IPhone 5
Jenama | Apple Inc. |
---|---|
Cogan kata | "The biggest thing to happen to iPhone since iPhone" |
Rentetan | iPhone |
Rangkaian serasi | GSM, CDMA, 3G, EVDO, HSPA+, LTE |
Ketersediaan mengikut rantau | September 21, 2012[1]
September 28, 2012[1]
November 2, 2012[2]
Disember 7, 2012[3]
Disember 14, 2012[3]
Disember 21, 2012[3]
|
Unit terjual | Dua juta unit dalam pertengahan 24 jam melalui prapesanan[4] Lima juta unit dalam tiga hari pertama pengeluarannya[5] |
Pendahulu | iPhone 4S |
Pengganti | iPhone 5S |
Berkaitan | iPod Touch (generasi ke-5) |
Jenis | Telefon pintar |
Penjadi rupa | Bar |
Ukuran | 123.8 mm (4.87 in) H 58.6 mm (2.31 in) W 7.6 mm (0.30 in) D |
Jisim | 112 g (3.95 oz) |
Sistem pengendalian | iOS asal: iOS 6 iOS terkini: iOS 10.3.4, dikeluarkan pada 18 Disember 2012 |
Sistem atas cip | Apple A6 |
CPU | 1.3 GHz dual core Apple A6 |
GPU | PowerVR SGX543MP3 |
Ingatan | 1GB LPDDR2-1066 RAM |
Storan | 16, 32 or 64 GB |
Bateri | 3.8 V, 5.45 Wh (1,440 mAh)[6] |
Paparan | Pepenjuru 4 inci (100 mm) (nisbah bidang 16:9), paparan multi sentuh, 640 × 1,136 piksel at 326 ppi, 800:1 Nisbah beza jelas (tipikal), 500 Kecerahan maksimum cd/m2 (tipikal), Tahan cap jari melalui penyalut oleophobic di hadapannya |
Bunyi | Speaker, 3.5mm audio jack |
Kamera belakang | 8 MP pengesan pencahayaan bahagian belakang, video HD (1080p) |
Kamera depan | 1.2 MP, video HD (720p) |
Ketersambungan | Semua model: Wi-Fi (802.11 a/b/g/n) (802.11n: 2.4 and 5 GHz), Bluetooth 4.0, GPS & GLONASS, Quad-band GSM/GPRS/EDGE (850, 900, 1800, 1900 MHz), Quad-band UMTS/HSDPA+/DC-HSDPA (850, 900, 1900, 2100 MHz).
• Model GSM (A1428): Dual-band 3G CDMA/EV-DO Rev. A and Rev. B (850, 1900 MHz). Penta-band LTE (Bands 1, 3, 5, 13, 25: 2100, 1800, 850, 700c, 1900 MHz). |
Masukan data | Skrin sentuh |
Lain | Masa berbual: Sehingga 8 jam Masa siap sedia: Sehingga 225 jam (9 hari, 9 jam) Penggunaan internet: Sehingga 8 jam (3G), sehingga 8 jam (LTE), sehingga 10 jam (Wi-Fi) Main semula video: Sehingga 10 jam Main semula audio: Sehingga 40 jam (1 hari, 16 jam) |
Tapak sesawang | www |
iPhone 5 merupakan sebuah telefon pintar yang berasaskan skrin sentuh yang dibangunkan oleh Apple. Telefon ini juga adalah generasi keenam bagi iPhone dan menggantikan iPhone 4S. Telefon ini dilihat sebagai model yang lebih nipis, ringan dan memperkenalkan peleraian tinggi, skrin berukuran 4 inci untuk siri skrin lebar dengan nisbah bidang 16:9.[7] Telefon ini merangkumi reka bentuk tersuai pemprosesan ARMv7 yang disebut sebagai Apple A6, sebuah kemas kini sistem pengendalian mobil Apple yang dikenali sebagai iOS 6 dan sokongan kepada LTE.
Apple telah mengadakan acara untuk melancarkannya pada 12 September 2012.Apple mula mengambil pra-tempahan bermula pada 14 September,dan mendapat 2 juta tempahan dalam masa 24 jam.Permintaan yang tinggi terhadap iPhone 5 berakhir menjelang 21 September 2012,dan disifatkan sebagai "luar biasa" kerana penjualan waktu pra-tempahan sangat tinggi iaitu 20 kali lebih pantas daripada iPhone 4s.Berikutan dengan pelancaran,Syarikat Samsung telah memfailkan saman terhadap Apple dengan mengakui bahawa iPhone 5 ada meniru 8 model-model telefon mereka yang sebelumnya.
Penerimaan terhadap iPhone 5 keseluruhannya positif,aplikasi Maps yang terdapat dalam iOS 6 telah mendapat respon yang negatif dan telah dilaporkan mendapat masalah yang serius.Pembeli telah mengesan beberapa masalah pada luaran iPhone itu,seperti kesan cahaya biru yang muncul ketika mengambil gambar menggunakan iPhone 5 tersebut,bahagian badan mudah tercalar dan kehadiran sedikit ruang cahaya pada variasi model berwarna putih.Ketiadaan sambungan LTE pada sesetengah daerah dan kawasan juga telah dilaporkan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Khabar angin mengenai iPhone 5 bermula dengan pantas sejurus selepas pengumuman mengenai iPhone 4s,walaupun maklumat terperinci tidak bocor sehingga Jun 2012.Pada 30 Julai 2012,maklumat mengenai tarikh bila iPhone 5 akan dilancarkan,bersama dengan beberapa ramalan tepat mengenai keupayaannya.Pada 4 September 2012,Apple mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sidang akhbar di Yerba Buena Centre for the Arts di San Francisco pada 12 September 2012.Bayangan gambar dan nombor 5 telah dilihat terpampang pada kad jemputan yang dihantar kepada media,memberi gambaran bahawa iPhone yang seterusnya akan dilancarkan pada sidang akhbar ini.[8].
Sewaktu pelancaran,Apple telah mengumukan iPhone 5 dan beberapa produk yang lain seperti iPod Nano yang baru dan model iPod Touch.Mereka juga menyatakan bahawa pra-tempahan akan diterima mulai 14 September 2012.Sebanyak 2 juta tempahan diterima dalam masa 24 jam.Permintaan terhadap telefon baru itu telah melangkaui permintaan terhadap model sebelumnya,iaitu iPhone 4s,dengan penjualan melebihi 5 juta unit dalam masa 3 hari.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Apple Introduces iPhone 5 (Press Release)". Apple. September 12, 2012. Dicapai pada Oktober 11, 2012.
- ^ "Apple iPhone 5 finally comes to India (News Report)". Times of India. November 2, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-23. Dicapai pada November 23, 2012.
- ^ a b c "iPhone 5 Arrives in South Korea & More Than 50 Additional Countries in December (Press Release)". Apple. Disember 3, 2012. Dicapai pada December 3, 2012. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "iPhone China release" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "iPhone 5 Pre-Orders Top Two Million in First 24 Hours" (Siaran akhbar). Apple. September 17, 2012. Dicapai pada September 24, 2012.
- ^ "iPhone 5 First Weekend Sales Top Five Million" (Siaran akhbar). Apple. September 24, 2012. Dicapai pada September 24, 2012.
- ^ "iPhone 4S Teardown". iFixit. Dicapai pada Oktober 4, 2012.
- ^ IPhone 5 Specifications
- ^ "Cara Menjaga Kesehatan Baterai iPhone Battery Health" (dalam bahasa Indonesian). Shukan Bunshun. 2019-07-25. Dicapai pada 2019-07-29.CS1 maint: unrecognized language (link)