumlah pemilih di Nouvelle-Calédonie mencapai 61.19%.[13]

Selama 25 tahun, sistem partai di Nouvelle-Calédonie didominasi oleh partai anti-kemerdekaan The Rally-UMP.[11] Dominasi ini berakhir dengan munculnya partai baru, Avenir Ensemble, yang juga menentang kemerdekaan, tetapi dianggap lebih terbuka untuk berdialog dengan gerakan suku Kanak,[11] yang merupakan bagian dari Kanak and Socialist National Liberation Front, koalisi beberapa kelompok pro-kemerdekaan.[11]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk New Caledonia seperti yang tercatat pada 1 September 2006 ialah seramai 237,765 orang.

Orang Kanak dari rumpun Melanesia membentuk majoriti penduduk pulau ini sebanyak 39.1% mengikut perangkaan 2014.[14] Mereka dibahagikan kepada 4,000–5,000 suku terkumpul dalam 341 puak masuk 57 keadatan (chefferies) dikelaskan dalam lima kumpulan adat (aires coutumières) di pulau ini.[15] Kaum kedua terbesar ialah orang Eropah dengan 27.2%, orang 'Uvea-Futuna pada 8.2% dan orang Nusantara pada 3.4%. Suku Jawa merupakan suku utama Nusantara yang ada di kawasan ini dibawa menjadi kuli kontrak atau mencari kehidupan lebih baik di negeri asing sepertimana di Suriname, namun perpindahan orang Jawa di Pasifik telah terhenti sejak 1949.

  1. ^ "ISEE - Structure de la population et évolutions".
  2. ^ a b "PIB Grands Agrégats". ISEE. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2013. Dicapai pada 1Ogos 2013. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ a b c d "Rapport annuel 2010" (PDF). IEOM Nouvelle-Calédonie. Dicapai pada 30 Januari 2013.
  4. ^ As compared to 4,053 convicts, including 1,176 freed ones, in French Guiana at the same date. Bulletin de la Société générale des prisons, Paris, 1888, p. 980
  5. ^ New Caledonia di Encyclopædia Britannica
  6. ^ "New Caledonia sets date for independence referendum". The Guardian. 20 March 2018. Dicapai pada 25 March 2018.
  7. ^ "New Caledonia Votes to Remain Part of France". Time (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2018. Dicapai pada 2018-11-08.
  8. ^ Antoine-Perron, Charlotte (5 Oktober 2020). "New Caledonia voters choose to stay part of France". Associated Press. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ^ Boyer & Giribet 2007: 355
  10. ^ Leanne Logan; Geert Cole (2001). New Caledonia. Lonely Planet. m/s. 26. ISBN 978-1-86450-202-2.
  11. ^ a b c d e "Concluding session, Special Committee on Decolonization approves two texts on New Caledonia, Tokelau; hears appeals to heed criticism of its work". Un.org. Dicapai pada 30 Januari 201. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  12. ^ "Les différentes élections" (dalam bahasa French). Nouvelle-caledonie.gouv.fr. 2011-05-27. Dicapai pada 2013-01-30.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ Minister of the Interior, Government of France. "Resultats de l'election presidentielle — Nouvelle Caledonie" (dalam bahasa French). Dicapai pada 2012-08-06.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ ISEE. "Prov2 – Principales caractéristiques des individus, par province de résidence et genre" (XLS). Dicapai pada 2015-08-24.
  15. ^ The situation of Kanak people in New Caledonia, France. – Country Reports – UNSR James Anaya, page 8

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]