Islam di Korea Selatan
Sebahagian daripada siri berkaitan Dunia Islam |
Islam mengikut negara |
---|
Pengaruh Islam di negara-negara dunia |
Di Korea Selatan, Islam ialah sebuah agama minoriti yang kecil. Komuniti Muslim di negara ini (warga tempatan Korea termasuk pendatang asing) berpusat di sekitar bandar Seoul, di mana masjid pertama terbesar pada abad ke-20 dibina pada tahun 1976 berbekalkan dana daripada Misi Islam Malaysia dan negara-negara Islam lain.
Selain daripada kurang 30,000 masyarakat Muslim Korea, terdapat pendatang-pendatang asing daripada Asia Selatan, Timur Tengah, Indonesia dan Malaysia yang datang ke Korea Selatan di mana majoriti pendatang asing ini beragama Islam. Mereka telah menjadi pekerja asing sejak tahun 90-an, menjadikan jumlah populasi Muslim di negara ini meningkat kepada lebih kurang 35,000 orang.[1] Pada tahun 2007, bilangan Muslim Korea menaik ke 35,000 dan dengan ketambahan pendatang asing islam ke negara itu meningkatkan jumlah orang Muslim kepada hampir 200,000 orang.[1]
Dipercayai bahawa tidak ada kemunculan Islam secara menonjol di Korea Utara, di mana aktiviti keagamaan umum di negara itu hampir tidak pernah wujud.
Sejarah Awal
[sunting | sunting sumber]Ketika pertengahan hingga akhir abad ke-7, para pedagang Islam telah bermusafir dari empayar Islam ketika itu ke Tang China dan kemudiannya menjalinkan hubungan dengan Silla, salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea.[2] Pada tahun 751, seorang jeneral Cina daripada keturunan Goguryeo, Gao Xianzhi mengetuai Tang China dalam Perang Talas menentang Kerajaan Bani Abbasiyah tetapi akhirnya tumpas. Rujukan terawal terhadap Korea di dalam sebuah karya geografi bukan Asia Timur wujud di dalam Kajian Am Laluan Dunia dan Kerajaannya karya Ibn Khurdadbih pada pertengahan abad ke-9.[3]
Pengenalan semula abad ke-20
[sunting | sunting sumber]Semasa Perang Korea, Turki menghantar tentera dengan sejumlah yang besar bagi membantu Korea Selatan di bawah pimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang disebut Turki Brigade. Selain sumbangan mereka di medan perang, para Turki juga membantu dalam kerja-kerja kemanusiaan, membantu mengendalikan sekolah masa-perang untuk anak-anak yatim perang. Tidak lama selepas perang, beberapa orang Turki yang bertugas di Korea Selatan sebagai pasukan keamanan PBB mula mengajar orang Korea tentang Islam. Orang Muslim Korea yang mula-mula pada masa itu menubuhkan Korea Muslim Society pada tahun 1955, dan pada saat itu juga masjid Selatan Korea pertama ditubuhkan.[4] Korea Muslim Society menjadi semakin besar dan kemudiannnya ditukar kepada Korea Muslim Federation pada tahun 1967.[3]
Hari ini
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1962, kerajaan Malaysia menawarkan geran sebanyak US$ 33,000 untuk sebuah masjid yang akan dibina di Seoul. Namun, pembinaan masjid itu tidak dapat disiapkan oleh kerana banyak masalah dan juga inflasi.[5] Masjid Pusat Seoul akhirnya siap dibina di Itaewon, Seoul pada tahun 1976. Hari ini ada juga masjid di Busan, Anyang, Gwangju, Jeonju, Daegu dan Kaesong. Menurut Lee Hee-Soo (Yi Hui-su), Presiden Korea Islam Institute, ada sekitar 40,000 Muslim yang berdaftar di Korea Selatan, dan sekitar 10,000 dijangka adalah pengamal islam yang sangat aktif.[6]
Korea Muslim Foundation mengatakan bahawa ia akan membuka sekolah rendah Islam pertama bernama Sekolah Rendah Putera Sultan Bin Abdul Aziz pada Mac 2009 dengan tujuan membantu Muslim di Korea belajar tentang mereka agama melalui kurikulum sekolah rasmi. Rencana sedang dilakukan untuk membuka sebuah pusat kebudayaan, sekolah menengah dan bahkan universiti. Abdullah Al-Aifan, Duta Besar Arab Saudi ke Seoul, disampaikan sebanyak $ 500,000 untuk KMF atas nama kerajaan Arab Saudi. [7] Bilangan orang Islam di Korea pada ketika ini dicatatkan secara rasminya mencapai bilangan 150,000 orang.[7]
Sebelum adanya bangunan formal seperti sekolah rendah, satu madrasah bernama Sultan Bin Abdul Aziz Madrassa digunapakai semenjak tahun 1990, dimana anak-anak Muslim diberi peluang untuk mempelajari bahasa Arab, budaya Islam dan bahasa Inggeris.
