Pergi ke kandungan

Tamadun Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Islam dalam perkembangan pengetahuan)

Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang amat berbeza dengan tamadun-tamadun dunia lain. Tamadun Islam juga mempunyai ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd ataBakar, Osman (2013). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Universiti Malaya: Penerbit Universiti Malaya. m/s. 1–137. ISBN 9789831004654.u

Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia.Tamadun Islam mempunyai sumber- sumbernya yang tersendiri dan sangat berbeza dengan sumber-sumber dalam tamadun lain.Sumber tamadun Islam bersifat mutlak iaitu tidak berubah,sesuai sepanjang masa dan keadaan dari semasa ke semasa.Malahan pembangunan ilmu dalam dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.Dari sudut istilah Islam juga membawa maksud taat kepada Allah S.W.T yang Esa. [Cite book 1]

Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai genre ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan wilayah lain-lain di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melawati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Pencarian Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

Asal Usul

[sunting | sunting sumber]

Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad S.A.W. selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira' pada hari Isnin, 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610M. Kerajaan Islam pertama di dunia berada di Madinah semasa baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M. Berdasarkan sejarah islam, usia kewujudan agama islam adalah sama dengan usia pembinaan tamadun islam.[1]

Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang amat berbeza dengan tamadun-tamadun dunia lain. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.

Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai genre ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan wilayah lain-lain di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melawati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad S.A.W. selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira' pada hari Isnin, 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610M. Kerajaan Islam pertama di dunia berada di Madinah semasa baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M. ialah islam

  1. ^ Tamadun Islam mempunyai sumbernya yang tersensiri
  1. ^ Wan Ali, Wan Zailan Kamaruddin (2007). Tamadun Islam Dan Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. m/s. 27. ISBN 983-100-395-0.