Pergi ke kandungan

iPhone 14

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


iPhone 14
iPhone 14 Plus
iPhone 14 warna Biru
JenamaApple Inc.
PengilangFoxconn
Cogan kataBig and bigger.
Wonderfull.
GenerasiKe-16
Rangkaian serasi2G / 3G / 4G LTE / 5G NR
Julung diedarkan14: 16 September 2022; 2 tahun yang lalu (2022-09-16)
14 Plus: 7 Oktober 2022; 2 tahun yang lalu (2022-10-07)
Ketersediaan mengikut rantau14:
14 Plus:
PendahuluiPhone 13 / 13 Mini
BerkaitaniPhone 14 Pro / iPhone 14 Pro Max
Jenis
Penjadi rupaSabak
Ukuran
  • 14: H: 146.7 mm (5.78 in)
    W: 71.5 mm (2.81 in)
    D: 7.8 mm (0.31 in)
  • 14 Plus: H: 160.8 mm (6.33 in)
    W: 78.1 mm (3.07 in)
    D: 7.8 mm (0.31 in)
Jisim14: 172 g (6.1 oz)
14 Plus: 203 g (7.2 oz)
Sistem pengendalianTerasal: iOS 16.0
Sistem atas cipApple A15
CPU6-teras (2x3.23 GHz Avalanche + 4x2.02 GHz Blizzard)
GPU5-teras rekaan Apple
Ingatan6 GB LPDDR4X[1]
Storan128, 256, 512 GB NVMe
Storan bolehtanggalNone
SIMHanya eSIM (model AS)
Dua SIM nano (model China)
SIM nano dan eSIM (Sejagat selebihnya)
Bateri14: Li-Po 3,279 mAh
14 Plus: 4,325 mAh[2]
PengecasanPengecasan nirwayar Qi (7.5 W)
Pengecasan pantas Kilat (20 W)
Pengecasan nirwayar MagSafe (15 W)
Paparan
  • 14: 6.1 in (150 mm)
    1170 × 2532 resolution, 19.5:9 aspect ratio (~460 ppi density)
    Super Retina XDR OLED, HDR10, 625 nits (typ), 1200 nits (peak)
  • 14 Plus: 6.7 in (170 mm)
    1284 x 2778 pixels, 19.5:9 ratio (~458 ppi density
    Super Retina XDR OLED, HDR10, Dolby Vision, 800 nits (HBM), 1200 nits (peak)
BunyiPenyuara Stereo, Audio Ruangan, Dolby Atmos
Kamera belakang12 MP, f/1.5, 26mm (wide), 1.9µm, dual pixel PDAF, OIS
12 MP, f/2.4, 120˚, 13mm (ultrawide), 1/3.6"
LED flash, HDR (photo/panorama)
4K@24/25/30/60fps, 1080p@25/30/60/120/240fps, HDR, Dolby Vision HDR (up to 60fps), Cinematic mode (4K@30fps), stereo sound rec.
Kamera depan12 MP, f/1.9, 23mm (wide)
4K@24/25/30/60fps, 1080p@25/30/60/120fps, gyro-EIS
KetersambunganWi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/6, dual-band, hotspot
Bluetooth 5.0, A2DP, LE
Masukan data
List of inputs:
Ketahanan airTahan habuk/air IP68 (hingga 6m selama 30 min)
Lain
Keserasian alat bantu dengarM3, T4
Tapak sesawangwww.apple.com/iphone-14/
Rujukan[3][4][5][6]

iPhone 14 dan iPhone 14 Plus[a] ialah telefon pintar yang direkabentuk, dibangunkan dan dipasarkan oleh Apple Inc. Ia adalah generasi keenam belas iPhone, menggantikan iPhone 13 dan iPhone 13 Mini, dan diumumkan pada Acara Apple di Taman Apple di Cupertino, California pada 7 September 2022, bersama andalan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max yang berharga lebih tinggi. iPhone 14 dan iPhone 14 Plus mempunyai paparan 6.1-inci (15 cm) dan 6.7-inci (17 cm), penambahbaikan pada kamera belakang, dan ketersambungan satelit. iPhone 14 dan iPhone 14 Plus masing-masing akan tersedia pada 16 September 2022 dan 7 Oktober 2022, dan akan diisikan dengan iOS 16. Tempahan untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus bermula pada 9 September 2022.[7]

iPhone 14 Plus menggantikan iPhone 13 Mini dalam barisan Apple. Ia merupakan iPhone pertama yang menggunakan gelaran "Plus" sejak iPhone 8 Plus pada 2017. Model iPhone 14 dan 14 Plus (serta model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max) dijual di Amerika Syarikat menggugurkan sokongan untuk kad SIM fizikal, menjadikannya model iPhone pertama sejak lainan CDMA iPhone 4 yang tidak disertakan dengan pembaca kad SIM masing.[8]

