Pergi ke kandungan

Hutan Simpan Batu Talam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hutan Simpan Batu Talam
IUCN Kategori Ib (Kawasan liar)
Peta menunjukkan lokasi bagi Hutan Simpan Batu Talam
Peta menunjukkan lokasi bagi Hutan Simpan Batu Talam
LokasiRaub, Pahang, Malaysia
Koordinat4°01′23″N 101°39′50″E / 4.023°N 101.664°E / 4.023; 101.664
Luas4,064 he (10,040 ekar)
Badan pentadbirJabatan Perhutanan Negeri Pahang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hutan Simpan Batu Talam merupakan sebuah hutan simpan yang terletak di kawasan daerah Raub, negeri Pahang, Malaysia, secara khususnya berdekatan Bukit Fraser, salah satu kawasan-kawasan pelancongan utama negeri. Hutan simpan ini menempakan sebuah taman ekopelancongan, Taman Eko Rimba Jeriau.[1]

Hutan simpan ini berukuran kira-kira 4,000 hektar,[2] dan meliputi sebahagian kawasan hutan simpan Bukit Fraser yang berukuran kira-kira 2,000 hektar.[3] Laporan kajian menunjukkan Hutan Simpan Batu Talam memiliki taburan hujan purata sebanyak 2653.63 mm (kiraan dari 1960 ke 2010).[4]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pengusahaan perkebunan haram

[sunting | sunting sumber]

Kawasan hutan simpan Batu Talam menjadi tempat tumpuan pencerobohan pihak-pihak tertentu unutk mengusahakan kebun secara haram, khususnya tanaman durian selama beberapa dekad.[5]

Pada Jun/Julai 2021, pengusahaan perkebunan durian haram di sini mendapat perhatian apabila para pekebun direman atas pengusahaan ladang secara haram dengan keluasan kira-kira 101 hektar. Menurut maklumat mahkamah, tanah yang diusahakan itu telah dipajak oleh kerajaan negeri kepada firma bersama durian diraja Pahang, Royal Pahang Durian Resources-PKPP Sdn Bhd.[6]

Susulan itu, pihak kerajaan Pahang bertindak menghapuskan kebun durian haram tersebut. Sungguhpun begitu, tindakan kerajaan terhalang dengan provokasi agresif oleh para pekebun sehingga memerlukan pengawasan ketenteraan untuk mengelakkan tindakan pelampauan lanjut.[7][8] Tindakan provokasi itu juga didorong oleh sesetengah ahli politik Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mendukung para pekebun itu; ahli-ahli terlibat telah direman kerana menghalang operasi penghapusan.[9] Sementara itu, para pekebun berkata bahawa mereka diberikan perintah pelepasan daripada diusir pada Januari, tetapi pihak kerajaan berkata bahawa kawasan ladang itu tidak tertakluk kepada perintah itu.[10]

Tindakan penebangan ladang itu dipuji kerana dilihat sebagai langkah baik dalam memelihara hutan simpan itu.[11][12] Walau bagaimanapun, ada yang mengkritik operasi itu kerana dikatakan menyusahkan para pekebun, terutamanya dalam situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara.[10] Sesetengah pihak juga mempersoalkan kelewatan pihak atasan dalam menyelesaikan masalah itu yang sudah berlanjutan sejak beberapa dekad.[5]

  1. ^ "Hutan Lipur Negeri Pahang". Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  2. ^ "Batu Talam". MyBIS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Julai 2021.
  3. ^ "The Prospects of Highland Ecotourism in Malaysia" (PDF). Advances in Natural and Applied Sciences (dalam bahasa Inggeris). 6 (1): 79-84. 2012.[pautan mati kekal]
  4. ^ "Analisis Hujan Jangka Panjang dari tahun 1960-2010 di Wilayah Barat Semenanjung Malaysia". Jurnal Perspektif. 5 (3): 12-30. 2013.
  5. ^ a b Hamzah, Nur Fadhilah (7 Julai 2021). "'Kalau tak ada rasuah memang takkan jadi kebun durian'". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  6. ^ Wong Kai Hui (5 Julai 2021). "Adun Tras ditahan di tengah pertikaian isu kebun durian di Raub". Malaysiakini. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  7. ^ Rosedi, Rosilawati (5 Julai 2021). "Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  8. ^ Mamat, Mohd Rafi (7 Julai 2021). "Kawalan PGA lancarkan operasi tebang durian haram". Berita Harian. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  9. ^ Shaari, Ahmad Fadhli (7 Julai 2021). "Ambil tindakan tegas terhadap penceroboh tanah". Harakahdaily. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  10. ^ a b Kathirasen, A. (7 Julai 2021). "Has Johor lost faith in Putrajaya's Covid-19 competence?". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-07. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  11. ^ Yusof, Norazwani (7 Julai 2021). "Isu kebun durian haram: Tindakan selamat tanah dan hak kerajaan Pahang". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  12. ^ "Isu Teroka Tanah Haram: Gabungan Pertubuhan Melayu Islam Raub Sokong Penuh Tindakan Kerajaan Negeri Pahang". UMNO Online. 5 Julai 2021. Dicapai pada 7 Julai 2021.