Ramai Muslim di Korea mengatakan, gaya hidup mereka yang berbeza menyebabkan mereka ini lebih menonjol daripada orang lain di dalam masyarakat. Namun, kebimbangan mereka yang terbesar adalah prasangka buruk yang diterima selepas kejadian serangan pengganas 11 September pada tahun 2001.[1] Di Arirang TV, sebuah stesen Korea untuk orang asing, juga melakukan laporan 9 minit mengenai Imam Hak Ap-du dan Islam di Korea.[8]
Migrasi pekerja dari Pakistan dan Bangladesh membentuk sebahagian besar dari populasi Muslim. Bilangan orang Muslim Korea dilaporkan oleh The Korea Times pada tahun 2002 adalah 45,000[9] manakala Pusat Kajian Pew (Pew Research Center) menganggarkan bahawa terdapatnya 75,000 Korea Muslim di Korea Selatan pada tahun 2010, atau satu daripada 500 orang dalam negara.[10]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c (Inggeris) Bae Ji-sook (10 Ogos 2007). "Life is Very Hard for Korean Muslims". Korea Times. Dicapai pada 20 Jun 2017. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Grayson, James Huntley (2002). Korea: A Religious History. Routledge. m/s. 195. ISBN 0-7007-1605-X.
- ^ a b Baker, Don (Winter 2006). "Islam Struggles for a Toehold in Korea". Harvard Asia Quarterly. Dicapai pada 2007-04-23.
- ^ "About Seoul: Way of Life". Seoul City government website. Diarkibkan daripada yang asal pada February 8, 2006. Dicapai pada 2006-03-20. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ (Inggeris) "History of Islam in Korea". Islam Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-16. Dicapai pada 20 Jun 2017. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ The article (in Korean) at "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-09-28. Dicapai pada 2005-07-19. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) quotes Lee Hee-Soo (Yi Hui-su), president of 한국 이슬람 학회 (Korea Islam Institute), with these figures. - ^ a b (Inggeris) Park Si-soo (14 Mac 2008). "First Muslim School to Open Next Year". Korea Times. Dicapai pada 20 Jun 2017. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ http://www.youtube.com/watch?v=05ROUDTAo-M
- ^ "Islam takes root and blooms". The Korea Times. 22 November 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-02. Dicapai pada 20 Mac 2006.
- ^ "Table: Muslim Population by Country". Pew Research Center. 27 Januari 2011. Dicapai pada 14 March 2017.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Baker, Don (Winter 2006). "Islam Struggles for a Toehold in Korea". Harvard Asia Quarterly. Dicapai pada 2007-04-23.
- Kwon, Young-pil. (1991). Ancient Korean art and Central Asia: Non-Buddhist art prior to the 10th century. Korea Journal 31(2), 5-20. [1]
- Lee, Hee-Soo. (1991). Early Korea-Arabic maritime relations based on Muslim sources. Korea Journal 31(2), 21-32. [2]