Rekabentuk

[sunting | sunting sumber]

iPhone 14 dan 14 Plus mempunyai rekabentuk yang sama dengan iPhone 13, namun, untuk model AS, dulang SIM fizikal disingkirkan pada iPhone 14 dan 14 Plus.

iPhone 14 dan 14 Plus akan tersedia dalam lima warna: Biru, Ungu, Tengah Malam, Cahaya Bintang dan Merah Product Red.[9] Ungu ialah warna baharu menggantikan Jambu yang digunakan pada iPhone 13 dan 13 Mini.

Warna Nama
Biru
Ungu
Tengah Malam
Cahaya Bintang
Merah Product Red

Perincian

[sunting | sunting sumber]

Perkakasan

[sunting | sunting sumber]

iPhone 14 dan iPhone 14 Plus dilengkapi dengan sistem atas cip Apple A15 Bionic, lainan yang sama digunakan pada iPhone 13 Pro 2021 dan 13 Pro Max. iPhone 14 dan 14 Plus menampilkan CPU 6-teras, GPU 5-teras dan Enjin Saraf 16-teras.

iPhone 14 mempunyai 6.1-inci (15 cm) paparan dengan teknologi OLED XDR Retina Super pada peleraian 2532×1170 piksel dan ketumpatan piksel kira-kira 460 PPI dengan kadar penyegaran 60Hz. iPhone 14 Plus mempunyai 6.7-inci (17 cm) paparan dengan teknologi yang sama pada peleraian 2780×1284 piksel dan ketumpatan piksel kira-kira 458 PPI. Kedua-dua model mempunyai kecerahan biasa sehingga 800 nit, dan kecerahan maksimum sehingga 1200 nit.

iPhone 14 dan 14 Plus menampilkan sistem kamera yang sama dengan tiga kamera: satu kamera depan (12MP f/1.9), dan dua kamera belakang: kamera lebar (12MP f/1.5) dan ultralebar (12MP f/ 2.4), dengan kamera yang lebar dan depan mempunyai apertur yang lebih pantas daripada iPhone 13. Kamera depan juga mempunyai autofokus buat kali pertama.[10]

iPhone 14 dan 14 Plus akan diisikan dengan iOS 16.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Also known as iPhone 14+ for short
  1. ^ "iPhone 14 and iPhone 14 Pro Models All Feature 6GB of RAM". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-10.
  2. ^ "iPhone 14 Battery Capacities For All Four Models Revealed Ahead of Launch". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-11.
  3. ^ "iPhone 14 and iPhone 14 Plus - Techical Specifications". apple.com (dalam bahasa Inggeris). 7 September 2022. Dicapai pada 10 September 2022.
  4. ^ "iPhone 14". Apple.
  5. ^ "Apple iPhone 14". GSMArena. 7 September 2022.
  6. ^ "Apple iPhone 14 Plus". GSMArena. 7 September 2022.
  7. ^ Palladino, V. (7 September 2022). "How to pre-order the iPhone 14 and iPhone 14 Pro". engadget. Dicapai pada 9 September 2022.
  8. ^ "Apple kills off the SIM tray on the iPhone 14 and 14 Pro in the US" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-09.
  9. ^ Meisenzahl, Mary (7 September 2022). "The new iPhone 14 will be available in 5 colors — here's how they look". Business Insider. Dicapai pada 7 September 2022.
  10. ^ "Apple introduces iPhone 14 and iPhone 14 Plus". Apple Newsroom (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-10.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
iPhone 13 / 13 Mini
iPhone
16th generation
alogside iPhone 14 Pro / 14 Pro Max
Penyandang kini

Templat:IOSTemplat:Apple hardware since 1998Templat:Apple Inc. hardware